omniture

Kajian Rockwell Automation Dapati Kebolehkesanan, Inisiatif Utama Pensirian dalam Strategi Rantaian Bekalan Korporat APAC

Rockwell Automation
2022-08-23 08:05 298
  • Perusahaan Asia-Pasifik adalah yang paling terjejas oleh kegiatan pemalsuan di seluruh dunia – 70% melaporkan 11-60% kehilangan pendapatan jualan setiap tahun
  • Lapan puluh tiga peratus ahli profesional rantaian bekalan percaya kebolehkesanan/ pensirian yang betul bagi produk syarikat mereka adalah sangat atau teramat penting untuk mengekalkan daya saing
  • Empat puluh lima peratus syarikat yang telah melabur dalam kaedah-kaedah pensirian/serialisasi telah menyaksikan lebih 31% peningkatan dalam jualan hasil daripada serialisasi/pensirian

SINGAPURA, 23 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Rockwell Automation, syarikat terbesar di dunia yang mengkhusus terhadap pengautomatan perindustrian dan transformasi digital, mendapati bahawa transformasi digital, inisiatif kemampanan dan penambahbaikan pengalaman pelanggan (CX) merupakan antara keutamaan utama yang memacu pembangunan strategi rantaian bekalan korporat baharu, menurut kajian baharu yang dijalankan oleh Forrester Consulting.

Kajian berkenaan, "Tingkatkan Kesetiaan Jenama dan Jana ROI dengan Kebolehkesanan Lebih Baik" ("Increase Brand Loyalty and Generate ROI with Improved Traceability") telah ditugaskan oleh Rockwell Automation untuk memahami sejauh mana tahap komitmen alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), permintaan kawal selia luaran dan reputasi jenama mendorong minat sektor swasta dalam penyelesaian kebolehkesanan rantaian bekalan.

Menurut kajian tersebut, syarikat-syarikat Asia-Pasifik (62%) paling memberi tumpuan kepada transformasi digital rantaian bekalan mereka dan 59% mengatakan syarikat mereka ingin melaksanakan atau menambah baik inisiatif kemampanan.

Walaupun pematuhan kekal sebagai pemacu utama pelaburan baharu dalam pengurusan rantaian bekalan, permintaan yang berkaitan dengan kemampanan dan pengalaman pelanggan telah mendorong anjakan peralihan yang strategik ini. Malah, 57% daripada pembuat keputusan rantaian bekalan telahpun melaksanakan atau meluaskan inisiatif yang akan mengurangkan sisa dalam rantaian bekalan mereka.

Penemuan penting daripada tinjauan tersebut termasuk:

  • Kemampanan dan kebolehlihatan memimpin usaha demi pengalaman pelanggan yang lebih baik.
    Tatkala sesetengah syarikat bersungguh-sungguh dalam usaha transformasi digital mereka, usaha sedemikian semakin berkembang untuk landskap semasa. Syarikat-syarikat beralih kepada kebolehkesanan untuk membolehkan inisiatif CX berkaitan kemampanan dan kebolehlihatan baharu. Lapan puluh tiga peratus responden mengatakan kebolehkesanan dan pensirian/serialisasi produk syarikat mereka yang betul adalah sangat atau teramat penting untuk kekal berdaya saing dalam pasaran.
  • Inisiatif kebolehkesanan menangani pemalsuan dan lencongan.
    Apabila melibatkan pemalsuan, syarikat-syarikat Asia-Pasifik adalah yang paling terjejas, dengan 70% responden dari rantau ini melaporkan bahawa syarikat mereka kehilangan pendapatan jualan 11% hingga 60% setiap tahun. Ini dibandingkan dengan 54% responden daripada syarikat-syarikat di EMEA dan 44% daripada Amerika Utara yang melaporkan kerugian yang serupa. Di samping itu, 89% responden seluruh dunia berkata lencongan pasaran samar menjadi masalah bagi mereka. Perusahaan yang telah melabur dalam kaedah-kaedah pensirian/serialisasi sebagai satu penyelesaian telah mendapat manfaat daripada rangsangan dalam perniagaan; hampir separuh (45%) daripada responden mengatakan syarikat mereka telah menyaksikan peningkatan lebih 31% dalam pendapatan jualan, dikaitkan secara langsung dengan pensirian/serialisasi.
  • Kejayaan sesebuah perusahaan bergantung kepada kebolehlihatan rantaian bekalan penuh, penarikan semula produk dengan pantas dan kesetiaan jenama yang lebih baik.
    Tujuh puluh sembilan peratus responden mengatakan kebolehlihatan penuh di mana produk mereka berada dalam rantaian bekalan adalah kritikal atau penting untuk kejayaan syarikat mereka, manakala 78% mengatakan hal yang sama untuk keupayaan menarik semula produk yang betul dengan cepat. Selain itu, 77% menyebut peningkatan kesetiaan jenama melalui pengurusan produk yang lebih baik.

"Kajian ini mengesahkan bahawa perusahaan mengalami sejauh mana kebolehkesanan dapat memupuk kesetiaan jenama dan mengoptimumkan rantaian bekalan mereka selain mengurangkan impak pemalsuan dalam pasaran-pasaran utama, antara keutamaan yang lain," kata Matt Fordenwalt, Naib Presiden dan Pegurus Besar, sistem & penyelesaian, Rockwell Automation.

Kajian oleh Forrester Consulting bagi pihak Rockwell Automation adalah berdasarkan kepada tinjauan pada Januari 2022 melibatkan 307 pembuat keputusan rantaian bekalan global tentang penggunaan atau minat mereka terhadap penyelesaian kebolehkesanan dan pensirian/serialisasi untuk mengoptimumkan rantaian bekalan mereka. Untuk memuat turun salinan laporan penuh, klik di sini.

"Walaupun syarikat-syarikat sudahpun menyaksikan beberapa kejayaan daripada inisiatif pensirian/serialisasi, mereka yang melabur dalam penyelesaian kebolehkesanan yang lebih komprehensif sering melihat pemilikan data yang lebih baik, penjimatan kos daripada pengurangan pemalsuan dan lencongan pasaran samar serta kepuasan pelanggan yang lebih tinggi," kata Christine Akselsen, Ketua Pegawai Eksekutif Kezzler.

Keupayaan rantaian bekalan Rockwell Automation digabungkan dengan teknologi kebolehkesanan berasaskan awan Kezzler membantu pelanggan menghubungkan pembekal, pembuatan, logistik dan pengguna dalam satu platform kebolehkesanan masa sebenar. Rockwell dan Kezzler telahpun mencipta penyelesaian kebolehkesanan untuk pelanggan seperti FrieslandCampina, salah sebuah syarikat tenusu yang terbesar di dunia.

Latar Belakang Rockwell Automation

Rockwell Automation, Inc. (NYSE: ROK), merupakan peneraju global dalam industri automasi dan transformasi digital. Kami menghubungkan imaginasi manusia dengan potensi teknologi bagi mengembangkan apa yang mungkin boleh dilakukan secara insani, seterusnya mewujudkan dunia yang lebih produktif dan mampan. Beribu pejabat di Milwaukee, Wisconsin, Rockwell Automation menggaji kira-kira 25,000 penyelesai masalah khusus untuk pelanggan kami di lebih daripada 100 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana kami menjadikan The Connected Enterprise suatu kenyataan merentas perusahaan industri, kunjungi https://www.rockwellautomation.com/en-id.html.

Source: Rockwell Automation
Keywords: Computer/Electronics