omniture

CGTN: Belia Hong Kong mendepani masa depan lebih cerah ketika bandar berintegrasi dalam pembangunan negara

CGTN
2022-07-04 10:21 188

BEIJING, 4 Julai 2022 /PRNewswire/ -- "Anak muda di Hong Kong tidak boleh dibatasi di Hong Kong. Adalah lebih baik untuk kami mendapat gambaran keseluruhan mengenai tanah air kami," kata Tsang Yi, seorang usahawan muda dari Hong Kong.

Yi, yang menubuhkan sebuah syarikat ruang penggodam di bandar Shenzhen, selatan Cina, memberitahu CGTN bahawa beliau berharap dapat menginspirasikan lebih ramai belia Hong Kong untuk mengejar kerjaya mereka di Kawasan Teluk Lebih Besar (GBA) Guangdong-Hong Kong-Macau dengan berkata, "ini merupakan saat terbaik untuk anak muda dari Hong Kong berintegrasi dalam pembangunan negara dan untuk merealisasikan nilai mereka dalam kehidupan."

Dengan pasaran pekerjaan tempatan mengalami tekanan yang tinggi di tengah-tengah pandemik COVID-19, semakin ramai golongan muda Hong Kong beralih ke bandar-bandar di GBA untuk merealisasikan impian mereka.

Di bawah Skim Pekerjaan Belia Kawasan Teluk Lebih Besar yang diperkenalkan oleh kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) tahun lalu, hampir 1,100 siswazah di Hong Kong telah diambil bekerja oleh lebih 400 perusahaan di GBA.

Selama bertahun-tahun Presiden Cina Xi Jinping telah berulang kali menunjukkan keprihatinan beliau terhadap kesejahteraan lebih tujuh juta penduduk Hong Kong, dengan pertambahan belia Hong Kong menarik hati beliau.

"Apabila anak muda berkembang maju, Hong Kong berkembang maju. Apabila anak muda membangun, Hong Kong membangun. Apabila ada masa depan untuk anak muda, ada masa depan untuk Hong Kong," ujar Xi di mesyuarat yang meraikan ulang tahun ke-25 kembalinya Hong Kong ke tanah air dan perasmian kerajaan penggal keenam bagi Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong.

Menyeru untuk mencipta lebih banyak peluang untuk anak muda di Hong Kong untuk membangun dan menyerlah, Xi berkata usaha harus dilakukan untuk membantu mereka menangani kesukaran, mendapat penghargaan yang mendalam terhadap trend yang mendasari kedua-dua negara dan dunia serta meningkatkan rasa bangga terhadap negara mereka.

Mendepani peluang di GBA 

Tinjauan terkini oleh Hong Kong Federation of Youth Groups menunjukkan bahawa 64 peratus responden bersedia untuk menyertai program-program pengalaman kerja atau latihan amali berpangkalan di Kawasan Teluk Lebih Besar.

Faktor-faktor yang paling menarik untuk belia ini ialah prospek kerjaya, saiz pasaran, rangkaian sosial dan peluang latihan, dengan peratus masing-masing mencecah 84.1 peratus, 84 peratus, 70.7 peratus dan 70.4 peratus.

Menggalakkan pembangunan GBA telah menjadi bahagian yang penting dalam visi Xi untuk HKSAR yang dipuji sebagai pintu masuk terbaik untuk Hong Kong berintegrasi dalam pembangunan keseluruhan negara ini.

GBA terdiri daripada dua wilayah pentadbiran khas iaitu Hong Kong dan Macau serta sembilan buah bandar di Wilayah Guangdong yang berjiran. Jumlah kawasan adalah sekitar 56,000 kilometer persegi dan meliputi sekitar 6 peratus daripada penduduk Cina.

"Kawasan Teluk Lebih Besar mencakupi tiga wilayah kastam dalam sebuah negara yang beroperasi di bawah dua sistem sosial yang berbeza dengan tiga mata wang yang berbeza. Ini belum pernah terjadi sebelum ini di dunia," kata presiden Cina.

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) GBA mencecah 12.6 trilion yuan ($1.97 trilion) tahun lalu, 2.4 trilion yuan lebih banyak berbanding pada tahun 2017. Dengan kurang 1 peratus daripada keluasan daratan negara, GBA mencapai 12 peratus daripada KDNK negara.

Memantapkan status unik HK 

China melancarkan Rancangan Lima-Tahun ke-14 (2021-2025) pada tahun lalu, rangka tindakan dan agenda tindakan untuk pembangunan sosial dan ekonomi negara ini dalam tempoh lima tahun akan datang dan pembangunan ekonomi serta sosial Hong Kong turut diketengahkan dalam rancangan tersebut.

Rancangan Lima-Tahun ke-14 terus menyokong usaha Hong Kong untuk mengukuhkan statusnya sebagai pusat kewangan, pengangkutan dan perdagangan antarabangsa; memantapkan statusnya sebagai hab perniagaan Renminbi luar pesisir global, pusat pengurusan aset antarabangsa dan pusat pengurusan risiko.

Pada hari Jumaat, Xi mengulangi sokongan penuh pihak Kerajaan Pusat untuk Hong Kong dalam mengekalkan status uniknya dalam tempoh jangka panjang dan menyeru kerajaan HKSAR baharu untuk memenuhi harapan rakyat dan memberi keutamaan yang tinggi untuk memenuhi aspirasi seluruh komuniti.

"Kepentingan asas Hong Kong adalah konsisten dengan kepentingan asas negara ini dan jantung Kerajaan Pusat dan jantung rakan seperjuangan Hong Kong kami sentiasa berdegup bersama," tambah beliau.

Sejak ia kembali ke China pada tahun 1997, Hong Kong, di bawah prinsip "Satu Negara, Dua Sistem" dengan tahap autonomi yang tinggi, telah memantapkan lagi statusnya sebagai pusat kewangan antarabangsa yang terkemuka dan perdagangan global. Ia dinilai secara konsisten oleh institusi-institusi global sebagai salah satu ekonomi yang paling bebas dan paling kompetitif dengan persekitaran perniagaan yang bertaraf dunia.

Mengakhiri ucapan beliau pada hari Jumaat, Xi menyatakan keyakinan bahawa dengan sokongan padu daripada tanah air dan pelaksanaan mantap "Satu Negara, Dua Sistem," Hong Kong akan dapat meraih pencapaian yang jauh lebih hebat.

https://news.cgtn.com/news/2022-07-01/Hong-Kong-youths-embrace-brighter-future-with-national-development-1bjfAEDSJkQ/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Workforce Management/Human Resources New products/services Survey, Polls & Research