omniture

SKF lancar Pusat Perkhidmatan Pengilangan Semula Kereta Api di Asia Tenggara

SKF Group
2022-07-22 12:30 151

NILAI, Malaysia, 22 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini, SKF Malaysia Sdn. Bhd. mengumumkan pelancaran pusat perkhidmatan pengilangan semula kereta api yang pertama untuk memenuhi keperluan penyelenggaraan dan perkhidmatan daripada sektor pengangkutan kereta api yang semakin berkembang di Asia Tenggara dan membantu mereka memanfaatkan faedah-faedah daripada ekonomi pusingan. Terletak di kilang Nilai di Negeri Sembilan, Malaysia, pusat tersebut akan menyediakan perkhidmatan pengilangan semula untuk unit galas penggelek (TBU) tirus dan unit penggelek silinder (CRU) untuk kereta api penumpang dan kereta api pengangkut.

(Dari Kiri ke Kanan) Naqeeb Bin Yusof, Pengurus Segmen Perkhidmatan & Kereta Api, SKF Malaysia, Mohamad Saadiq, Pengurus Operasi, SKF Bearing Industries, Malaysia, Manish Bhatnagar, Presiden, SKF Industrial Rantau India & Asia Tenggara dan Hernán Bourbotte, Pengurus Negara, SKF Malaysia memotong reben semasa pelancaran Pusat Perkhidmatan Pengilangan Semula Kereta Api yang terletak di kilang SKF di Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.
(Dari Kiri ke Kanan) Naqeeb Bin Yusof, Pengurus Segmen Perkhidmatan & Kereta Api, SKF Malaysia, Mohamad Saadiq, Pengurus Operasi, SKF Bearing Industries, Malaysia, Manish Bhatnagar, Presiden, SKF Industrial Rantau India & Asia Tenggara dan Hernán Bourbotte, Pengurus Negara, SKF Malaysia memotong reben semasa pelancaran Pusat Perkhidmatan Pengilangan Semula Kereta Api yang terletak di kilang SKF di Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.

Manish Bhatnagar, Presiden, SKF Industrial Rantau India & Asia Tenggara, mengulas, "Pengendali kereta api semakin mencari penyelesaian yang mampan untuk operasi, penyelenggaraan dan pembaikan peralatan mereka. Kepakaran SKF dalam pengilangan semula galas mengikut standard SKF, dengan faedah-faedah alam sekitar yang signifikan, penjimatan kos dan masa pendulu, meletakkan kami di kedudukan kukuh untuk memenuhi keperluan daripada sektor pengangkutan kereta api yang berkembang pesat di rantau Asia Tenggara."

"Pusat pengilangan semula kereta api turut menekankan komitmen kami untuk memacu pertumbuhan yang pintar dan bersih dengan membawakan produk dan penyelesaian yang merupakan sebahagian daripada ekonomi pusingan."

Pengilangan semula merupakan bahagian yang penting dalam ekonomi pusingan kerana ia menawarkan pendekatan yang lebih mesra alam di samping menyampaikan faedah kos yang signifikan kepada pelanggan. Galas yang dikilangkan semula memberi penjimatan kos sehingga 55% berbanding galas baharu. Bergantung kepada jumlah pengilangan semula yang diperlukan, galas yang dikilangkan semula dapat mengurangkan jejak karbon sehingga 90% berbanding dengan galas baharu. Pengilangan semula juga menggunakan sehingga 90% kurang tenaga, memerlukan sumber yang sedikit dan kurang menghasilkan sisa berbanding menghasilkan galas baharu. Selain itu, tiada kompromi ke atas keandalan untuk galas yang dikilangkan semula kerana SKF menggunakan standard, jaminan kualiti, pengetahuan dan kecekapan yang sama untuk pengilangan galas baharu.

"Pusat pengilangan semula kereta api baharu ini mengesahkan komitmen kami untuk meluaskan kehadiran kami dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Pusat ini membolehkan kami memainkan peranan yang aktif dalam mempercepatkan pembangunan mampan sektor pengangkutan kereta api dan menyumbang kepada transformasi landskap dan ekosistem pengangkutan negara ini yang merupakan salah satu tumpuan utama dalam agenda kerajaan seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia ke-12 2021 – 2025. Kami berharap dapat berkolaborasi dengan rakan-rakan industri pengangkutan kereta api untuk meneruskan peralihan kepada ekonomi pusingan," kata Hernán Bourbotte, Pengurus Negara SKF Malaysia.

SKF telah membina jaringan global dengan 20 pusat perkhidmatan kereta api dengan sekitar 220,000 galas set roda diperbaiki setiap tahun. Permintaan terhadap perkhidmatan pengilangan semula kereta api berkembang pesat dan dijangkakan bahawa perniagaan ini akan berkembang sebanyak 50 peratus menjelang tahun 2023.

Source: SKF Group
Keywords: Banking/Financial Service Railroads and Intermodal Transportation Transportation Trucking and Road Transportation Corporate Expansion New products/services