omniture

Emperador Inc. teruskan pertumbuhan antarabangsa ketika ia disenaraikan di Singapura Exchange

Emperador Inc.
2022-07-18 10:00 203

Filipina dan Singapura, 18 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Emperador Inc. ("Emperador" atau "Syarikat") – sebuah perniagaan minuman spirit global yang terkemuka – berjaya disenaraikan pada Papan Utama Singapore Exchange Securities Trading Limited ("SGX-ST") di bawah kod saham "EMI". Penyenaraian sekunder ini menandakan langkah yang terkini dalam rancangannya yang bercita-cita tinggi demi pertumbuhan antarabangsa pada masa akan datang.

Wakil-wakil daripada Emperador Inc., Kedutaan Singapura di Manila dan SGX memukul gong bagi meraikan penyenaraian sekunder Emperador Inc. pada Papan Utama SGX-ST (Dari kiri ke kanan: George Schulze, Pakar Wiski Dalmore untuk Asia – Emperador Inc.; Bryan Donaghey, Ketua Pegawai Eksekutif Whyte & Mackay dan Ketua Perniagaan Wiski Emperador Inc.; Loh Boon Chye, Ketua Pegawai Eksekutif Singapore Exchange; Dr. Andrew L. Tan, Pengarah dan Pengerusi Lembaga Emperador Inc.; Duta Gerard Ho, Kedutaan Singapura di Manila; dan Kevin Andrew L. Tan, Pengarah Emperador Inc.)
Wakil-wakil daripada Emperador Inc., Kedutaan Singapura di Manila dan SGX memukul gong bagi meraikan penyenaraian sekunder Emperador Inc. pada Papan Utama SGX-ST (Dari kiri ke kanan: George Schulze, Pakar Wiski Dalmore untuk Asia – Emperador Inc.; Bryan Donaghey, Ketua Pegawai Eksekutif Whyte & Mackay dan Ketua Perniagaan Wiski Emperador Inc.; Loh Boon Chye, Ketua Pegawai Eksekutif Singapore Exchange; Dr. Andrew L. Tan, Pengarah dan Pengerusi Lembaga Emperador Inc.; Duta Gerard Ho, Kedutaan Singapura di Manila; dan Kevin Andrew L. Tan, Pengarah Emperador Inc.)

En. Bryan Donaghey, Ketua Perniagaan Wiski Emperador Inc. dan Ketua Pegawai Eksekutif Whyte & Mackay berkata, "Penyenaraian sekunder Emperador di SGX-ST pada hari ini menandakan permulaan lembaran baharu dalam pertumbuhan kami. Kami berasa bangga kerana telah membina sebuah syarikat minuman spirit global yang terkemuka dan kami komited untuk menjadi daya penggerak untuk brandi dan wiski.

"Perniagaan global kami terus menyampaikan pertumbuhan mampan dan kami menyasarkan untuk menjana 50% jualan kami dari luar Filipina menjelang tahun 2025.

Penyenaraian sekunder ini memanfaatkan kedudukan Singapura sebagai hab kewangan global dan akan memastikan kami berkedudukan kukuh bagi meluaskan akses kami kepada komuniti pelaburan antarabangsa pada masa akan datang."

Sebagai pengusaha minuman spirit global yang terkemuka, Emperador Inc. telah membangunkan perniagaan sebagai pengeluar, pembotol dan pengedar dengan kedudukan yang mantap di UK, Sepanyol, Mexico serta Filipina. Syarikat ini memiliki rekod prestasi terbukti, momentum yang kukuh serta jejak yang mantap dalam lebih 100 negara.

Portfolio luas Emperador Inc. membawakan warisan selama lebih 300 tahun yang merangkumi beberapa brandi Sepanyol yang paling laris terjual di dunia mengikut isipadu termasuk Fundador, Terry Centenario, Presidente dan Emperador serta beberapa jenama wiski malt tunggal yang paling ikonik termasuk The Dalmore, Jura, Fettercairn dan Tamnavulin. Perniagaan antarabangsanya yang berkembang pantas telah diterajui oleh segmen wiski Scotch susulan kejayaan penyepaduan Whyte & Mackay sejak pemerolehannya pada tahun 2014.

Emperador Inc. ialah syarikat tersenarai utama PSE pertama yang melaksanakan penyenaraian sekunder di SGX-ST. Syarikat ini akan terus mengekalkan penyenaraian primernya di Philippine Stock Exchange ("PSE"), juga di bawah kod saham "EMI".

En. Pol de Win, Pengarah Urusan Kanan, Ketua Jualan & Pengasalan Global, SGX Group, berkata, "Kami teruja untuk mengalu-alukan Emperador Inc. – penyenaraian sekunder pertama kami dari Filipina – pada Papan Utama. Pelaburan strategik syarikat ini dalam membina portfolio global melanjutkan strategi pertumbuhannya baik dalam pasaran matang mahupun pasaran baru muncul. Platform antarabangsa SGX Group menyediakan batu loncatan yang sangat baik untuk Emperador bagi meningkatkan lagi profilnya dan merebut peluang pertumbuhan yang baharu."

This announcement is for information purposes only and is not to be construed as investment or financial advice, or advice to purchase any securities of the Company.

This document is not an offer of securities for sale in the United States, the Philippines, Singapore or elsewhere. The securities of the Company are not being registered under the United States Securities Act of 1933, as amended (the "Securities Act") and may not be offered or sold in the United States unless registered under the Securities Act or pursuant to an exemption from such registration.

There will be no public offering of the securities of the Company in the United States, the Philippines, Singapore or elsewhere. No money, securities or other consideration is being solicited by this communication or the information contained herein and, if sent in response to this communication or the information contained herein, will not be accepted.

The foregoing disclosure contain forward looking statements that are based on certain assumptions of Management and are subject to risks and opportunities or unforeseen events.

Actual results could differ materially from those contemplated in the relevant forward looking statement and EMI gives no assurance that such forward-looking statements will prove to be correct or that such intentions will not change. This Press Release discloses important factors that could cause actual results to differ materially from EMI's expectations. All subsequent written and oral forward-looking statements attributable to EMI or persons acting on behalf of EMI are expressly qualified in their entirety by the above cautionary statements.

Latar Belakang Emperador Inc.

Emperador Inc. (EMI) ialah konglomerat wiski dan brandi global yang beribu pejabat di Filipina dengan portfolio mendalam yang merangkumi jenama-jenama wiski dan brandi yang diiktiraf di seluruh dunia dan terkemuka dalam pasaran yang diedarkan di lebih 100 negara.

Sepanjang tempoh bermula daripada penubuhannya pada tahun 1979 hingga 2013, Emperador bukan sahaja menjadi syarikat minuman spirit yang terbesar di Filipina, tetapi lebih penting lagi syarikat brandi yang terbesar di dunia. Dari tahun 2014 hingga ke saat ini, Emperador tegas dalam tekadnya untuk mula membina portfolio global dengan strategi bertumpu jenama yang jelas. Ini merupakan tahun-tahun transformatif di mana Emperador melakukan pemerolehan antarabangsa seperti pengeluar wiski Scotch kelima terbesar mengikut kapasiti di dunia, Whyte & Mackay serta pembuat brandi yang terbesar dan paling lama di Sepanyol, Bodegas Fundador. Dalam tempoh inilah portfolionya yang luas muncul sebagai pengubah global yang berkembang pantas bagi minuman spirit di lebih daripada 100 negara.

Whyte and Mackay mempunyai warisan selama lebih 175 tahun dan lima kilang penyulingan di UK, ia merupakan pusat bagi rangkaian ikonik jenama-jenama malt tunggal mewah dan premium termasuk The Dalmore, Jura, Fettercairn dan Tamnavulin. Dipacu oleh tumpuan strategik untuk mencapai pasaran antarabangsa, mereka telah mencapai kedudukan yang utama dalam pasaran dan merupakan antara jenama malt tunggal yang berkembang paling pantas di dunia.

Bodegas Fundador ialah pembuat brandi yang terbesar dan paling lama di Sepanyol. Dalam portfolionya merangkumi jenama-jenama yang dianggap sebagai standard platinum bagi brandi de Jerez seperti Fundador, brandi terbesar Sepanyol, Terry Centenario dan wain syeri dengan jualan paling besar di dunia, Harveys Bristol Cream. Baru-baru ini, rangkaian Fundador Supremo diundi sebagai Brandi Terbaik di Dunia dan terus meraih anugerah dalam pertandingan minuman spirit antarabangsa.

