omniture

Perkembangan Projek Sekolah-sekolah Terbuka menggunakan Teknologi untuk Semua UNESCO-Huawei Dikaji Semula dalam Seminar Rentas-negara

Huawei
2022-07-19 13:25 171

Projek tiga tahun sedang dilaksanakan di Ghana, Etiopia dan Mesir untuk menjamin kesinambungan dan kualiti pembelajaran di bawah keadaan normal dan keadaan krisis.

SHENZHEN, China, 19 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Seminar rentas-negara selama tiga hari yang dianjurkan di Accra, Ghana berhubung subjek projek Sekolah-sekolah Terbuka menggunakan Teknologi untuk Semua (Technology-enabled Open Schools for All, TeOSS) melabuhkan tirai pada 7 Julai lalu.

A three-day cross-country seminar hosted in Accra, Ghana on the subject of the Technology-enabled Open Schools for All (TeOSS) project drew to a close on July 7. 
Following the official launch of the TeOSS project on 25 November 2021, the seminar was co-organized by Huawei and UNESCO as part of the project’s implementation phase. The event included a progress report on the first phase of the project, including results so far, and discussed the implementation of the second phase.
A three-day cross-country seminar hosted in Accra, Ghana on the subject of the Technology-enabled Open Schools for All (TeOSS) project drew to a close on July 7. Following the official launch of the TeOSS project on 25 November 2021, the seminar was co-organized by Huawei and UNESCO as part of the project’s implementation phase. The event included a progress report on the first phase of the project, including results so far, and discussed the implementation of the second phase.

Susulan pelancaran rasmi projek TeOSS pada 25 November 2021, seminar tersebut dianjurkan secara bersama oleh Huawei dan UNESCO sebagai sebahagian daripada fasa pelaksanaan projek berkenaan. Acara tersebut menyediakan laporan kemajuan mengenai fasa pertama projek berkenaan, termasuk hasil setakat ini dan membincangkan pelaksanaan fasa kedua.

UNESCO membantu Kementerian-kementerian Pendidikan dan rakan-rakan kongsi yang lain di Mesir, Etiopia dan Ghana dengan penyerahan projek TeOSS tiga tahun yang akan berjalan hingga Ogos 2023. Dibangunkan di bawah kerangka UNESCO-Huawei Funds-in-Trust, projek berkenaan merangkumi reka bentuk, ujian perintis dan peningkatan sistem sekolah menggunakan teknologi terbuka. Termasuk kurikulum, interaksi guru-pelajar dan penjagaan sosial, sistem-sistem ini akan dapat diakses di sekolah, rumah dan tempat-tempat lain bagi menjamin kesinambungan dan kualiti pendidikan walaupun sekiranya krisis seperti pandemik berlaku.

"Terdapat tiga paksi untuk mengemudi revolusi digital yang mana kesemuanya diperlihatkan dalam projek ini: bagi menjamin ketersambungan untuk semua; untuk membina kandungan dan platform pembelajaran digital awam yang percuma; dan untuk memfokuskan kepada bagaimana teknologi dapat meningkatkan inovasi dan perubahan pedagogi," kata Stefania Giannini, Ketua Penolong Pengarah untuk Pendidikan, UNESCO.

Dirancang dengan kolaborasi erat bersama kerajaan Mesir, Ghana dan Etiopia serta selaras dengan strategi-strategi negara masing-masing, setiap projek TeOSS telahpun dibangunkan untuk memenuhi keperluan setempat yang tertentu.

Di Mesir, kerangka kemahiran ICT telah dibangunkan untuk para guru dan pelajar di sekolah-sekolah K12. Pakar-pakar pembangunan perisian kursus digital dan guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah rendah akan mendapat latihan sementara Pusat Pembelajaran Jarak Jauh Kebangsaan (National Distance Learning Centre) akan ditubuhkan untuk digunakan oleh para pendidik seluruh negara demi memastikan kesinambungan dalam pembangunan profesional.

"Sejak Mesir melancarkan sistem baharunya, Presiden memberi komitmen yang belum pernah terjadi sebelum ini untuk memodenkan model pendidikan negara ini," kata Dr. Hanem Ahmed, Ketua Kerjasama Antarabangsa untuk Menteri Pendidikan dan Pendidikan Teknikal Republik Arab Mesir bagi pihak T.Y.T. Dr. Tarek Shawki, Menteri Pendidikan dan Pendidikan Teknikal Republik Arab Mesir.

