omniture

Sidang Kemuncak Multinasional Qingdao ke-3 bermula

Information Office of the People's Government of Shandong Province
2022-06-23 08:40 111

QINGDAO, China, 23 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Multinasional Qingdao ke-3, dianjurkan secara bersama oleh Kementerian Perdagangan China dan Kerajaan Wilayah Shandong, telahpun diadakan di Qingdao, wilayah Shandong pada 19 Jun 2022.


Dengan tumpuan kepada usaha kolaboratif antara firma-firma multinasional dan perniagaan-perniagaan serta organisasi-organisasi Cina untuk membuka pasaran Cina yang selanjutnya, sidang kemuncak tahun ini dirancang untuk menyuntik kevitalan baharu baik ke dalam ekonomi Cina mahupun dunia dengan mencipta model pembangunan baharu melalui dialog yang membawa kepada kolaborasi yang baharu dan diperluas antara semua pihak yang terlibat.

Acara berkenaan menghimpunkan para eksekutif pengurusan atasan daripada 186 syarikat Fortune 500 dan tambahan 290 perniagaan utama di seluruh dunia, duta-duta dari banyak negara serta pakar-pakar daripada organisasi-organsasi antarabangsa dan persatuan-persatuan perniagaan. Lebih 5,600 tetamu menghadiri sidang kemuncak tersebut yang diadakan dalam format dalam talian serta luar talian hibrid.

Sidang kemuncak berkenaan menyediakan platform untuk perbincangan dan pertukaran antara eksekutif-eksekutif pengurusan atasan daripada firma-firma multinasional yang menyentuh beberapa topik, termasuk pembinaan semula rantaian bekalan global, pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif (RCEP) dan pencapaian keneutralan karbon.

Ketika ini, sistem rantaian bekalan global dibentuk semula pada kadar yang dipercepatkan lantaran impak peningkatan proteksionisme dan pandemik Covid-19, antara lain. Firma-firma multinasional masih yakin terhadap pasaran Cina dan bersedia untuk melabur biarpun dengan hakikat bahawa peranan China dalam sistem rantaian bekalan global sedang berubah ekoran kelemahan kelebihan pasaran dari segi kos dan pengeluaran besar-besaran.

China merancang untuk meningkatkan pertumbuhan ekonominya dan dalam masa yang sama terus melaksanakan langkah-langkah pencegahan dan kawalan wabak. Dengan berbuat demikian, kerajaan Cina menyasarkan untuk meneruskan liberalisasi perdagangan dan pelaburan dengan terus melonggarkan akses pasaran serta menggalakkan persaingan yang adil, dengan matlamat utama untuk mewujudkan persekitaran perniagaan antarabangsa yang berorientasikan pasaran dan berasaskan undang-undang.

Dengan pembukaan pasaran Cina yang selanjutnya, digandingkan dengan persekitaran perniagaan yang lebih menggalakkan yang dapat diharapkan untuk membawa lebih banyak peluang, syarikat-syarikat di luar China dialu-alukan untuk melabur, mewujudkan kehadiran atau meluaskan kehadiran sedia ada agar mereka dapat mengambil manfaat daripada ekonomi yang terus berkembang.

Source: Information Office of the People's Government of Shandong Province
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Workforce Management/Human Resources New products/services Trade show news