Emperador Inc. ialah syarikat tersenarai secara terbuka di Philippine Stock Exchange dan memiliki subsidiari-subsidiari yang menjalankan perniagaan pembuatan, pembotolan dan pengedaran bersepadu minuman spirit disuling dan minuman beralkohol yang lain dari Filipina, Scotland, Sepanyol dan Mexico. Ia merupakan subsidiari Alliance Global Group, Inc., konglomerat yang disenaraikan secara terbuka di Filipina dengan pelaburan terpelbagai dalam pembangunan hartanah, makanan dan minuman, restoran servis pantas dan perniagaan hiburan-pelancongan dan permainan.

Collection and payment of stock transaction tax ("STT") on the sale of shares of Emperador Inc. ("EMI") traded on the SGX-ST to the Philippines Bureau of Internal Revenue ("BIR")

The trading of EMI's shares on the SGX-ST is subject to a STT of 0.6% of the gross selling price or gross value in money of the shares sold. The term gross selling price or gross value in money refers to the total amount of money or its equivalent which the purchaser pays the seller as consideration for the shares. STT is a final tax due on and payable by the seller of the shares, and is required to be collected by and paid to the Philippine tax authorities by the selling stockbroker on behalf of the seller. Failure by shareholders or Singapore brokers to pay or to remit STT payable to the BIR may result in a breach of law and/or contract.

The STT payable by a selling shareholder of EMI's shares traded on the SGX-ST will be collected and withheld by his Singapore broker on his behalf at the date of settlement of the trade. Singapore brokers may remit the collected STT to the BIR via BDO Securities Corporation ("BDO"), which has been appointed by EMI as the receiving and remitting agent (the "Receiving Agent"), or may choose to remit the collected STT to the BIR via other avenues, such as through their Philippines affiliated brokers.

As of the date of this announcement, the following Singapore brokers have been onboarded with BDO as the Receiving Agent:

  • CGS-CIMB Securities (Singapore) Pte. Ltd.;
  • CLSA Singapore Pte Ltd;
  • Daiwa Capital Markets Singapore Limited[1];
  • DBS Vickers Securities (Singapore) Pte Ltd;
  • Lim & Tan Securities Pte Ltd;
  • Macquarie Capital Securities (Singapore) Pte. Limited;
  • Maybank Securities Pte. Ltd;
  • Philip Securities Pte Ltd;
  • Tiger Brokers (Singapore) Pte Ltd;
  • UBS Securities Pte Ltd; and
  • UOB Kay Hian Private Limited.

[1] Daiwa Capital Markets Singapore Limited is in the process of providing the attestation on collection, withholding, remittance and reporting of STT for EMI to SGX-ST, which is required before it can offer trading in the shares of EMI on the SGX-ST.

In the event that a Singapore broker has arranged to remit the collected STT to the BIR via the Receiving Agent and such arrangement is terminated by either the Singapore broker or the Receiving Agent, or in the event that the Receiving Agent no longer acts as the receiving and remitting agent for any reason, the Singapore broker will need to provide alternative modes of STT payment to comply with the applicable regulations (including ensuring that they have in place the necessary procedures and controls in the collection, withholding, remittance and reporting of the STT for the sale of EMI's shares on the SGX-ST in order to continue offering services to facilitate the trading of EMI's shares on the SGX-ST). Until such Singapore broker is able to provide an alternative payment method, selling shareholders trading through such Singapore broker may be unable to trade EMI's shares on the SGX-ST.

Please refer to https://www.emperadorbrandy.com/payment-of-stock-transaction-tax.html as well as EMI's introductory document dated 20 June 2022 (the "Introductory Document") for further details regarding the collection and payment of STT on the sale of shares of EMI traded on the SGX-ST to the BIR. The information in the Introductory Document is provided strictly for information only and should be read as of its date. The information is not and does not constitute or form part of, and is not made in connection with, any offer, invitation or recommendation to sell or issue, or any solicitation of any offer to purchase or subscribe for, any securities of any entity.

Prospective purchasers and holders of EMI's shares on the SGX-ST are advised to consult their own advisers concerning the tax, legal and other consequences of their purchasing, holding, disposing of or dealing in EMI's shares and to consult with their respective Singapore brokers in respect of the payment of STT and additional fees and charges (if any) that may apply in respect of the payment of STT to the BIR.

 

Source: Emperador Inc.
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Corporate Expansion