omniture

Vistar Media Dilancar di Indonesia, Malaysia, Filipina dan Hong Kong S.A.R.

Vistar Media
2022-08-31 07:00 209

Kedua-dua platform sisi-permintaan dan platform sisi-bekalan kini beroperasi dalam pasaran Asia Tenggara dengan keupayaan sasaran khalayak menyeluruh

SINGAPURA, 31 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Vistar Media, penyedia perisian untuk papan tanda digital global yang terkemuka, hari ini mengumumkan pelancaran keupayaan programatik penuh di Indonesia, Malaysia, Filipina dan Hong Kong S.A.R. Ini memperluaskan jejak syarikat ini yang telahpun kukuh di rantau APAC dari Australia, New Zealand dan Singapura.

Franck Vidal, Director of Southeast Asia Sales and Partnerships at Vistar Media
Franck Vidal, Director of Southeast Asia Sales and Partnerships at Vistar Media

Platform sisi-permintaan (DSP) Vista merupakan sumber transaksi permintaan programatik yang terbesar di dunia untuk digital di-luar-rumah (DOOH). Pengiklan-pengiklan dan agensi-agensi di seluruh Asia Tenggara kini boleh memanfaatkan Vistar DSP untuk merancang, membeli dan mengukur kempen di-luar-rumah (OOH) berpandukan data melalui pertukaran terbuka dan tawaran pasaran persendirian. Ciri-ciri yang disediakan semasa pelancaran termasuk:

  • Perancangan jangkauan & kekerapan
  • Penyasaran khalayak termasuk segmen-segmen Foursquare seperti pembeli-auto, individu mewah, kategori QSR & banyak lagi
  • Keupayaan laluan balik-ID peranti untuk menyasarkan semula pengguna yang terdedah kepada OOH pada saluran media yang lain.
  • Alat visualisasi termaju untuk perancangan & pelaporan
  • Masa dalam hari, hari dalam minggu dan penyasaran geografi
  • Kawalan format kreatif
  • Penyasaran berasaskan pencetus

Jenama-jenama dan agensi-agensi terkemuka di seluruh dunia telahpun bergantung kepada Vistar DSP untuk melaksanakan kempen DOOH termaju. Memperluaskan platform ini di seluruh Asia Tenggara sejajar dengan permintaan yang semakin meningkat daripada kumpulan pembeli untuk keupayaan berpandukan data yang sofistikated.

"OOH programatik bukan lagi istilah popular – ia suatu keperluan," kata Colleen Thomas, Pengarah Bersekutu Perkongsian & Pelaburan Media Serantau di Havas Media Asia Pacific. "Peningkatan ketelusan dan kawalan ke atas pelaburan OOH menjadi keutamaan untuk Havas dan pelanggan kami di APAC. Vistar menyediakan kepada kami dengan tindanan teknologi terbaik untuk menyampaikan perancangan OOH berpandukan data, dioptimumkan dan boleh diukur untuk pelanggan kami."

Menyokong pertumbuhan pasaran keseluruhan, platform sisi-bekalan Vistar mengupayakan pemilik media untuk menghubungkan inventori mereka kepada permintaan programatik dengan mudah. Vistar Media telahpun menjalin perkongsian dengan banyak operator papan tanda digital terkemuka rantau ini, termasuk Asiaray, Globaltronics, 8Infini, JCDecaux via VIOOH, Laguna Media, Lantern Media, NYXSYS, Powerscreen, Sky Blue Media, Seni Jeya, Stickearn, Summit Outdoor, United Neon, Wow Media dan beberapa operator lain yang dijangka beroperasi dalam suku tahun ini.

"Landskap DOOH di Asia Tenggara berkembang dengan pesat dan programatik menawarkan peluang kepada pembeli untuk mengakses pasaran penuh dengan lancar melalui strategi kempen berpandukan data," kata Franck Vidal, Pengarah Penjualan dan Perkongsian Asia Tenggara, Vistar Media.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.vistarmedia.com atau hubungi info@vistarmedia.com.

Latar Belakang Vistar Media

Vistar Media ialah penyedia teknologi programatik global yang terkemuka untuk di-luar-rumah, membawakan perisian gred-perushaan yang dibina khas untuk keperluan unik papan tanda digital. Vistar menyediakan platform sisi-permintaan (DSP) global untuk pembeli bagi mengaktifkan kempen programatik berpandukan data dan platform sisi-bekalan (SSP) untuk menghubungkan operator papan tanda dengan hasil digital. Vistar turut memperkasa beberapa rangkaian papan tanda yang paling canggih di dunia menerusi perisian pengurusan peranti & kandungan (Cortex) dan teknologi penyajian iklan. Vistar ditubuhkan pada tahun 2012 dan beribu pejabat di New York, NY. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.vistarmedia.com.

 

 
Source: Vistar Media
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics