omniture

JOYSBIO tawarkan Ujian Pantas Antigen SARS-COV-2 yang mengesan subvarian Omicron BA.4 dan BA.5

JOYSBIO (Tianjin) Biotechnology Co., Ltd.
2022-06-27 15:30 218

TIANJIN, China, 27 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Ketika subvarian SARS-COV-2 Omicron BA.4 dan BA.5 tersebar di seluruh EU dan AS, Joysbio mampu memberi kuasa kepada orang ramai untuk menjalankan ujian pantas untuk diri mereka sendiri di rumah. Kit Ujian Pantas Antigen Coronavirus Joysbio dapat mengesan subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 dengan berkesan. Ujian ini diperakui oleh CE1434 (PCBC) untuk ujian kendiri oleh orang awam.

Pada bulan Jun 2020, Joysbio melancarkan ujian perintis mereka, ujian pantas antigen COVID-19. Keputusan 15-minit membolehkan pegawai kerajaan, penganjur acara, pegawai sekolah dan lain-lain untuk membuat keputusan tentang penjarakan, pemakaian pelitup muka dan langkah berjaga-jaga yang lain. Maklumat lanjut tentang kit ujian ini disediakan di https://en.joysbio.com/covid-19-antigen-rapid-test-kit/.

Sejak mereka melancarkan ujian antigen COVID pertama mereka, JOYSBIO telah membekalkan lebih daripada 200 juta ujian ke seluruh dunia untuk melindungi orang ramai daripada virus membawa maut ini.

"Ketika mutasi baharu SARS-COV-2 BA.4 dan BA.5 muncul di serata dunia," kata Zhang, "Keperluan terhadap ujian yang boleh diandalkan untuk menunjukkan jangkitan aktif varian BA.4 dan BA.5 baharu terus berkembang. Misi kami, di JOYSBIO adalah untuk menyediakan ujian yang pantas, andal dan cekap agar orang ramai dapat meneruskan kehidupan mereka sepantas yang mungkin."

Diperakui oleh CE1434 (PCBC) untuk ujian kendiri oleh orang awam, inilah satu-satunya ujian yang harus dimiliki oleh setiap rumah. Semasa tanda pertama gejala atau kemungkinan pendedahan, ujian tersebut akan berupaya menunjukkan kepada sesiapa sahaja sama ada mereka dijangkiti virus COVID atau penyakit-penyakit lain.

Versi profesional ujian ini dimasukkan baru-baru ini ke dalam "Senarai Lazim EU ujian antigen pantas COVID-19" di bawah Kategori A yang amat disyorkan untuk digunakan oleh Kesatuan Eropah bagi pengeluaran sijil COVID digital EU.

JOYSBIO (Tianjin) Biotechnology Co., Ltd. ialah sebuah syarikat bioteknologi Cina berfokus penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang membangunkan, mengeluarkan dan membekalkan kit ujian pantas diagnostik in-vitro (IVD) perubatan yang berkualiti tinggi serta kit reagen tersuai yang revolusioner ke seluruh pelosok dunia. JOYSBIO ditubuhkan oleh sepasukan ahli profesional dengan keupayaan teknikal, pemasaran/penjualan, operasi dan pembuatan bersama selama bertahun-tahun dalam industri ini.

Sekiranya anda inginkan maklumat lanjut tentang topik ini, sila hubungi Rick Zhang di talian +86-186-0545-0986 atau emel di bd@joysbio.com.

Source: JOYSBIO (Tianjin) Biotechnology Co., Ltd.
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals