omniture

Kediaman Eksklusif di Mercu Tanda 22 Central Park South Kini Dibuka

Elad Group
2013-10-28 21:00 177

-- Jualan Bermula di Boutique Condo, yang dapat dilihat dari Central Park

NEW YORK, 28 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Terletak di sepanjang salah satu daripada koridor paling ikonik di Manhattan, bersebelahan Plaza Hotel yang terkenal dan menawarkan pemandangan Central Park yang indah, 22 Central Park South telah melancarkan jualan kondominiumnya. Bangunan mercu tanda sebelum perang itu telah diubah suai dan direka semula oleh Elad Group, salah satu syarikat hartanah yang menerajui di negara ini melangkaui jangkaan pembeli yang paling teliti hari ini. Bangunan ini menawarkan enam pangsapuri dengan lantai penuh yang mewah dilitupi emper dupleks menakjubkan yang digandingkan dengan tiga teres luaran peribadi.

"22 Central Park South dihias indah dengan kediaman direka mewah yang menawarkan keselesaan, privasi dan keselamatan," kata Samantha Sax, Pengarah Jualan dan Pemasaran Elad Group. "Terletak di pusat Manhattan dengan tawaran yang paling menarik dan mudah dicapai di bandar ini, bangunan ini mampu menawarkan rasa mewah yang luar biasa dan perkhidmatan sempurna, semuanya berlatarkan suasana menakjubkan Central Park."

Ini terbukti dengan kejayaan mereka seperti 250 West Street dan The Plaza Hotel, Elad Group mempunyai kepakaran yang tiada tandingan dalam kejayaannya memulihkan dan mengubah suai ciri-ciri mercu tanda tersebut kepada bangunan kediaman yang ultra-mewah dengan unsur reka bentuk utama dan kemudahan moden.

Enam kediaman dengan lantai penuh itu merupakan kediaman dengan dua ruang bilik tidur, dua bilik mandi setengah yang terbentang dengan elegan merangkumi keluasan 2,021 kaki persegi dengan hamparan lantai kayu walnut herringbone di seluruh ruang legar, ruang tamu dan ruang makan. Dua tingkat paling atas kediaman tersebut dilitupi emper dupleks seluas 2,943 kaki persegi, menawarkan tiga teres luaran peribadi.

Setiap ruang tamu dihias indah dengan pemandangan Central Park dan terdapat juga rak buku yang dibina khas berwarna walnut di sepanjang dinding yang mengelilingi pendiang yang dihias rapi. Bahagian dapur pula menawarkan peralatan keluli tahan karat dan penyimpanan wain oleh Miele, marmar Carrara pada bahagian penahan percikan dapur dan meja kaunternya, dan kabinet lakuer PUR-matte Siematic. Bilik mandi utama dihias mewah dengan lantai jubin mozek Itali Sicis, dinding jubin seramik Perancis Carre, meja kaunter marmar Carrara dan dilitupi lekapan bilik mandi Lefroy Brooks. Mereka juga menawarkan tab mandi Signature Catalina tersuai khusus yang berukuran enam kaki dan pancuran tertutup dengan kaca yang berasingan. Setiap kediaman ini dilengkapi dengan mesin basuh dan mesin pengering Miele.

Penghuni 22 Central Park South boleh mengakses kemudahan kesihatan dan kecantikan yang lengkap di The Plaza Hotel termasuk La Palestra, kemudahan kecergasan kontemporari, Caudalie Spa, dan Warren Tricomi Salon. 22 Central Park South juga akan mempunyai penjaga pintu peribadi dan perkhidmatan pekerja rencam.

Hanya di seberang jalan dari Central Park, 22 Central Park South terletak berhampiran dengan beberapa restoran terbaik di bandar ini, hotel, pusat membeli-belah dan institusi budaya, termasuk The Shops di Columbus Circle, Time Warner Center, Lincoln Center, The Plaza Food Hall, Barney's, The Shops di The Plaza, dan kawasan kedai runcit terkenal di Fifth Avenue yang termasuk pasar raya Bergdorf Goodman yang diiktiraf ramai.

Setiap kediaman berharga daripada $6,700,000 hingga $26,500,000 untuk setiap emper. Bagi maklumat lanjut, layari www.22centralparksouth.com atau hubungi +1-212-588-5606.

 

 

 

Source: Elad Group
Keywords: Banking/Financial Service Leisure/Travel/Hotels Real Estate Residential Real Estate New products/services