omniture

Midea Perkenal XIAOWEI - Membentuk Semula Kehidupan Rumah

Midea Group
2022-06-13 23:16 205

Pelayan AI, Pembantu Keluarga, Pengawal Keselamatan, Rakan Sepermainan Teknologi - robot khidmat rumah pertama dibawakan kepada pelanggan oleh Midea membawakan segala-galanya dalam satu pakej AI

GUANGZHOU, China, 13 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Peneraju global rumah pintar, Midea memperkenalkan XIAOWEI, robot dengan teknologi pintar yang dapat bertindak sebagai Pelayan AI, Pembantu Keluarga, Pengawal Keselamatan dan Rakan Sepermainan Teknologi. Robot rumah XIAOWEI ini dijangka akan dilancarkan dalam separuh kedua tahun 2022 dan akan diwujudkan sebagai jenama bebas WISHUG oleh Midea Group.


Robot rumah Midea generasi pertama XIAOWEI memiliki ketinggian sekitar satu meter, menyerupai patung seakan-akan kanak-kanak dengan beberapa ciri muka yang comel. "Kami berharap XIAOWEI dapat menjadikan kehidupan harian sesebuah keluarga lebih mudah," ujar Dr. Tang Jian, Felow IEEE, Saintis Terkemuka ACM, Felow CIE dan Pengurus Besar Midea AI Innovation Center.

XIAOWEI mampu mengakses perkakasan rumah pintar dan peranti IoT; contohnya, apabila XIAOWEI mengesan seorang ahli keluarga dalam perjalanan pulang ke rumah, ia boleh menghidupkan lampu dan penyaman udara lebih awal bagi menetapkan suhu dan kelembapan yang selesa untuk menyambut ketibaan mereka.

XIAOWEI berupaya mengenal pasti ahli-ahli keluarga melalui penggunaan teknologi pengesanan tubuh dan badan, menjadikan robot serba guna ini sebagai pembantu rumah AI andal yang juga dapat menyediakan tahap keselamatan menyeluruh yang efektif. Anda boleh mengarahkan robot ini untuk melawat setiap sudut rumah bagi memerhatikan kejadian dan bagi membantu menghantar barangan rumah, pemantauan jarak jauh dan rondaan keselamatan.

Wajar dinyatakan bahawa XIAOWEI juga merupakan rakan sepermainan yang sangat baik; menggunakan projektor terbina-dalamnya dan teknologi-teknologi canggih yang lain, ia dapat mencipta teater bergerak, pusat hiburan dan kawasan permainan yang interaktif di rumah untuk memastikan seluruh keluarga terhibur.

Robot XIAOWEI mampu mengimbas rumah dalam semua arah melalui kamera 3D terbina dalamnya, melaksanakan penerokaan dan pemetaan berautonomi, mengenal pasti atribut objek dan menyusun maklumat semantik melalui pemetaan Semantik 3Dnya. Sebagai contoh, melalui teknologi ini, robot XIAOWEI tahu yang mana sofa dan di mana letaknya sofa tersebut dan kemudian anda memberitahunya "pergi ke sofa" dan XIAOWEI akan pergi menuju ke sofa sendiri menggunakan fungsi-fungsi navigasinya dengan bertindak balas kepada arahan suara.

"Memandang ke hadapan, robot rumah ini membawa pelbagai kemungkinan." Dr. Tang Jian menekankan bahawa robot rumah, sama seperti telefon pintar dan kenderaan tenaga baharu, telahpun mengubah gaya hidup orang ramai dan akan menjadi asas yang perlu dimiliki untuk keluarga.

 

Source: Midea Group
Related Stocks:
Shenzhen:000333
Keywords: Computer/Electronics Household/Consumer/Cosmetics Internet Technology Telecommunications New products/services