GURUGRAM, India, 3 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Cielo, Rakan Pemerolehan Bakat terkemuka di dunia, telah melancarkan pejabat pertamanya di India. Ruang kerja baharu di Gurugram, yang terletak di barat daya New Delhi ini merupakan suatu pencapaian penting dalam pengembangan Cielo di rantau Asia Pasifik.
Pasukan Cielo India memberikan penyelesaian pemerolehan bakat yang baharu dan terbukti kepada pelbagai organisasi di seluruh sektor IT, kejuruteraan, sains hayat, automotif dan khidmat rundingan. Selain Penyumberan Luar Proses Pengambilan (RPO), Cielo menyediakan pasaran India dengan khidmat rundingan bertaraf dunia, termasuk jenama majikan yang kesemuanya disokong oleh platform teknologi proprietari miliknya, Cielo TalentCloud.
"Memantapkan kehadiran yang kukuh di India adalah penting bagi visi Cielo – iaitu untuk menerajui pasaran dengan pengalaman bakat yang lebih baik untuk semua," ujar Shailesh Singh, Pengarah Cielo India. "Kami teruja untuk memulakan fasa operasi baharu ini di India dalam usaha Cielo memantapkan kedudukannya sebagai peneraju pemerolehan bakat global."
Cielo komited untuk memadankan penyelesaian pemerolehan bakatnya yang terkemuka di pasaran dengan kepakaran dalam pelbagai sektor termasuk teknologi dan sains hayat – dua industri yang utama di India. Industri teknologi di negara ini mengalami pertumbuhan yang memecahkan rekod pada tahun 2022 manakala industri farmaseutikal pula merupakan yang ketiga terbesar di dunia. Dengan pengalaman dan pengetahuan yang tiada tandingan dalam bidang ini, Cielo berada pada kedudukan yang baik untuk menyediakan penyelesaian perekrutan dan bakat yang memberi impak kepada pasaran di India.
"Pengembangan Cielo ke India adalah berdasarkan komitmen kami untuk mengukuhkan jejak Cielo di wilayah utama, menjalin hubungan rapat dan kerjasama yang berkekalan dengan setiap pelanggan bagi memenuhi keperluan pemerolehan bakat serta matlamat perniagaan mereka secara keseluruhan," kata Marissa Geist, Ketua Pegawai Eksekutif Cielo.
Ditubuhkan pada tahun 2005, 4,000 orang pekerja Cielo kini memberikan perkhidmatan kepada 215 pelanggan di 113 buah negara dalam 39 bahasa. Jangkauan global serta fokus tempatan Cielo yang digabungkan dengan kepakarannya, membolehkan syarikat-syarikat mendahului persaingan untuk memperoleh bakat.
Tentang Cielo
Cielo ialah Rakan Pemerolehan Bakat yang terkemuka di dunia. Kami memberikan pengalaman bakat yang lebih baik kepada semua orang melalui Penyumberan Luar Proses Pengambilan, Carian Eksekutif, Penyelesaian Tenaga Kerja Kontinjen dan khidmat Rundingan. Dengan pendekatan kami yang segar – kami mereka cipta dan membangunkan penyelesaian yang komprehensif dan terbukti berinspirasikan teknologi untuk mencari dan menyimpan bakat unik yang meningkatkan pelanggan kami untuk mengatasi persaingan. Ketahui lebih lanjut di cielotalent.com.