omniture

WIWYNN MULAKAN KILANG PELAYAN FASA II DI JOHOR, MALAYSIA

Wiwynn
2022-06-28 10:40 106
  • Mewujudkan tapak Malaysianya bagi menyediakan perkhidmatan infrastruktur IT awan sehenti
  • Mengukuhkan lagi kedudukan kepimpinannya dalam pasaran pusat data awan

JOHOR BAHRU, Malaysia, 28 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Wiwynn Corporation (Wiwynn), penyedia infrastruktur IT awan inovatif yang berpangkalan Taiwan untuk pusat data hiperskala, hari ini memulakan pembangunan fasa II rasminya terhadap kilang pemasangan papan litar bercetak (PCBA) pelayan untuk pusat data awan menerusi upacara pecah tanah yang diadakan di bandar lapangan terbang Senai, Johor.

Wiwynn telah melakukan penampilan sulung yang membawa impak apabila ia memperkenalkan fasa I - kilang penyepaduan rak pelayan semasa sekatan pergerakan pandemik dalam bulan Disember 2021. Menerusi pengumuman pada hari ini tentang fasa II – kilang PCBA pelayan, tapak Malaysianya akan menjadi salah satu hab Wiwynn yang menyediakan perkhidmatan lengkap bermula daripada PCBA hinggalah penyepaduan rak bagi memenuhi permintaan yang semakin melonjak daripada pusat data hiperskala.

"Kami benar-benar bersyukur atas segala sokongan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan apabila kami memulakan kerja-kerja pembangunan kilang penyepaduan rak pelayan kami pada penghujung tahun lalu. Ia memberi keyakinan kepada kami untuk mempercepatkan pelancaran barisan PCBA pelayan fasa II kami," kata Dr. Sunlai Chang, Presiden Wiwynn. "Kami teruja mengenai pengembangan ini dan tidak sabar-sabar untuk mempercepatkan pertumbuhan di Malaysia."

"Johor mempunyai ekosistem yang tepat untuk menarik pelaburan yang berkualiti dan saya berharap dapat menyaksikan kejayaan yang hebat bagi perkembangan Wiwynn yang mantap dan agresif untuk kedua-dua kilang hanya dalam tempoh 6 bulan. Saya percaya bahawa kejayaan berkenaan akan mencetuskan impak sosio-ekonomi yang positif di Johor. Kerajaan negeri akan terus melanjutkan tahap bantuan khusus bagi menyokong pertumbuhan Wiwynn di wilayah ini," kata Datuk Onn Hafiz, Menteri Besar Johor.

"Keputusan Wiwynn untuk meluaskan lagi kehadiran mereka di Malaysia telah membuktikan bahawa negara ini terus menjadi lokasi pelaburan yang kompetitif untuk operasi bernilai tinggi di tengah-tengah tekanan global. Ia juga dijangka dapat menghasilkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi untuk bakat tempatan, menyumbang kepada peningkatan ekonomi komuniti selain merangsang pembangunan komersial di negeri ini. Projek pengembangan ini sejajar dengan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pelaburan yang strategik. MIDA berharap dapat bekerjasama erat dengan Wiwynn untuk menyokong pertumbuhan operasi mereka di Malaysia. Kami percaya kilang Malaysia ini akan melonjakkan Wiwynn ke tahap yang seterusnya di wilayah ini," kata Datuk Arham Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Wiwynn ialah salah satu penyedia infrastruktur IT awan ODM-Direct terbesar dan telah membina perkongsian yang erat dengan penyedia-penyedia perkhidmatan awan yang terkemuka di dunia. Ia telah mencapai pertumbuhan mengagumkan sebanyak USD 1 bilion pada tahun 2016 dan seterusnya mencatatkan sebanyak USD 6.8 bilion pada tahun 2021, lantas menunjukkan prestasinya yang mantap.

"Hubungan Meta Wiwynn yang terjalin sejak tahun 2012 terus menjadi semakin kukuh selama bertahun-tahun. Terima kasih kepada Wiwynn atas perkongsian mendalam, penyampaian ke arah matlamat perniagaan kami, dedikasi untuk mengusahakan penambahbaikan yang berterusan, membina kepercayaan dan ketelusan yang kami telah wujudkan dan akhir sekali, turut menjadikan kami lebih baik dalam proses ini," kata Sandeep Jayaram, Pengarah Rantaian Bekalan Global di Meta (dahulunya dikenali sebagai Facebook).

"Kami akan membawakan teknologi generasi seterusnya dan mengikuti standard Emas yang tertinggi bagi teknologi Indeks Bangunan Hijau (GBI) bagi mengupayakan pembuatan pintar di tapak baharu untuk menunjukkan komitmen kami terhadap persekitaran dan operasi yang mampan," tambah Dr. Sunlai Chang.

GBI ialah alat penilaian hijau yang diiktiraf oleh industri di Malaysia yang menyediakan penunjuk untuk mereka bentuk dan membina bangunan hijau, lestari yang dapat memberi penjimatan tenaga serta pembangunan perniagaan yang mampan.

Wiwynn ialah sebuah syarikat bereputasi tinggi dalam tanggungjawab sosial korporat. Ia merupakan salah satu ahli Responsible Business Alliance (RBA), pakatan industri yang terbesar di dunia mengkhusus untuk menyokong hak dan kesejahteraan pekerja sekali gus menjamin persekitaran kerja yang selamat dan saling hormat-menghormati.

Penyiapan kilang penyepaduan rak pelayan Wiwynn (fasa I) dijadualkan pada suku pertama tahun 2023, diikuti dengan kilang PCBA (fasa II) yang dijadualkan untuk mula beroperasi pada tahun 2024. Setelah siap, lebih daripada 1,150 peluang pekerjaan dijangkakan untuk penduduk tempatan. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.wiwynn.com atau hubungi recruit@wiwynn.com.

Latar Belakang Wiwynn 

Wiwynn ialah penyedia infrastruktur IT awan yang inovatif bagi produk pengkomputeran dan storan yang berkualiti tinggi, berserta penyelesaian rak untuk pusat data yang utama. Kami komited terhadap visi "menyerlahkan kuasa pendigitalan; menyemarakkan inovasi kemampanan". Syarikat ini melabur dengan agresif dalam teknologi generasi seterusnya bagi menyediakan TCO (Jumlah Kos Pemilikan) terbaik, beban kerja serta penyelesaian IT dioptimumkan tenaga daripada awan ke pinggir.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang, Facebook dan Linkedin Wiwynn atau hubungi sales@wiwynn.com 

 

 

Source: Wiwynn
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications