omniture

J&T Express Sambut Ulang Tahun Keempat di Vietnam

J&T Express
2022-07-25 09:14 161

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 25 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Penyedia perkhidmatan logistik global J&T Express menyambut ulang tahunnya yang keempat di Vietnam hari ini, menandakan empat tahun pengembangan ekstensif jaringan domestiknya. Ketika ini, J&T Express menyediakan liputan seluruh negara melalui rakan-rakan kongsi rangkaian di lebih daripada 1,900 depot kurier.

J&T Express Sambut Ulang Tahun Keempatnya di Vietnam
J&T Express Sambut Ulang Tahun Keempatnya di Vietnam

Sejak pelancarannya di Vietnam pada Julai 2018, J&T Express terus berusaha untuk menyesuaikan penawarannya bagi menampung keperluan pasaran tempatan. Bermula daripada penyediaan perkhidmatan biasa seperti J&T Standard Express dan J&T Fast untuk memenuhi keperluan bayaran pos dan kurier, sejak itu J&T memperluas perkhidmatannya kepada penawaran yang lebih luas seperti J&T Super (penghantaran cepat), J&T Fresh (penghantaran hasil segar) dan J&T International (perkhidmatan logistik antarabangsa). 

Berlatarbelakangkan pandemik COVID, J&T Express Vietnam bertindak balas dengan penghantaran tanpa sentuh bagi memastikan gangguan minimum di Vietnam dan melampirkan "Kad Bungkusan Keselamatan" pada bungkusan bagi menunjukkan status kesihatan kurier. Pada Ogos lalu, J&T Express melancarkan J&T Fresh di Vietnam bagi memberi sokongan logistik untuk penggunaan produk pertanian di seluruh Vietnam sepanjang musim menuai. Ini termasuk menyokong penuaian, mengangkut hasil, membimbing petani berhubung pembungkusan dan mengajar mereka cara untuk memuat naik produk pertanian mereka di laman e-dagang. Ini merupakan contoh hebat bagaimana J&T Express memanfaatkan kepakaran globalnya bagi menampung keperluan setempat setiap pasaran.

Teknologi kekal sebagai teras dalam penawaran perkhidmatan J&T Express. Awal tahun ini, J&T Express merasmikan Pusat Pengisihan Cu Chi di Vietnam – sebuah kemudahan berkeluasan kira-kira 60,000 meter persegi yang dilengkapi dengan sistem logistik pintar dalam pemprosesan, storan dan penghantaran. Pusat tersebut dilengkapi dengan pengisih tali sawat silang automatik yang membolehkan pengimbasan kod bar automatik dan pengisihan pakej mengikut destinasi. Ia turut dilengkapi dengan sistem DWS canggih dan sistem pengisihan pintar roda berpusing bersepadu, yang membantu menyusun pakej secara automatik. Dengan pusat baharu dan teknologi dinaik taraf syarikat ini, kapasiti pemprosesan harian J&T Express Vietnam pada separuh pertama tahun ini meningkat kira-kira 4 kali ganda berbanding tahun sebelumnya dengan ketepatan pengisihan melebihi 99%.

Charles Hou, Naib Presiden Kumpulan J&T Express, berkata, "Vietnam merupakan pasaran kedua yang ditembusi oleh J&T Express susulan penubuhan kami di Indonesia. Saya sangat berbangga dengan apa yang dicapai oleh kami di Vietnam dalam tempoh yang begitu singkat. Ini merupakan bukti kukuh kejayaan model perniagaan kami yang amat boleh diulangi dan komitmen kami untuk terus mengusahakan setiap pasaran dan memberi manfaat kepada komuniti setempat di tempat kami beroperasi. Hari ini, J&T Express telahpun berkembang menjadi rangkaian yang meliputi 13 negara merentas Asia, Timur Tengah dan Afrika Utara serta Amerika Latin, namun misi kami untuk menjadi penyedia perkhidmatan ekspres yang berorientasikan pelanggan dan berasaskan kecekapan tidak pernah berubah."

Phan Binh, Pengarah Jenama J&T Express Vietnam berkata; "Ketika kami mengimbau kembali perjalanan J&T Express Vietnam sepanjang empat tahun yang lalu, saya bersyukur dan berasa rendah hati dari segi sejauh mana J&T Express telah berjaya. Memandang ke hadapan, saya sama-sama teruja dengan peluang masa depan untuk terus membawakan penyelesaian didayakan teknologi yang terbaik kepada pelanggan dan perniagaan yang memanfaatkan jaringan global kami yang semakin berkembang. Kami terus berharap dan optimis tentang pertumbuhan logistik dan e-dagang Vietnam serta berharap untuk menyumbang sebagai pengusaha yang penting."

Latar Belakang J&T Express 

J&T Express ialah penyedia perkhidmatan logistik global menerusi perniagaan penghantaran ekspres yang terkemuka di Asia Tenggara dan China, pasaran yang terbesar dan berkembang paling pantas di dunia. Ditubuhkan pada tahun 2015, jaringan J&T Express mencakupi tiga belas negara termasuk Indonesia, Vietnam, Malaysia, Filipina, Thailand, Kemboja, Singapura, China, Arab Saudi, UAE, Mexico, Brazil dan Mesir. Dengan mematuhi misi "berorientasikan pelanggan dan berasaskan kecekapan", J&T Express komited untuk menyediakan kepada pelanggan dengan penyelesaian logistik bersepadu melalui infrastruktur pintar dan jaringan logistik digital, sebagai sebahagian daripada strategi globalnya untuk menghubungkan dunia dengan kecekapan lebih tinggi dan membawa faedah-faedah logistik buat semua.

Source: J&T Express
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Transportation