omniture

2022 GAC Tech Day Bawakan Gelombang Teknologi Baharu

GAC MOTOR
2022-07-04 10:40 199

GUANGZHOU, China, 4 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Pada 28 Jun, 2022 GAC Tech Day telahpun diadakan di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) GAC. Selaras dengan temanya – "Realisasi Teknologi" - GAC GROUP melancarkan beberapa pencapaian teknikal yang boleh digunakan untuk pengeluaran besar-besaran dalam bidang sambungan pintar, bateri dan teknologi rangkaian kuasa. Acara tersebut juga jatuh pada sambutan ulang tahun ke-25 GAC GROUP.


GAC Group mempersembahkan Sistem Pengendalian Psi, sistem pengendalian yang utama dalam industri, seluruh kenderaan, rentas-domain dan terpiawai yang dibangunkan secara mandiri berasaskan kepada X-SOUL Electrical dan seni bina elektronik. Sistem tersebut meningkatkan keserasian perisian sistem komputer kenderaan dengan berkesan dengan menyatukan antara muka dan komponen terasnya.

Ekosistem ADiGO yang baharu dan ditingkatkan, kini diperluas bagi merangkumkan penyelesaian kokpit pintar selain untuk memacu teknologi bantuan, turut diperkenalkan.

Sistem Kokpit Pintar ADiGO SPACE menampilkan pembantu suara pintar yang bertindak balas dalam masa kurang daripada 0.6 saat dan sistem bunyi terunggul dengan kandungan maklumat hibur yang terkini.

Sementara itu, Sistem Pemanduan Pintar ADiGO PILOT yang dinaik taraf kini dilengkapi dengan 39 sensor canggih dan platform pengkomputeran berprestasi tinggi. Boleh digunakan bukan sahaja untuk teknologi bantuan pemanduan canggih dan tempat letak kenderaan pintar, ADiGO PILOT turut digunakan dalam perkhidmatan roboteksi (robotaxi) berautonomi.

GAC GROUP turut melancarkan bateri litium besi super generasi baharunya yang dibina berasaskan teknologi mikrohabluran (SmLFP) yang menyediakan bateri dengan 13.5% kepadatan tenaga berkualiti sel yang lebih tinggi dan 20% kepadatan volum tenaga lebih besar berbanding sel bateri litium fosfat besi biasa yang dikeluarkan secara besar-besaran yang terdapat dalam pasaran. Selain daripada teknologi SmLFP, GAC Group memperkenalkan Seni Bina Modular Hibrid Gelombang Mega dan mendedahkan 1.5L enjin menggunakan bahan api hidrogran buat kali pertama. Enjin hidrogen tersebut menampilkan penggunaan hidrogen sebanyak 0.84kg/100km. Kedua-dua teknologi akan berperanan sebagai penyelesaian penting dalam usaha syarikat untuk mencapai keneutralan karbon.

Pendedahan kereta konsep MPV berkuasa hidrogen SPACE turut berlangsung. Reka bentuk canggih kereta tersebut, diinspirasikan oleh seni bina Cina, merangkumi visi kehidupan yang lebih baik melalui teknologi baharu dan menonjolkan semangat inovasi GAC.

GAC MOTOR, di bawah bimbingan misi GAC Group untuk berinovasi, akan terus menjadikan konsep "teknologi dan inovasi" sebagai teras dalam nilai jenamanya. Teknologi inovatif yang dipamerkan di 2022 GAC TECH DAY akan menjadi kunci kepada kemajuan GAC MOTOR dalam pasaran global yang semakin kompetitif. GAC komited untuk memanfaatkan keupayaan pembangunan yang mantap dan kemajuan teknologinya dalam perjalanannya menuju ke tahap baharu dengan matlamat untuk membina masa depan mesra mudah alih karbon rendah.

Source: GAC MOTOR
Keywords: Auto Computer Software Computer/Electronics Transportation