omniture

Apps UP Kembali dengan Wang Hadiah Lebih US$1 Juta

AppGallery, Huawei
2022-06-24 23:14 981

SHENZHEN, China, 24 Jun 2022 /PRNewswire/ -- HUAWEI Developers mengundang pembangun-pembangun seluruh dunia untuk menguji kemahiran mereka menerusi pelancaran Pertandingan Inovasi Aplikasi Global (Huawei Global App Innovation Contest, Apps UP) 2022 pada 24 Jun 2022 dengan pendaftaran kini dibuka di seluruh dunia. Dengan tema tahun ini "Kita Berinovasi Bersama-sama", Apps Up memperuntukkan hadiah lumayan sebanyak lebih US$1 juta seperti edisi-edisi terdahulu bagi menggalakkan penyerahan yang membawa pengalaman yang lancar, berciri digital dan inovatif kepada pengguna.

Pertandingan berkenaan telah berjalan selama dua tahun berturut-turut sebelum ini, menerima hampir 10,000 penyerahan daripada hampir 10,000 pembangun dan telah menyediakan platform kepada pembangun untuk merealisasikan impian mereka di persada global.

"Pertandingan ini kini memasuki tahun ketiga berturut-turut," kata Wang Yue, Presiden Huawei Consumer Cloud Service Application Ecosystem BU, di acara pelancaran pertandingan tersebut, "Huawei berharap dapat mengumpulkan kemahiran pembangun di seluruh dunia untuk membawakan aplikasi dan pengalaman pintar melalui peranti Huawei kepada lebih ramai pengguna di seluruh dunia, untuk masa depan digital sekarang."


Apps Up 2022 membawakan 7 kategori anugerah merentas 5 wilayah pertandingan

Pertandingan tersebut, dilancarkan di Eropah, Asia Pasifik, Amerika Latin, Timur Tengah & Afrika serta China secara serentak dibahagikan kepada peringkat-peringkat yang berikut: Pendaftaran & Penyerahan, Peringkat Awal, Semakan Awam dan Peringkat Akhir Serantau.

Berserta Aplikasi Terbaik, Permainan Terbaik, Aplikasi Impak Sosial Terbaik, Anugerah Liputan All-Scenario dan Anugerah Wanita Teknologi, Wilayah Pertandingan China pada tahun ini menambah Anugerah Inovasi Huawei Mobile Services (HMS) Terbaik yang menggalakkan pembangun untuk mencipta aplikasi yang mengintegrasikan keupayaan dan perkhidmatan HMS yang baharu serta Anugerah Inovasi Pelajar yang mengiktiraf pembangun-pembangun pelajar cemerlang yang memaparkan hasil kerja inovatif yang diperkayakan dengan pengalaman AI Lancar.

Anugerah-anugerah khas turut disediakan untuk beberapa wilayah pertandingan dengan tujuan untuk menyetempatkan ekosistem HMS, termasuk Aplikasi Bahasa Arab Terbaik di Wilayah Pertandingan Timur Tengah & Afrika, Anugerah Inovasi Permainan Terbaik di Wilayah Pertandingan Amerika Latin dan Aplikasi Bintang Semakin Menyerlah AppGallery di Wilayah Pertandingan Asia Pasifik.

Apps Up 2022 menyaksikan insentif baharu yang mengujakan untuk peserta 

Peserta-peserta tahun ini juga berpeluang mendapatkan pelbagai insentif yang menarik termasuk baucar perkhidmatan tanpa pelayan daripada AppGallery Connect.

Selaras dengan strategi kehidupan AI Lancar miliknya, Huawei melancarkan beberapa keupayaan HMS yang menyokong pelbagai peranti dan terus menyediakan pengalaman kehidupan AI yang lebih baik kepada pengguna merentas senario.

Ekosistem HMS Huawei akan terus memperkasa pembangun. Apps UP, sebagai salah satu daripada banyak platform yang tersedia kepada pembangun untuk menyertai ekosistem HMS akan memberi inspirasi kepada pembangun untuk mencipta lebih banyak aplikasi dan perkhidmatan kehidupan AI perintis dalam beberapa bidang, untuk khalayak seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi: [pautan]

Latar Belakang HUAWEI Mobile Services (HMS)

HUAWEI Mobile Services merupakan sebahagian daripada Huawei Consumer Business Group yang bertujuan untuk memberi pengalaman mudah alih yang lengkap kepada pengguna seluruh dunia. Setakat 31 Disember 2021, HUAWEI Mobile Services meliputi 730 juta pengguna di lebih 170 negara, mengupayakan kehidupan yang pintar untuk setiap pengguna peranti Huawei.

 

Source: AppGallery, Huawei
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Carriers and Services