SHENZHEN, China, 1 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Tencent Games memperkenalkan 44 produk dan projek untuk pasaran Cina, berserta beberapa projek yang memanfaatkan teknologi berkaitan permainan untuk kajian kebudayaan, perindustrian dan saintifik di persidangan "SPARK 2022".
Di persidangan maya tersebut, Naib Presiden Kanan Tencent Steven Ma menekankan kepentingan yang semakin meningkat dan faedah-fadah teknologi silang yang dihasilkan semasa pembangunan permainan, dengan pemain-pemain mulai mengalami percampuran antara dunia sebenar dan dunia dalam talian, dalam keadaan seperti "realiti hiper-digital."
"Industri permainan bukanlah industri yang membangun secara berasingan. Sejak kewujudannya, industri ini sentiasa dipacu secara bersama dan dibangunkan secara simbiotik dengan teknologi canggih dan telah mengumpul beberapa keupayaan teknikal yang unik," kata Ma – atau, lebih tepat, binaan berganda digital fideliti tinggi beliau, yang menggunakan teknologi generasi seterusnya buatan sendiri daripada NExT Studios Tencent yang menyampaikan pesanan beliau kepada khalayak dalam talian. "Berserta kemajuan teknologi yang berterusan dan pendalaman pemahaman kami, permainan akan memainkan peranan yang lebih penting dalam pembangunan ekonomi dan kehidupan sosial, mencipta penemuan teknologi yang lebih hebat dan nilai yang lebih kaya."
Permainan Baharu Diumumkan
Tencent Games memberi perkembangan terkini tentang 26 permainan termasuk judul-judul yang amat dinanti-nantikan seperti League of Legends Esports Manager, Return to Empire,Code: To Jin Yong dan penyelesaian teknologi permainan awan START ENGINE berserta demo pertamanya EVOLUTION.
Ia termasuk pengumuman bahawa League of Legends Esports Manager, permainan mudah alih rasmi bagi perlawanan League of Legends akan memulakan ujian beta terbuka dalam pasaran Tanah Besar Cina pada bulan Julai.
Return to Empire – permainan mudah alih berasaskan strategi yang dibangunkan untuk pasaran Cina oleh TiMi Studio Group dengan kerjasama Xbox Game Studios. Ia mengintegrasikan unsur-unsur klasik daripada Age of Empires IP dan meluaskan corak permainan dengan tahap kebebasan yang lebih besar merentas 625 kilometer persegi medan tempur 3D.
Tentera-tentera di medan perang boleh dicipta dan dipadankan dengan bebas, manakala strategi dapat diselaraskan pada bila-bila masa untuk menyediakan imaginasi intuitif medan tempur. Return to Empire membayangkan semula pertempuran pengepungan klasik dari segi serangan dan pertahanan dengan medan tempur yang berubah dengan pantas meningkatkan cabaran untuk pemain. Ini membolehkan pemain melangkaui lebih daripada strategi tradisional dan mengeksploitasi potensi taktikal setiap keadaan.
Code: To Jin Yong , dibangunkan oleh LIGHTSPEED STUDIOS, menggunakan Unreal Engine 5. Ia diadaptasi daripada siri novel seni mempertahankan diri ("wuxia") yang mendapat pujian oleh penulis novel tersohor Jin Yong dan dibenarkan oleh Ming Ho Publications. Sebagai permainan dunia-terbuka Unreal Engine 5 pertama yang dibintangi oleh wira-wira legenda dunia wuxia Jin Yong, Code: To Jin Yong akan dilancarkan untuk para pemain di serata dunia dalam masa terdekat. Para pemain boleh mengharapkan penerokaan yang bebas terhadap dunia seni mempertahankan diri yang luas dan hebat.
Dengan kuasa Unreal Engine 5, watak-watak klasik dalam karya agung Jin Yong seperti Yang Guo, Qiao Feng, Linghu Chong dan banyak lagi akan muncul dalam kehidupan digital. Dalam masa yang sama, enjin tersebut membolehkan pembangun mencipta semula teknik-teknik seni mempertahankan diri yang luar biasa melalui sistem fizik yang mendasari enjin tersebut. Permainan tersebut juga menggunakan teknologi fotogrametri bagi menyediakan pengalaman yang imersif. Projek "Jin Yong Wuxia Landmarks" akan menyaksikan lebih ramai rakan kongsi turut serta pada masa akan datang, mendigitalkan mercu tanda seni mempertahankan diri dan mendorong keupayaan pembangunan serta terus mempromosikan budaya seni mempertahankan diri.
