omniture

T-rex dan Stegosaurus Robotik 1:1 Bernyawa di Harbour City dan Times Square Hong Kong

Harbour City Hong Kong
2022-06-13 17:09 200

Wharf Malls dan First Initiative Foundation bersama-sama mempersembahkan "Flash Pop-up: Robotic Dinos"

HONG KONG, 13 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Serlahkan fanatik dinosaur dalaman di Hong Kong. First Initiative Foundation (FIF) berganding bahu dengan Jabatan Perkhidmatan Riadah dan Budaya bagi mempersembahkan pameran berskala besar "The Hong Kong Jockey Club Series: The Big Eight – Dinosaur Revelation" mulai Julai 2022, mempamerkan spesimen-spesimen asli rangka fosil yang paling ikonik. Tambahan pula, Wharf malls turut bekerjasama dengan FIF untuk mempersembahkan "Flash Pop-up: Robotic Dinos" bagi memaparkan dua pemasangan dinosaur robotik 1:1 - Tyrannosaurus rex (T-rex) dan Stegosaurus masing-masing di hartanah runcit utama Kumpulan ini, Harbour City dan Times Square. Sebagai pameran luar berskala besar yang pertama Hong Kong selepas gelombang kelima COVID-19, orang ramai dijemput untuk mengambil gambar dengan haiwan-haiwan menarik ini secara percuma, dengan latar belakang Hong Kong yang ikonik — Victoria Harbour daripada Tsim Sha Tsui dan bandar yang hiruk-pikuk di Causeway Bay, serta mengambil bahagian dalam siri aktiviti bertema dinosaur.

Wharf malls are working with FIF to present “Flash Pop-up: Robotic Dinos”.
Wharf malls are working with FIF to present “Flash Pop-up: Robotic Dinos”.

Harbour City memaparkan T-rex 4.6M tinggi x 12M panjang yang menakutkan di "Ocean Terminal Deck" mulai sekarang hingga 17 Julai, sementara Times Square mempamerkan Stegosaurus pembawa Thagomizer tinggi yang terkenal iaitu 3.7M tinggi x 9M panjang di "Open Piazza" mulai sekarang hingga 10 Julai. Haiwan-haiwan pra-sejarah ini tepat dari segi saintifik dan dibina khas yang dibina semula di bawah pengawasan ahli-ahli paleontologi dan dengan pengetahuan saintifik yang terkini tentang haiwan-haiwan ini. Ia bukan sahaja kelihatan hidup – ia bernafas dan mengaum sama seperti haiwan hidup yang sebenar.

Dinosaur Academy

Kanak-kanak boleh mendaftarkan diri di Dinosaur Academy pada hujung minggu setelah menderma. Mereka boleh belajar tentang sejarah dan pengetahuan mengenai dinosaur pada zaman Batu Kapur dan Jurasik, melihat secara dekat fosil paleontologi, menggunakan daya kreativiti dan imaginasi mereka untuk melukis dinosaur mereka sendiri dan akhirnya menjadi "Little Dinosaur Experts" ("Pakar Cilik Dinosaur").

Aktiviti-aktiviti bertema dinosaur yang lain

Kanak-kanak gemarkan aktiviti mencari harta karun. Para peserta boleh menerima folder dinosaur dan Dinosaur Hunting Passport selepas menderma untuk meneroka setem dinosaur yang bertaburan di Harbour City. Mereka juga boleh menebus satu set dengan lapan kad imbas dinosaur dan Dinosaur Hunter Certificate selepas menyelesaikan tugasan. Sepanjang tempoh pameran, para peserta boleh menerima Dinos Fiesta Hat dan menikmati pesta dan kupon membeli-belah di Times Square.

Pratonton video: https://www.youtube.com/watch?v=G6i8QOazk24

Muat turun siaran akhbar, foto dan video: https://bit.ly/WharfMalls_FIF_RoboticDinos

Visitors come to visit Harbour City ‘s T-rex and Times Square’s Stegosaurus.
Visitors come to visit Harbour City ‘s T-rex and Times Square’s Stegosaurus.

Visitors can participate in a series of dinosaurs-themed activities, such as getting up close with paleontological fossils.
Visitors can participate in a series of dinosaurs-themed activities, such as getting up close with paleontological fossils.

Source: Harbour City Hong Kong
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture Retail Corporate Social Responsibility Trade show news