omniture

Kecekapan sel PERC 210 capai 24.5%, Trina Solar pecah rekod dunia buat kali ke-24

Trina Solar Co., Ltd
2022-07-15 02:19 287

CHANGZHOU, China, 15 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Pada 5 Julai, State Key Laboratory of PV Science and Technology (SKL PVST) Trina Solar mengumumkan bahawa sel solar PERC berkecekapan tinggi 210mm×210mm kawasan lebih besar perindustrian proprietarinya, telah mencapai kecekapan 24.5%, disahkan secara bebas oleh National Institute of Metrology, China. Ia mencatatkan rekod baharu untuk sel PERC silikon monohabluran jenis-p 210. Ini merupakan kali ke-24 Trina Solar mencipta rekod dunia baharu, seterusnya menunjukkan kepimpinan teknologi syarikat ini yang bertahan lama.

Teknologi Trina Solar termasuk anti-pantulan berbilang lapisan, jari pelogaman ultra-halus dan MBB super untuk merealisasikan kecekapan jaguh 24.5% untuk sel PERC berkecekapan tinggi 210mm kawasan lebih besar.

"Kami berasa bangga mengumumkan pencapaian terkini yang dibangunkan oleh pasukan teknikal kami," kata Dr. Yifeng Chen, ketua pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) sel dan modul berkecekapan tinggi di Trina Solar. "PERC ialah teknologi perindustrian yang sangat matang dengan kos yang lebih rendah. Pencapaian terkini kami menunjukkan keupayaan bersungguh-sungguh dan inovatif pasukan R&D Trina Solar terhadap teknologi matang dari segi pengeluaran besar-besaran. Kami berdedikasi untuk membuat pelaburan R&D yang berterusan dalam teknologi pengeluaran besar-besaran dan mencipta nilai yang lebih tinggi untuk pelanggan kami."

Trina Solar terus memberi tumpuan untuk memindahkan teknologi yang inovatif kepada pembuatan, untuk membolehkan kecekapan yang dicapai dalam makmal menjadi industrialisasi yang pantas dan memperkukuh kepimpinan teknologi dalam pengeluaran besar-besaran sel berkecekapan tinggi agar produk-produk berkecekapan tinggi dan bernilai tinggi menjadi bermanfaat untuk seluruh industri fotovolta.

Tatkala industri ini berkembang maju, industrialisasi 600W+ telah menjadi pilihan umum. Teknologi matang 210 berserta jenis-P telah meletakkan asas yang kukuh untuk seluruh industri ini bagi memasuki era baharu 600W+ kecekapan ultra tinggi. Dengan usaha bersama daripada rakan-rakan kongsi seluruh rantaian nilai untuk memantapkan penyelarasan antara R&D, pembuatan dan aplikasi, industrialisasi kecekapan terbaharu 210 akan berlaku pada kadar yang amat pantas, membuka laluan baharu bagi menurunkan kos untuk industri PV.

 

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Utilities New products/services