Tencent Games turut menawarkan maklumat baharu tentang teknologi permainan awan, dengan START ENGINE menawarkan EVOLUTION, demo bagi teknologi permainan awan natifnya. Dalam demo tersebut, pemain dibawa kembali ke era dinosaur dalam adegan interaktif tahap-filem, waktu-sebenar dengan dinosaur dan hutan tebal dipersembahkan dengan sangat halus. Teknologi permainan awan natif menyokong penyegerakan secara organik untuk berbilang pemain.
Pasukan START ENGINE memfokuskan kepada pembangunan teknologi permainan awan natif dan menawarkan pengalaman permainan serba baharu kepada pengguna akhir. START ENGINE tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan studio permainan global, pembangun indie dan pencipta industri filem bagi meneroka lebih banyak kemungkinan dan memulakan perjalanan menuju dunia sebenar secara sepenuhnya bersama-sama.
Projek-projek Diperkasa Teknologi Permainan
Di persidangan tersebut juga, Tencent Games mendemonstrasikan bagaimana ia mengaplikasikan teknologi berkaitan permainan kepada bidang-bidang lain seperti kajian saintifik, warisan budaya dan aplikasi perindustrian.
Warisan Budaya
Tencent Games telah membantu dalam perlindungan dan pemulihan dengan membina Tembok Besar China digital, Library Cave of Dunhuang dan Beijing Central Axis melalui penggunaan teknologi permainan termasuk teknologi Penghasilan Kandungan Berprogram (Programmed Content Generation, PCG), Teknologi Persembahan berasaskan Fizik (Physics-based Rendering Technology, PBR), Permainan Awan, Avatar maya dan permainan teknologi lain, membolehkan transformasi warisan kepada kisah-kisah yang hidup, membolehkan orang ramai memahami dengan lebih baik sejarah dan budaya dengan cara yang lebih menarik.
Industri
BaoSteel Co., Ltd., Tencent Games dan Tencent Cloud telah bekerjasama untuk mengaplikasikan Persembahan Awan Waktu-sebenar, Tangkapan Pergerakan, Interaksi Virtualiti-Realiti, AR/VR dan teknologi permainan lain untuk mencipta kembar digital mesin gulung panas Baosteel 1580 dan untuk membina kilang digital fideliti-penuh 3D tanpa cermin mata holografik. Dalam pendigitalan industri keluli, bagi pengumpulsemakan, pengurusan dan analisis data yang komprehensif serta simulasi dan interaksi waktu sebenar, perkongsian ini mengintegrasikan teknologi permainan Tencent kepada senario-senario berbeza dalam proses pembuatan keluli buat kali pertama bagi meningkatkan kecekapan pembuatan dan menjadikan pembuatan keluli lebih pintar, lebih menjimatkan tenaga dan mesra alam.
Tencent turut bekerjasama dengan subsidiari China Southern Airlines, Zhuhai Flight Training Center, untuk membangunkan dan membina Simulator Penerbangan Penuh (FFS) pertama China. Sistem visual dibina bersama ini akan menggunakan teknologi persembahan grafik dan simulasi fizikal daripada permainan. Menggunakan teknologi simulasi waktu-sebenar yang digunakan secara meluas dalam permainan, Tencent dapat membina persekitaran maya seakan hidup dan persekiraan maya yang sentiasa berubah.
Kajian Saintifik
Tencent Games turut mengumumkan bahawa ia akan menyertai program Chasing All Transients Constellation Hunters (CATCH) yang dimulakan oleh Institute of High Energy Physics, Chinese Academy of Sciences, Key Laboratory of Particle Astrophysics. Program CATCH akan memanfaatkan teknologi AI Tencent Games yang utama dalam industri: algoritma pembelajaran pengukuhan berbilang ejen yang memperkasa lebih daripada 100 satelit untuk memantau Alam Semesta Ekstrem dengan pintar dan secara kolaboratif, di mana jirim wujud dalam keadaan ekstrem.
Penghasilan tindakan intelektual dan teknologi simulasi fizikal waktu sebenar yang memberi kuasa kepada Watak-watak Tidak Boleh Dimainkan (NPC) dalam permainan akan turut digunakan untuk menghasilkan robot yang lebih pintar ketika bekerja di sekitar manusia. Teknologi tersebut akan meningkatkan keupayaan permbuatan keputusan berautonomi robot untuk beradaptasi kepada keadaan yang berbeza. Penemuan tersebut akan membantu membuka jalan untuk aplikasi dunia sebenar masa depan seperti penjagaan warga emas dan perkhidmatan berorientasikan manusia.