Jam Tangan Luar PRO TREK Baharu dengan Paparan Besar Grafik Kompas
TOKYO, 29 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd., hari ini mengumumkan tiga penambahan baharu kepada barisan jam tangan luar PRO TREK. Jam tangan PRG-340 baharu kesemuanya menampilkan LCD dwi-lapisan yang membolehkan grafik kompas dipaparkan dalam format besar yang mudah dibaca.
Bahagian luar jam tangan luar PRG-340 yang baharu mengandungi plastik biojisim. Jam tangan ini turut menggunakan LCD dwi-lapisan untuk memaparkan grafik kompas dalam format besar dan mudah dibaca.
Casio menunjukkan komitmennya terhadap pembangunan produk mesra alam sekitar dengan menghasilkan bekas jam, bahagian belakang bekas jam dan bezel putar dengan plastik biojisim,* menggunakan bahan-bahan mentah daripada biji jarak dan jagung. Dihasilkan daripada sumber boleh diperbaharui, plastik biojisim dijangka dapat membantu mendorong peralihan kepada ekonomi pusingan dan membendung emisi gas CO2. Bezel, yang lebih terdedah kepada impak berbanding bahagian yang lain, diperbuat daripada plastik biojisim yang baru dibangunkan, malah lebih kuat.
*Plastik biojisim tidak digunakan pada tali jam logam PGR-340T. |
Jam tangan ini turut dilengkapi dengan sistem pengecasan Tough Solar yang menukarkan cahaya daripada matahari, lampu pendarfluor dan sumber-sumber lain secara berkesan untuk memberi kuasa kepada jam tangan, lantas menghapuskan keperluan untuk menggantikan bateri dengan kerap.
Jam tangan baharu ini direka bentuk untuk kemudahan penggunaan semasa pendakian gunung, berjalan kaki dan aktiviti-aktiviti luar yang lain, menyediakan kebolehbacaan yang tinggi dengan LCD dwi-lapisan. Lapisan LCD bawah memaparkan masa dan pelbagai ukuran, manakala lapisan atas memaparkan kompas dalam grafik berwarna biru yang besar. Bezel putar juga menjadikannya mudah untuk merekod bacaan kompas. Sementara itu, lug boleh digerakkan membolehkan bekas jam tangan dan tali jam untuk diletakkan secara rata di atas peta kertas bagi membantu pengguna menyemak lokasi semasa mereka dan merancang laluan mereka. Jam tangan baharu ini menyediakan ukuran mudah bagi bearing kompas, tekanan barometrik, suhu dan altitud dengan menekan butang.
Model |
Warna |
Tali Jam |
PRG-340-1 |
Hitam |
Plastik biojisim |
PRG-340-3 |
Khaki |
Plastik biojisim |
PRG-340T-7 |
Perak |
Aloi titanium |