omniture

Lebih daripada separuh pengguna Asia Tenggara mencari produk secara terus di platform eDagang

Lazada Group
2022-09-02 14:31 296
  • Laporan yang dikeluarkan oleh Lazada mendapati 57% daripada para pelanggan di rantau ini mencari produk secara langsung di platform eDagang, lantas memantapkannya sebagai enjin pencarian gelintar terbaharu
  • Lazada perkukuhkan pelaburan dalam teknologi dan data pemahaman pelanggan bagi menambah nilai kepada jenama, penjual dan pelanggan, selaras dengan fokus strategik ke arah pertumbuhan jangka panjang Lazada
  • LazMall merupakan platform yang penting, justeru Lazada akan membuat pelaburan demi memperbaiki keterlibatan dan retensi pelanggan

SINGAPURA, 2 September 2022 /PRNewswire/ -- Lazada hari ini mengeluarkan laporan kepemimpinan pemikiran, "Lazada Sponsored Solutions' (LSS) – Transformasi di Rantau Asia Tenggara: Daripada Penemuan Kepada Penghangtaran," di LazMall Brands Future Forum (BFF) 2022 yang dianjurkan oleh Lazada di Resorts World Sentosa, Singapura.

Lazada‘s annual LazMall Brands Future Forum 2022
Lazada‘s annual LazMall Brands Future Forum 2022

Kini dalam edisi yang ketiga, LazMall Brands Future Forum (BFF) 2022 merupakan forum niaga yang membawakan peneraju industri dan rakan niaga serantau Lazada bagi berkongsi inovasi serta bertukar idea yang dapat membolehkan pelbagai jenama dan para penjual untuk berkembang maju dengan mandiri dan menawarkan pengalaman runcit yang unik dan tersendiri di Asia Tengara. Forum tersebut menampilkan perkongsian oleh eksekutif dari Lazada, diskusi panel bersama jenama terkemuka di  LazMall, serta kios interaktik yang memaparkan sebahagian daripada teknologi eksperiansial membeli-belah.

Dengan kadar penembusan pengguna eDagang yang dijangkakan bakal mencapai 413 juta pengguna menjelang 2025, kini sebanyak 57% pelanggan di rantau Asia Tenggara mencari produk secara terus di platform eDagang lantas merasai pengalaman membeli-belah yang lebih dinamik. Anjakan tersebut merupakan suatu perubahan daripada kecenderungan terdahulu yang mana para pengguna mencari produk di enjin pencarian gelintar. Ianya menyerlahkan kepentingan solusi pemasaran eDagang dan digitalisasi perniagaan yang pastinya dapat membolehkan mereka untuk kekal relevan serta terus bertahan walaupun dengan peningkatan kadar faedah dan tekanan inflasi.

"Pasaran eDagang seperti Lazada telah melepasi media sosial dan enjin pencarian, malah kini ia telah menjadi saluran penemuan pilihan pelanggan. Perubahan tabiat dan minda semasa dua tahun pandemik yang lalu telah mendorong lebih banyak pengguna berkualiti yang mencari produk tulen serta bermutu tinggi, di samping mereka yang dahagakan pengalaman berkualiti untuk membuat pencarian di LazMall. Rakan jenama kini mempunyai peluang untuk membina mindshare dan berhubung dengan para pengguna menggunakan perkakasan teknologi Lazada, demi memacu pertumbuhan jenama mereka di platform eDagang serta berhubung dengan para pelanggan," kata James Dong, Ketua Pgawai Operasi, Lazada Group dalam ucapan beliau di forum tersebut.

Semasa forum tersebut, James Chang, Ketua Pegawai Perniagaan Lazada Group dan Brigitte Daubry, Ketua Pegawai Pelanggan Lazada Group turut menegaskan kepentingan LazMall kepada Lazada dan mereka akan terus membuat pelaburan ke arah meningkatkan pengalaman, keterlibatan dan retensi pelanggan.

Industri eDagang di Asia Tenggara telah melalui pertumbuhan yang mendadak pada tahun 2019 sehingga 2021, dipacu oleh kadar peningkatan pelanggan semasa pandemik. Malahan, walaupun kini para pelanggan kembali kepada sebahagian cara hidup sebelum pandemik, Chang menyatakan bahawa Lazada kekal yakin para pelanggan akan terus membeli-belah dalam talian. Malahan, walaupun kadar perbelanjaan purata bagi setiap pelanggan agak berbeza berbanding dua tahun lepas, 8 daripada 10 pelanggan diyakini terus membeli belah dalam talian atas sebab ianya lebih mudah. LazMall turut melihat peningkatan yang memberangsangkan dari segi pertumbuhan para pelanggan, maka pada masa akan datang, akan lebih berusaha untuk meningkatkan keterlibatan dan retensi pelanggan pada tahap yang lebih strategik, lebih dari sekadar tawaran harga dan promosi.

