omniture

Kelebihan Teknikal TANK Platform yang Mantap, GWM TANK300 Akan Bawakan Pengalaman Luar-jalan Pintar yang Baharu

GWM
2022-08-08 09:52 158

BAODING, China, 8 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Pada 29 Julai, kelompok terkini GWM TANK300 tiba di Pelabuhan Jeddah, Arab Saudi, bagi menyediakan lebih banyak peluang kepada pengguna untuk mengalami dan benar-benar merasai kekuatan teknikal GWM TANK Platform.

Kelebihan Teknikal TANK Platform yang Mantap, GWM TANK300 Akan Bawakan Pengalaman Luar-jalan Pintar yang Baharu
Kelebihan Teknikal TANK Platform yang Mantap, GWM TANK300 Akan Bawakan Pengalaman Luar-jalan Pintar yang Baharu

"Hasrat GWM di sebalik penciptaan TANK Platform adalah untuk memberikan pengalaman produk tanpa kompromi kepada pengguna," kata Gautam Arun, Pengarah Produk GWM Timur Tengah.

TANK Platform ialah platform luar-jalan profesional pintar bertaraf global dengan reka bentuk modular pintar dicipta oleh GWM yang mengintegrasikan sumber-sumber unggul bertaraf global. Platform ini mempunyai banyak ciri hebat seperti pemanduan luar-jalan pintar, keandalan tinggi dan kuasa hebat untuk menghasilkan produk luar-jalan yang lebih berkuasa dan pintar.

TANK Platform memberikan prestasi luar-jalan pintar yang cemerlang kepada kenderaan. Ia dapat disesuaikan dengan jenis konfigurasi luar-jalan pintar yang berbeza seperti TANK TURN (Bantuan Membelok dengan Brek) yang dilengkapkan oleh TANK300. Fungsi ini dapat memberikan pengalaman memandu yang jauh lebih praktikal dan mudah kepada pengguna dalam keadaan memandu yang sukar. Apabila pemandu perlu membelok di kawasan yang sempit, kenderaan dapat dikawal oleh fungsi tersebut secara automatik untuk melepasi kawasan tersebut dengan lancar menerusi jejari yang lebih kecil.

Keandalan tinggi ialah salah satu ciri yang paling penting pada TANK Platform. Berdasarkan kepada analisis terhadap pelbagai aspek termasuk senario, pengguna dan bahagian badan kenderaan, platform ini dapat meningkatkan kebolehsuaian kenderaan kepada persekitaran, ketahanan dan rintangan kakisan. Dengan mengambil kira bahawa tahap kakisan berlainan pada bahagian-bahagian badan kenderaan yang berbeza, platform ini melaksanakan reka bentuk anti-kakisan khusus untuk bahagian yang mudah terhakis seperti pelekatan dan penyemburan lilin anti-kakisan. Dengan proses-proses yang unik ini, badan kenderaan tidak akan terjejas oleh cuaca lembap, hujan dan bersalji yang menjadikan kenderaan tersebut lebih tahan lama.

Selain itu, TANK Platform dapat menawarkan pelbagai jenis rangkaian kuasa termasuk ICE, PHEV dan HEV bagi mencipta jenis kenderaan yang berbeza. Dari segi ICE, ia melengkapkan kenderaan dengan enjin daripada pelbagai spesifikasi. Umpamanya, TANK300 dilengkapi dengan enjin gasolin dicas turbo suntikan langsung 2.0T dengan kuasa maksimum 167kW dan tork puncak 387N·m yang dapat membantu pengguna menghadapi pelbagai senario luar-jalan, dengan prestasi kuasa dan ekonomi bahan api digabungkan.

Berhubung kekuatan platform yang berkuasa ini, PCAUTO, laman sesawang automotif Cina yang terkemuka, mengulas, "TANK Platform dapat mengendalikan keadaan jalan raya yang rumit dengan prestasi dan kualiti yang cemerlang serta beradaptasi kepada senario luar-jalan yang sentiasa berubah-ubah melalui mod pemanduan pintar. Platform ini seolah-olah memberi "kuasa ajaib" kepada penggunanya bagi memenuhi minat mereka dan jiwa yang sentiasa gemar menjelajah."

Ketika ini, GWM TANK300 telahpun dilancarkan secara global. GWM TANK merancang untuk membangunkan lebih banyak model yang disesuaikan berasaskan kepada platform ini untuk menawarkan rangkaian produk luar-jalan pintar yang lebih luas kepada pelanggan global.

 

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation New products/services