omniture

HONOR Umum Perkembangan Kelestarian Terkini, Lancar Cabaran Bulanan 'Earth View in the Mirror' HONOR Magic Moments Baharu

HONOR
2022-06-13 10:19 234

Bermula daripada pembungkusan produk hingga operasi perniagaan, HONOR menggiatkan usaha alam sekitarnya dengan teknologi

SHENZHEN, China, 13 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Sempena menyambut Hari Alam Sekitar Sedunia, jenama teknologi global HONOR hari ini mengumumkan perkembangan terkini tentang kelayakan alam sekitarnya. Bermula daripada pembuatan dan pembungkusan kepada pengurusan bahan buangan, HONOR menerapkan amalan hijau dalam kitar hayat penuh produk dan operasi hariannya untuk menggalakkan dengan aktif pembangunan yang mampan demi masa depan yang lebih hijau.

Meningkatkan kesedaran yang selanjutnya berkisarkan alam sekitar dan kelestarian, Cabaran Bulanan HONOR Magic Moments baharu dengan tema "Earth View in the Mirror" bermula hari ini di Instagram, Facebook dan HONOR Global Club. Cabaran tersebut bertujuan untuk menggalakkan para peserta menghargai dan menangkap gambar landskap yang indah di serata dunia. Dalam masa yang sama, laman sesawang rasmi HONOR telah dikemas kini dengan halaman alam sekitar baharu.

"Di HONOR, kami komited untuk meminimumkan impak alam sekitar produk kami," kata George Zhao, Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Device Co., Ltd. "Dengan kelestarian dan ekonomi kitaran sebagai sebahagian daripada falsafah reka bentuk produk kami, kami berusaha untuk meningkatkan ciri mesra alam produk kami dengan menilai jejak karbonnya dalam seluruh kitar hayat penuh dan dalam masa yang sama mengurangkan penggunaan sumber serta tenaga."

Menambah Baik Pembungkusan dengan Mengutamakan Kesedaran terhadap Alam Sekitar 

Bagi meminimumkan penggunaan sumber, HONOR menggunakan bahan-bahan pembungkusan yang ringan, padat, tidak berbahaya, mudah dikitar semula dan mesra alam. Syarikat ini turut membantu melindungi alam sekitar dengan menggantikan dakwat dan plastik berasaskan petroleum tradisional dengan bahan-bahan pembungkusan yang boleh diperbaharui dan terbiodegradasi.

Peralihan daripada dakwat berasaskan petroleum kepada dakwat soya, HONOR telah dapat mengurangkan emisi karbon dioksida kira-kira sebanyak 80 tan sejak tahun 2014. Untuk HONOR Magic Series, bekas telefon diperbuat daripada hampas tebu dan bukannya plastik, seterusnya dapat mengurangkan emisi karbon dioksida sebanyak 32 tan setiap juta unit. HONOR turut menggantikan plastik dengan kertas untuk filem pelindung pada pengecas dan kabel data, menurunkan lagi emisi karbon dioksida sebanyak 35 tan setiap 10 juta unit. Di samping itu, kotak bungkusan yang diperakui oleh Forest Stewardship Council digunakan untuk menyimpan produk termasuk telefon pintar HONOR Magic Series dan HONOR Watch GS3 yang dapat membantu memulihara kawasan hutan kira-kira 122 hektar setahun.

Sejak tahun 2021, HONOR telah berusaha untuk mereka bentuk penyelesaian pembungkusan yang lebih ringkas dan lebih teguh untuk komputer riba. Ketika ini, komputer riba HONOR kesemuanya dibungkus dalam kotak yang diperbuat daripada kepingan tunggal kadbod berombak berlipat. Kotak sederhana yang biasanya digunakan dalam penghantaran juga telah dihapuskan, menyumbang kepada pengurangan emisi karbon dioksida sebanyak 208 tan secara keseluruhan. Untuk komputer riba dan peranti boleh pakai, HONOR telah menjimatkan kira-kira 74 tan kertas, bersamaan dengan pengurangan emisi karbon dioksida sebanyak 77 tan, dengan mengoptimumkan struktur pembungkusan dan mengukuhkan pengurusan bahan-bahan bercetak.


Memenuhi Standard Alam Sekitar yang Ketat dengan Pensijilan yang Diiktiraf dalam Industri 

Selain daripada memenuhi keperluan antarabangsa, HONOR mengekalkan set standard alam sekitar dalaman yang lebih ketat untuk mengambil peranan yang aktif bagi menghapuskan bahan yang berpotensi berbahaya daripada telefon pintar, tablet dan produknya yang lain.

Selepas menguji berpuluh-puluh formula bahan dengan kerjasama bersama pelbagai pembekal, HONOR telah memutuskan untuk menggunakan kabel kuasa bebas halogen untuk semua telefon pintar dan tabletnya, satu perubahan yang menghasilkan pengurangan bahan-bahan berbahaya dalam produk-produk jenama ini kira-kira sebanyak 3,379 tan sejak ia berkuat kuasa pada tahun 2016. Setakat ini, 76 telefon pintar dan tablet HONOR telah menerima Label Alam Sekitar Gred A daripada China Quality Certification Centre (CQC).

Meneroka Tenaga Bersih untuk Operasi Lebih Mesra Alam

Dengan penekanan yang tinggi ke atas perlindungan terhadap alam sekitar semasa pengeluaran dan operasinya, HONOR bermatlamat untuk mengurangkan jejak ekologinya melalui penjimatan tenaga dan pengurangan emisi. Semasa meneroka penggunaan tenaga bersih untuk mengurangkan emisi karbon dioksida taman perindustriannya, HONOR mengoptimumkan pengurusan kemudahan untuk mengurangkan penggunaan tenaga dalam operasi harian dengan menyimpan rekod tenaga serta memantau dan menganalisis data yang berkaitan.


HONOR menggalakkan kakitangannya untuk melakukan kerja jarak jauh dengan memanfaatkan alat-alat telekomunikasi seperti panggilan audio dan video bagi mengurangkan keperluan untuk perjalanan perniagaan. Perubahan ini dianggarkan dapat mengurangkan emisi karbon sebanyak 26,761 tan dalam setahun, menurut laporan penyelidikan yang ditulis secara bersama oleh Pusat Pendidikan Alam Sekitar dan Komunikasi Kementerian Perlindungan Alam Sekitar[1]. Di dalam Taman Perindustrian Pembuatan Pintar HONOR, HONOR mengendalikan 146 laluan ulang-alik, menyediakan pilihan yang lebih mesra alam kepada pekerja untuk berulang-alik ke tempat kerja dan mengurangkan emisi karbon secara berkesan sebanyak 1,317 tan[2] lagi.

Menerima amalan kelestarian bersama rakan-rakan kongsi industri, HONOR akan terus memfokuskan usaha alam sekitar, sosial dan tadbir urusnya untuk inisiatif hijau. Semasa mencapai pembangunan mampan oleh syarikat ini, HONOR berusaha untuk membina dunia pintar yang baharu untuk semua orang menerusi inovasi dan teknologi.

Latar Belakang HONOR

HONOR ialah penyedia peranti pintar global yang terkemuka. Ia berdedikasi untuk menjadi jenama teknologi ikonik global dan mencipta dunia pintar baharu untuk semua orang melalui produk dan perkhidmatannya yang berkuasa. Dengan tumpuan yang tidak berbelah bahagi terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D), ia komited untuk membangunkan teknologi yang memperkasa orang ramai di seluruh dunia untuk melangkaui, memberikan mereka kebebasan untuk mencapai dan melakukan lebih banyak lagi. Menawarkan rangkaian telefon pintar, tablet, komputer riba dan peranti boleh pakai berkualiti tinggi untuk memenuhi setiap bajet, portfolio produk HONOR yang inovatif, premium dan andal membolehkan orang ramai menjadi versi diri mereka yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi HONOR secara dalam talian di www.hihonor.com atau emel newsroom@hihonor.com

http://community.hihonor.com/

https://www.facebook.com/honorglobal/ 

https://twitter.com/Honorglobal 

https://www.instagram.com/honorglobal/ 

http://www.youtube.com/c/HonorOfficial

[1] Laporan bertajuk Online Meeting Research Report: Quantifying Carbon Dioxide Emission Reduction.

[2] Berdasarkan andaian bahawa 50% penumpang bas ulang-alik memandu ke tempat kerja.

 

 

Source: HONOR
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Green Technology Mobile Entertainment Telecommunications Corporate Social Responsibility Environmental Issues