SIEM REAP, Kemboja, 13 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Teknologi dron telah diperkenalkan baru-baru ini dalam penanaman ubi kayu Kemboja bagi membantu petani kecil-kecilan memperoleh hasil yang lebih baik sekali gus mengurangkan kos input ladang. Ubi kayu ialah tanaman agro-industri yang paling penting di Kemboja yang menyediakan peluang pekerjaan dan sumber mata pencarian kepada beribu-ribu pekerja luar bandar. Bagi menyokong dasar ubi kayu negara, XAG menyediakan tenaga baharu kepada sektor ini dengan dron pertaniannya yang dapat menggunakan sedikit air dan bahan kimia serta meringankan beban kerja di ladang.
Lonjakan besar ke hadapan dalam produktiviti
Ditanam secara meluas di lebih 600 ribu hektar tanah ladang di Kemboja, Ubi Kayu meliputi kawasan penanaman yang kedua terbesar selepas padi dan menyumbang sebanyak 4% pertumbuhan KDNK. Walau bagaimanapun, tradisi penanaman ubi kayu melibatkan tenaga kerja yang intensif dan proses yang memakan masa. Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap produk berasaskan ubi kayu termasuk makanan, tepung, kertas dan alkohol, petani Kemboja meluaskan dengan pantas kawasan penananaman mereka dan mula menggunakan dron pertanian XAG bagi tujuan peningkatan produktiviti.
Chhay Thi ialah penerima awal dron sembur yang memiliki 20 hektar tanah di Daerah Varin, Wilayah Siem Reap, Kemboja. Pada bulai Mei, beliau memesan perkhidmatan daripada rakan kongsi tempatan XAG, Red Sparrow Cambodia dan memperoleh Dron Pertanian XAG bagi mendemonstrasikan perumputan berautonomi di ladang ubi kayu 10 hektar beliau.
Tidak seperti jentera pertanian yang besar, dron boleh diangkut dengan mudah dan digunakan di ladang dengan lebih senang. Selepas tangki cecair diisi dengan racun herba, dron pertanian XAG berlepas secara automatik apabila pengendali dron memainkan klik yang mudah pada aplikasi mudah alih.
Dron tersebut terbang di atas rabung tanaman ubi kayu, menyembur dengan tepat sepanjang laluan pra-tetap dan menyelesaikan semburan racun herba seluas 8 hektar melalui kawalan tanpa pemandu. Pada masa lalu, jumlah tugas yang sama biasanya memerlukan pekerja ladang menyelesaikannya secara manual selama lebih daripada seminggu, namun kini, ia boleh dilakukan dalam tempoh satu jam hanya dengan satu dron pertanian.
Walaupun sektor pertanian mengekalkan tenaga kerja yang mencukupi, pemilik ladang juga berhadapan dengan kos yang semakin meningkat sehingga $18-25 setiap hektar apabila mereka menggaji pekerja untuk penyemburan racun perosak. Sekumpulan pekerja ladang hanya dapat menyembur 1 hektar setiap hari yang akan bergelut untuk mengejar musim pertumbuhan ubi kayu yang sibuk.
Pilihan yang lebih selamat untuk memerangi kos yang semakin meningkat
Selain daripada peningkatan kecekapan, dron dapat membantu petani seperti Chhay Thi untuk mengurangkan kos penanaman keseluruhan. "Sekiranya saya mempunyai dron XAG pada musim-musim yang sibuk untuk membantu saya dengan tugas perlindungan tanaman, saya dapat menjimatkan $8-10 setiap hektar yang dahulunya dibelanjakan untuk penyemburan manual. Operasi dron juga mengurangkan penggunaan bahan kimia sebanyak 10-30% agar sumber dan wang yang disimpan dapat diperuntukkan semula kepada penanaman tanaman yang lain," kata Chhay Thi yang menyaksikan seluruh proses demonstrasi penyemburan dron.
Dron pertanian mempunyai faedah-faedah lain untuk merapatkan jurang hasil dan melindungi petani daripada pendedahan terhadap bahan kimia. Cara dron menyembur dari atas ke bawah dari udara mengelakkan dengan jayanya kontak langsung jentera darat besar pada tanaman ubi kayu, memastikan agar racun perosak atau baja dapat menembusi tumbuhan dengan tepat dan mengelakkan kerosakan tanaman.
Tanaman ubi kayu dapat tumbuh lebih tinggi daripada satu meter dan kadang-kala melebihi ketinggian manusia, namun penyemburan tradisional memerlukan petani sama ada untuk membawa penyembur beg galas atau memandu traktor untuk memasuki ladang. Daripada menempatkan petani dalam operasi darat, dron dapat menghapuskan risiko-risiko kesihatan daripada terhidu bahan kimia dan mendapat keracunan.
Di kampung halaman Chhay Thi, ramai penduduk kampung menanam ubi kayu sebagai sumber pendapatan utama mereka. "Saya percaya bahawa kecekapan tinggi dan harga yang berpatutan akan mempercepatkan peningkatan operasi dron dalam kalangan lebih ramai petani. Dron pertanian XAG bukan sahaja dapat membantu saya menuai lebih banyak hasil tuaian, tetapi juga menyediakan perkhidmatan kepada petani lain dengan permintaan yang sama terhadap pertumbuhan pesat ubi kayu," kata Chhay Thi.
Pengeluaran, pemprosesan dan eksport ubi kayu telah menjadi pemacu utama ekonomi pertanian Kemboja. Menurut "Dasar Ubi Kayu Negara 2020-2025" yang dikeluarkan oleh Kerajaan Diraja Kemboja, negara ini mendapat kedudukan untuk menjadi pusat kepada industri-industri pengeluaran dan pemprosesan ubi kayu selain menjadi pembekal produk ubi kayu yang andal untuk pasaran serantau dan global.
Teknologi dron telah menunjukkan pelbagai kelebihannya terhadap pengurusan ladang, bermula dengan meningkatkan hasil tanaman, menggunakan sedikit racun perosak bagi melindungi kesejahteraan pekerja luar bandar. Memandangkan Kemboja merupakan pengeluar ubi kayu kesepuluh terbesar di dunia dengan rancangan untuk melangkah ke hadapan, XAG menjangkakan terdapatnya lebih ramai petani ubi kayu menerima pakai dron pertanian dan mendapat keuntungan yang lebih baik dengan cara yang mampan.
Ketahui lebih lanjut: https://www.xa.com/en/news