omniture

Storan Sandaran OceanProtect Huawei Menang Anugerah Persembahan Terbaik di Interop Tokyo 2022

Huawei
2022-06-20 10:23 232

SHENZHEN, China, 20 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Di Interop Tokyo 2022, pameran ICT yang terbesar di Jepun, Storan Sandaran OceanProtect Huawei memenangi Hadiah Khas bagi Anugerah Persembahan Terbaik dalam kategori Pelayan & Storan. Ini merupakan anugerah bertaraf dunia pertama yang dimenangi oleh Storan Sandaran OceanProtect Huawei, yang menunjukkan kualiti tinggi serta kelebihan daya saingnya.


Ulasan memenangi anugerah: Prestasi storan sandaran tiada tandingan. Dengan kelajuan sandaran yang pantas dan nisbah pengurangan data yang tinggi, sistem ini boleh merevolusikan aplikasi dan reka bentuk sistem serta mendorong model storan sandaran yang baharu menuju masa depan.

Interop Tokyo ialah pameran ICT yang terbesar dan paling berpengaruh di Jepun. Setiap tahun, syarikat-syarikat teknologi yang terkemuka dari serata dunia mempamerkan penyelesaian utama dan kehebatan teknikal mereka, untuk bersaing bagi mendapatkan ulasan positif daripada Interop. Storan Sandaran OceanProtect Huawei mendapat pujian daripada pakar-pakar dan para pengulas IT menerusi penyelesaiannya yang unik dan terkemuka dalam industri serta demonstrasi di lapangan yang sempurna.

Model Cakera-ke-Cakera-ke-Pita (D2D2T) tradisional untuk perlindungan data menghadapi masalah seperti jendela sandaran dan masa pemulihan yang lama, manakala era baharu Kilat-ke-Kilat-ke-Semua-Benda (F2F2X) mentakrifkan semula model tersebut tatkala penyelesaian sandaran beralih kepada kilat, lalu menyerlahkan selanjutnya nilai data. Storan Sandaran OceanProtect Huawei, sebagai produk penanda aras serba-kilat pintar generasi seterusnya, dibina untuk era F2F2X, menampilkan sandaran dan pemulihan yang pantas, pengurangan yang cekap dan keandalan yang tinggi.

Mengapa Storan Sandaran OceanProtect Huawei dinobat sebagai pemenang

Kelebihan pertama ialah sandaran dan pemulihan yang pantas. Di bahagian depan, OceanProtect menggunakan kad antara muka rangkaian (NIC) pintar DTOE untuk mengoptimumkan pengkomputeran protokol dan mengeluarkan sumber pengkomputeran CPU, menggandakan lebar jalur tatasusunan berbanding dengan NIC tradisional. Di samping itu, OceanProtect menyokong SSD berprestasi tinggi pada bahagian belakang. Ciri pemecutan penuh hujung-ke-hujung mengupayakan sehingga masing-masing 155 TB/jam sandaran dan 172 TB/jam lebar jalur pemulihan.

Dari segi pengurangan yang cekap, deduplikasi panjang boleh ubah sebaris berbilang lapisan, pemampatan berasaskan ciri dan pemadatan tahap-bait mencapai sehingga 72:1 nisbah pengurangan data yang menyumbang kepada penjimatan TCO yang banyak.

Di samping itu, keandalan tinggi 6-sembilan dibina berasaskan seni bina perkakasan kelewahan Aktif-Aktif dan teknologi RAID-TP yang mampu bertahan daripada tiga kegagalan cakera dan melaksanakan 'failover' dalam beberapa saat apabila pengawal tunggal gagal, bagi mencapai ketersediaan dan keandalan yang tinggi.

Dalam era F2F2X, perlindungan data menerima ekosistem dan cabaran yang baharu. Storan Sandaran OceanProtect Huawei dapat beradaptasi dengan model-model sandaran berkelajuan tinggi dalam pelbagai industri serta persekitaran aplikasi, lalu menyediakan sandaran dan pemulihan premium untuk melindungi aset-aset data anda dalam dunia pintar.

Untuk maklumat lanjut tentang penyelesaian OceanProtect Huawei, sila kunjungi:

https://e.huawei.com/en/products/storage/oceanprotect/oceanprotect-x8000-x9000

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Awards New products/services Trade show news