Projek TeOSS di Etiopia memfokuskan kepada pembangunan infrastruktur ICT untuk menghubungkan sekolah perintis, melatih guru dan pelajar serta membina Sistem Pengurusan Pembelajaran yang diintegrasikan dengan Platform Latihan Guru.

"Projek berkenaan benar-benar sejajar dengan strategi-strategi negara Etiopia berhubung keperluan untuk menggunakan ICT dan kandungan digital dalam sistem kami. Kami juga akan turut meningkatkan sistem ini dengan menerima pakai dan menyesuaikan semua aktiviti mengikut konteks setempat," kata Dr. Zelalem Assefa, Ketua Pegawai Eksekutif ICT dan Pendidikan Digital untuk Kementerian Pendidikan Republik Demokratik Persekutuan Etiopia.

Di Ghana, tumpuan diberikan untuk mencipta kandungan digital untuk semua subjek, serta menyediakan latihan untuk para guru dan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah rendah. Projek berkenaan turut membina e-repositori yang boleh digunakan oleh para guru untuk memuat naik kandungan dan melaluinya pelajar boleh mengakses secara dalam talian dan luar talian dengan sedikit atau tanpa pengawasan.

"Kami perlu berupaya menerima teknologi untuk meningkatkan penyampaian pendidikan kami. Sekiranya kami ingin berupaya mencapai SDG-4, kami memerlukan platform digital sebagai pendaya dan memanfaatkannya untuk mencapai sasaran berkenaan," kata John Ntim Fordjour, Timbalan Menteri Pendidikan, bagi pihak T.Y.T. Dr. Yaw Osei Adutwum, Menteri Pendidikan Republik Ghana.

TeOSS sejajar dengan domain Tech4Education bagi inisiatif rangkuman digital Huawei, TECH4ALL, yang bertujuan untuk mendorong kesamarataan dan kualiti pendidikan dengan teknologi dan berusaha untuk meningkatkan akses digital, meningkatkan kemahiran digital dan membangunkan kursus yang berkualiti tinggi. Program Huawei ICT Academy dirancang untuk membantu memupuk bakat ICT dengan meningkatkan kemahiran digital.

"Bagi mencapai kesamarataan pendidikan global dan berkongsi sumber pendidikan, Huawei melancarkan platform khidmat sehenti yang komprehensif 'Huawei Talent'," kata Zhang Jing, Pengarah Kanan Ekosistem Bakat Pendidikan Huawei, Huawei ICT Academy Development. "Bagi merapatkan jurang antara bekalan dan permintaan bakat dalam era digital, Huawei membina pakatan bakat, meningkatkan kemahiran, membangunkan standard bakat dan mendorong nilai bakat untuk membantu dunia menjadi lebih berciri digital."

Teknologi telahpun menunjukkan nilai intrinsik dalam mentransformasikan pendidikan, iaitu nilai yang akan terus berkembang pada masa akan datang.

"Teknologi digital telah menjadi pemacu produktiviti baharu yang menyokong inovasi dalam model pendidikan, transformasi metodologi pendidikan dan persekitaran pendidikan yang lebih pintar," kata Kevin Zhang, Ketua Pegawai Pemasaran Infrastruktur ICT untuk Huawei. "Kami sedang meninjau cara untuk mengaplikasikan AI, seperti visi komputer, pemprosesan bahasa tabii dan pemprosesan pertuturan, untuk pendidikan. Teknologi inovatif dapat membantu mengatasi cabaran yang paling mendesak di dunia. Kami perlu terus saling bekerjasama untuk berinovasi."

Pendekatan kolaboratif dan inovatif projek TeOSS membantu mencipta pendidikan yang inklusif, saksama dan berkualiti untuk semua serta menyokong peluang pembelajaran sepanjang hayat. Ia akan memperkasa negara-negara untuk memikirkan semula tentang pendidikan dan serta menyokong generasi baharu sekolah digital dan juga pelajar digital.

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Education Multimedia/Online/Internet Telecommunications Telecommunications Carriers and Services New products/services Trade show news