omniture

Xinhua Silk Road: Bandar Binzhou, Timur China dorong kerjasama dengan syarikat-syarikat multinasional menerusi kelebihan unik

Xinhua Silk Road
2022-06-23 08:38 137

BEIJING, 23 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Multinasional Qingdao Ketiga, Promosi Multinasional - Binzhou telahpun diadakan pada hari Isnin di Qingdao, Wilayah Shandong, timur China, bertujuan untuk menggalakkan kerjasama yang saling menguntungkan antara bandar Binzhou dan syarikat-syarikat multinasional.

Foto menunjukkan Sidang Kemuncak Multinasional Qingdao Ketiga, Promosi Multinasional - Binzhou diadakan pada 20 Jun 2022 di Qingdao, Wilayah Shandong, timur China.
Foto menunjukkan Sidang Kemuncak Multinasional Qingdao Ketiga, Promosi Multinasional - Binzhou diadakan pada 20 Jun 2022 di Qingdao, Wilayah Shandong, timur China.

Acara berkenaan, bertema "Pembukaan, Inovasi dan Kerjasama Saling Menguntungkan, Merangsang Pemulihan Ekonomi Global", dianjurkan secara bersama oleh Kerajaan Rakyat Perbandaran Binzhou, China Development Research Foundation, University of Chinese Academy of Sciences dan Shandong Weiqiao Pioneering Group.

Di acara tersebut, 24 perjanjian projek dengan jumlah pelaburan sebanyak 27.22 bilion yuan telahpun ditandatangani, melibatkan sektor-sektor seperti tenaga baharu, bahan baharu, bahan kimia berkualiti tinggi, aluminium dan pembuatan peralatan, penternakan haiwan, industri produk akuatik, kebudayaan dan pelancongan, perkhidmatan moden serta teknologi maklumat generasi seterusnya.

Song Yongxiang, setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Binzhou CPC berkata dalam ucapan dasar beliau bahawa Binzhou mempunyai kelebihan unik yang mengandungi peluang-peluang inovasi serta keusahawanan.

Pelabur-pelabur di Binzhou dapat menikmati peluang-peluang strategik bandar tersebut memandangkan Binzhou terlibat dalam beberapa strategi nasional yang utama seperti perlindungan ekologi dan pembangunan berkualiti tinggi Lembangan Sungai Kuning, pembangunan terselaras bagi wilayah Beijing-Tianjin-Hebei dan wilayah Bohai-rim, menurut Song.

Binzhou mempunyai kekayaan sumber warisan budaya, kata Song. Tapak aktiviti manusia yang paling awal ditemui di Binzhou bermula sejak 8,500 tahun yang lalu. Budaya Sun Tzu, budaya Sungai Kuning dan budaya Merah telah menjadi sumber daya hidup untuk pembangunan pesat sektor-sektor kebudayaan dan pelancongan bandar tersebut.

Sementara itu, kekayaan sumber alam semula jadi seperti minyak, gas asli, tenaga solar dan tenaga angin telah menjadikan Binzhou sebagai tempat yang ideal untuk perusahaan membangunkan dan menggunakan tenaga bersih.

Song turut menyatakan bahawa Binzhou komited untuk mengembangkan ekonomi sebenar. Ia telah memupuk kluster perindustrian peringkat ratusan bilion yuan melibatkan aluminium berkualiti tinggi, bahan kimia halus, tekstil pintar, pemprosesan makanan, penternakan haiwan dan produk akuatik dengan pendapatan perniagaan utama melebihi 1.1 trilion yuan pada tahun lalu.

Sebagai sebuah bandar terbuka, Binzhou telah menjalin hubungan ekonomi dan perdagangan bersama 186 negara dan wilayah.

Selain itu, bandar tersebut mempunyai iklim pro-inovasi dan penciptaan, persekitaran hidup yang selesa serta persekitaran mesra perniagaan.

Semua kelebihan ini mewujudkan dorongan baharu untuk pembangunan inovatif serta pertumbuhan mampan bandar berkenaan, kata Song, menambah bahawa perusahaan-perusahaan amat dialu-alukan untuk membuat pelaburan dan memulakan perniagaan di Binzhou.

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Agriculture Banking/Financial Service Chemical Mining/Metals Publishing/Information Service Travel