Brigette Daubry juga berkongsi akan kepentingan memahami keperluan dan kehendak pelanggan secara lebih mendalam dalam usaha menambah nilai kepada para pelanggan, dan untuk memastikan pengalaman membeli belah yang tersendiri, lain daripada kedai bukan dalam talian serta berbeza dengan para penjual dalam industri yang lain.

Tinjauan oleh Lazada turut memperlihatkan bahawa retensi para pelanggan adalah berkait langsung dengan rangkaian produk, harga yang lebih kompetitif, samada proses membeli belah mudah atau tidak, serta kepelbagaian pilihan, dan juga pengalaman membeli-belah yang lebih terperibadi atau personalised.

Laporan LSS memaparkan bahawa penemuan berdasarkan pencarian dan produk yang disyorkan amat membantu dalam proses mmbuat kepurusan di kalangan pelanggan., dengan 94% para pembeli  menggunakan fungsi pencarian produk di Lazada, dan 94% daripada mereka akhirnya membeli produk yang dijumpai menerusi pencarian tersebut. Tambahan pula, 71% daripada para pelanggan  juga membeli produk hasil dari fungsi  rekomendasi atau pilihan yang disyorkan kepada pelanggan secara  tailored-to-user oleh Lazada.

Teknologi state-of-the-art Lazada yang dikuasakan oleh infrastruktur cloud Alibaba merupakan pemangkin platform eDagang tersebut, termasuklah keterlibatan pelanggan, pemerkasaan penjual, serta integrasi rakan niaga. Howard Wang, Ketua Pegawai Teknologi Lazada Group menjelaskan bahawa teknoligi kepintaran data diyakini dapat membantu jenama dan penjual untuk mensasarkan pelanggan dengan lebih tepat dan menggandakan pembelian. Menurut beliau, ianya juga mampu dioptimumkan dengan penggunaan Augmented Realiti (AR) atau Realiti Terimbuh, yang dapat meningkatkan perniagaan dan pengalaman jenama untuk para pelanggan.

Menurut beliau, teknologi AR Lazada pastinya menarik para pelanggan kerana ianya dapat membolehkan para pengguna mencuba produk kosmetik dan kecantikan secara real-time dengan hasil true-to-life, lantas membolehkan jenama untuk menawarkan pengalaman membeli belah yang dipersendirikan serta ultra-realistik bagi para pelanggan mereka. Fungsian Virtual Try On (VTO) juga dapat membolehkan para pelanggan untuk memilih serta mencuba produk kosmetik seperti pembayang mata, alis mata, foundation serta pemerah pipi, tidak kira di mana mereka berada. VTO telah merangsang perkembangan jenama  kecantikan di LazMall dengan meningkatkan jualan, menyumbang ke arah peningkatan jualan sebanyak 3.1X serta pengingkatan sehingga 11% dalam nilai pesanan purata.

Bagi meraikan kolaborasi dan pertumbuhan positif LazMall dengan rakan jenama dan para penjual, Lazada turut mengumumkan pemenang anugerah BFF 2022 di forum tersebut yang telah berlangsung secara hibrid. Anugerah tahunan tersebut dianjurkan bagi mengenalpasti dan meraikan jenama global dan Asia Tenggara yang inovatif dan memaparkan prestasi unggul di LazMall, bagi menggalakkan kecemerlangan yang dipaparkan dalam lanskap industri runcit dalam talian, malah juga ketangkasan mengadaptasikan strategi perniagaan dalam persekitaran yang agak mendesak dan sentiasa berubah.

-END-

Mengenai Lazada Group 

Lazada Group merupakan perintis platform eDagang di Asia Tenggara. Sepanjang 10 tahun lepas, Lazada telah menjana pembangunan menerusi perdagangan digital dan teknologi di Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Kini, ekosistem setempat yang berdaya maju mampu menghubungkan pelanggan kepada lebih 1 juta para penjual yang aktif setiap bulan, menerusi proses transaksi secara selamat dengan saluran pembayaran yang dipercayai dan Lazada Wallet, lantas membolehkan para pelanggan mendapatkan pesanan mereka dengan rangkaian logistik terbesar di rantau ini. Lazada bertekad untuk menyediakan perkhidmatan kepada 300 juta pelanggan menjelang tahun 2030, dan menjadi platform e-dagang terbaik bagi membolehkan pelbagai jenama dan penjual mendigitalisasikan perniagaan mereka. Pada 2022, Yayasan Lazada telah ditubuhkan demi memperkasakan golongan belia dan wanita untuk merentasi masa hadapan digital, merapatkan jurang digital dan membangunkan komuniti dengan mewujudkan impak positif. Maklumat lanjut boleh didapati di sini https://group.lazada.com/en/foundation/.

Annex (Media Kit)

  • Transforming Southeast Asia: From Discovery to Delivery 2022 Report
  • About Lazada Brands Future Forum
  • Lazada BFF Speakers
  • Speech by James Dong, Chief Executive Officer, Lazada Group
  • LazMall BFF Awards 2022 awards and winners

 

Source: Lazada Group
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Retail Web Site