omniture

Syarikat pemula Singapura, Luwjistik bantu Lion Parcel melonjak ke tahap lebih tinggi

Luwjistik
2022-08-01 12:33 122

SINGAPURA, 1 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Luwjistik, syarikat pemula berpangkalan di Singapura, mengkhusus dalam integrasi logistik e-dagang, memeterai perkongsian strategik dengan syarikat logistik Indonesia, Lion Parcel (PT Lion Express), untuk meningkatkan lagi perkhidmatan penghantaran antarabangsanya, INTERPACK. Perkongsian ini akan membolehkan Lion Parcel untuk meningkatkan keupayaan perkhidmatan dan memperluas rangkaian mereka di wilayah ini.

Dengan platform perisian-sebagai-satu-perkhidmatan (SaaS) Luwjistik, Lion Parcel will akan dapat berhubung secara lancar dengan rakan-rakan kongsi merentas rantaian bekalannya melalui integrasi API tunggal.

Kolaborasi ini akan menyaksikan suai tugas Lion Parcel sebagai rakan eksport jarak pertama Luwjistik untuk penghantaran dari Indonesia ke Malaysia Barat dan Timur serta rakan import jarak akhir dari Singapura, Malaysia, Hong Kong dan UK ke Indonesia.

Ketua Pegawai Pematuhan dan Rangkaian Lion Parcel, Victor Ary Subekti berkata, "Perkongsian bersama Luwjistik menyokong komitmen kami untuk meluaskan liputan perkhidmatan dan mengukuhkan kedudukan INTERPACK sebagai perkhidmatan penghantaran ke dan dari luar negara yang telah menjadi pilihan orang ramai, terutamanya penggiat ekonomi yang berusaha untuk mengembangkan pasaran mereka termasuk PMKS (perusahaan mikro, kecil dan sederhana) dan e-dagang."

"Kami bermatlamat untuk membolehkan Lion Parcel meningkat maju dan berkembang dengan cekap dan menjimatkan kos dengan menyediakan alat-alat yang betul kepada mereka. Dengan Luwjistik, mereka akan mendapat akses kepada ekosistem rakan kongsi rangkaian kami melalui integrasi tunggal dan berupaya untuk mereka bentuk dan membina rantaian bekalan mereka pada platform tunggal," kata Syed Ali Ridha Madihid, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Luwjistik.

"Tatkala sektor logistik perlu membangun dan mendigitalkan agar dapat menyaingi permintaan, Luwjistik menyediakan penyelesaian yang pantas, cekap dan selamat – iaitu penyelesaian yang akan membantu mereka berkembang," tambah En. Madihid.

Latar Belakang Luwjistik 

Luwjistik ialah Platform API Disatukan yang bertujuan untuk membolehkan syarikat-syarikat dalam industri logistik meningkatkan keupayaan mereka dengan memperluas rangkaian mereka di wilayah ini secara serta-merta dan dalam masa yang sama mengekalkan kawalan ke atas rantaian bekalan mereka. Luwjistik berada di sini untuk membina rantaian bekalan yang mampan demi masa depan dengan mewujudkan rangkaian logistik maya yang terbesar di dunia yang memfokuskan kepada kolaborasi dan kerjasama. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.luwjistik.com.

Latar Belakang Lion Parcel  

Lion Parcel ialah syarikat logistik Indonesia yang terkenal, subsidiari Lion Air Group. Ditubuhkan sejak tahun 2013, Lion Parcel menawarkan perkhidmatan kepada penghantaran jarak pertama, jarak pertengahan dan jarak akhir, bermula daripada penghantaran domestik ke antarabangsa. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://lionparcel.com/.

Source: Luwjistik
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Transportation Corporate Expansion