omniture

Xinhua Silk Road: Daerah Lingqiu, Utara China jadikan pertanian organik sebagai cara berkesan galakkan pembangunan luar bandar

Xinhua Silk Road
2022-08-11 18:27 278

BEIJING, 11 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Daerah Lingqiu di Wilayah Shanxi, utara China telah mengambil pertanian organik sebagai cara yang berkesan untuk memajukan pembangunan luar bandar yang berkualiti tinggi.

Komuniti Organik Chehe di Daerah Lingqiu, Bandar Datong, Wilayah Shanxi, utara China. (Foto oleh Jia Cunbiao)
Komuniti Organik Chehe di Daerah Lingqiu, Bandar Datong, Wilayah Shanxi, utara China. (Foto oleh Jia Cunbiao)

Bertemakan "pertanian organik menggalakkan pembangunan luar bandar yang berkualiti tinggi", Forum Pertanian Organik Antarabangsa Chehe Datong China kesembilan diadakan pada hari Sabtu di Bandar Datong, Wilayah Shanxi, utara China.

Hampir 100 pakar dan ilmuwan terkenal dari dalam dan luar negara berhimpun bersama-sama baik secara dalam talian mahupun luar talian untuk membincangkan hala tuju pembangunan masa depan pertanian organik.

Acara berkenaan diadakan buat julung kalinya pada tahun 2014 dan berjaya diadakan selama lapan sesi berturut-turut.

Ai Lingyu, timbalan setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Datong CPC berkata di majlis perasmian forum tersebut bahawa penting untuk memanfaatkan sepenuhnya kelebihan platform forum berkenaan dan sentiasa mengoptimumkan sistem penghasilan pertanian organik, sistem dasar dan sistem pemasaran dalam usaha untuk membolehkan "makanan organik Datong" bersinar lebih terang di seluruh negara dan bertapak dalam pasaran luar negara.

Sejak tahun 2013, Daerah Lingqiu di Bandar Datong telah meneroka kaedah transformasi dan pembangunan pertanian baharu dan menjadikan pertanian organik sebagai tugas asas dan matlamat pembangunan.

Sementara itu, Lingqiu turut menerima pakai mod pembangunan yang membawakan kombinasi antara pertanian organik, kawasan luar bandar yang indah dan eko-pelancongan. Ia telah membina enam komuniti dengan pertanian organik sebagai tulang belakang.

Sebagai model pertanian organik peringkat kampung yang pertama di Lingqiu, Komuniti Organik Chehe menyaksikan pendapatan per kapita meningkat daripada 2,300 yuan pada tahun 2013 kepada 21,500 yuan pada tahun 2020.

Selepas hampir sedekad pembangunan, Daerah Lingqiu mempunyai kawasan penghasilan pertanian organik berkeluasan hampir 100,000 mu (kira-kira 66.67 kilometer persegi), 54 produk organik diperakui dan lebih daripada 30 perniagaan penghasilan pertanian organik.

Pakar-pakar di forum tersebut juga percaya bahawa pertanian organik dapat memainkan peranan yang positif bagi menyelesaikan masalah keselamatan makanan, meningkatkan tahap pendapatan luar bandar secara berterusan selain meningkatkan keselamatan persekitaran ekologi.

Pautan asal:https://en.imsilkroad.com/p/329422.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Agriculture Organic Food Publishing/Information Service Trade show news