omniture

Huawei Sertai Kelompok Paten Sisvel Wi-Fi 6 sebagai Ahli Pengasas

Huawei Technologies Co.,Ltd.
2022-07-21 00:36 289

SHENZHEN, China, 21 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini, Huawei mengumumkan bahawa ia telah menyertai kelompok paten Sisvel Wi-Fi 6 sebagai salah satu ahli pengasasnya. Kelompok paten baharu ini menyediakan saluran untuk paten-paten penting standard Wi-Fi 6 Huawei dan penginovasi-penginovasi lain untuk dikongsikan. Dalam masa yang sama, Huawei juga menjadi pemegang lesen kelompok tersebut.

"Huawei teruja untuk berkongsi teknologi Wi-Fi kami yang inovatif bersama industri ini," kata Alan Fan, Ketua Jabatan Hak Harta Intelek Huawei. "Teknologi Wi-Fi digunakan secara meluas dalam bidang-bidang seperti barangan elektronik pengguna, rumah pintar dan perusahaan perindustrian. Kelompok paten ini akan meningkatkan ketelusan pelesenan paten dan mengurangkan pertikaian pelesenan. Pelaksana-pelaksana boleh memperoleh lesen di bawah semua paten dalam kelompok ini dalam satu masa yang dapat meningkatkan kecekapan pelesenan dan mengurangkan kos pelesenan."

Fan menambah bahawa Huawei telah lama menganjurkan agar inovasi diberi ganjaran yang sewajarnya. Kelompok paten boleh membantu syarikat-syarikat, terutamanya PKS, melesenkan paten mereka dan seterusnya melaburkan hasil pelesenan dalam lebih banyak aktiviti inovasi. Huawei berharap agar kejayaan operasi kelompok paten ini akan menggalakkan lebih banyak syarikat untuk melabur dalam teknologi Wi-Fi generasi seterusnya.

Mattia Fogliacco, Presiden Sisvel International, mengulas: "Kami teruja untuk mengalu-alukan Huawei antara pemilik-pemilik paten daripada kelompok baharu kami. Sepanjang dua tahun pemudahan yang lalu, kami telah mencipta kerangka yang kami rasakan akan memberi manfaat kepada Pasaran untuk Teknologi secara keseluruhan, menghapuskan perselisihan dan menyelaraskan kepentingan para penginovasi dan pelaksana: Huawei menerima untuk menjadi ahli pengasas dan pemegang lesen/pemberi lesen yang menawarkan pengesahan yang kukuh untuk pendekatan ini. Kami percaya bahawa hal ini, berserta kualiti IP yang disumbangkan oleh Huawei dan pemilik-pemilik paten lain yang mengambil bahagian akan serta merta menarik pemegang lesen tambahan dan berkemungkinan juga, pemilik paten tambahan."

Huawei tetap terbuka untuk menyertai lesen langsung dengan syarikat-syarikat lain melalui perbincangan dua hala, seterusnya memberi pilihan kepada pelaksana untuk memperoleh lesen paten Wi-Fi 6 Huawei sama ada melalui kelompok paten Sisvel Wi-Fi 6 atau lesen langsung dengan Huawei.

 

 

Source: Huawei Technologies Co.,Ltd.
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Patent Law