omniture

King Steel Ganding Bahu dengan Siemens Bawakan Taiwan ke Barisan Hadapan Pembuatan Hijau

King Steel Machinery Co., Ltd
2022-09-05 12:00 381

Syarikat ulung pembuatan Taiwan dan syarikat multinasional Jerman bekerjasama untuk mengurangkan emisi karbon dan menjimatkan tenaga dalam proses pembuatan

TAICHUNG, Taiwan, 5 September 2022 /PRNewswire/ -- Taiwan King Steel Machinery Co. dan konglomerat multinasional Jerman Siemens telahpun berganding bahu, melalui kerjasama dengan pembekal peralatan industri Ruhyih Automation untuk mula mengintegrasikan teknologi kembar digital ke dalam mesin acuan suntikan. Perjanjian tersebut memastikan pengurangan tenaga dan karbon dalam seluruh industri dengan menerapkan kecekapan tenaga dari awal proses pengeluaran. Melalui perjanjian ini, ketiga-tiga pihak akan membantu melancarkan Taiwan ke barisan hadapan dalam usaha pembuatan mampan global.

Syarikat ulung pembuatan Taiwan dan syarikat multinasional Jerman bekerjasama untuk mengurangkan emisi karbon dan menjimatkan tenaga dalam proses pembuatan.
Syarikat ulung pembuatan Taiwan dan syarikat multinasional Jerman bekerjasama untuk mengurangkan emisi karbon dan menjimatkan tenaga dalam proses pembuatan.

Wakil-wakil daripada ketiga-tiga syarikat bertemu di Mesyuarat Majlis Perniagaan Bersama Taiwan-Jerman ke-20, yang mana pegawai-pegawai peringkat tinggi daripada kementerian ekonomi kedua-dua negara hadir untuk membincangkan inisiatif ekonomi dan kemampanan. Sorotan acara tersebut ialah penandatanganan perjanjian kerjasama tiga pihak antara Siemens Taiwan, King Steel dan Ruhyih Automation. Ini bukanlah kali pertama ketiga-tiga syarikat gergasi pembuatan ini menjalin kerjasama. Tahun lalu, mereka berganding bahu untuk mempromosikan Industri 4.0, setiap satunya membawakan kepakaran uniknya yang tersendiri.

Sukar untuk mencari trio yang lebih serasi. Siemens Taiwan telah menyokong Industri 4.0, pembuatan pintar dan penyelesaian automasi buat beberapa ketika. King Steel, perintis dalam pembuatan mesin membuat busa elastik, komited terhadap inovasi dan menjayakan visi pembuatan mampannya merentas industri pembuatan kasut dan selanjutnya. Sementara itu, Ruhyih Automation, salah satu pengedar Siemens, mengkhusus dalam perkhidmatan teknikal dan pembangunan produk untuk industri kawalan automatik.

Perjanjian terkini ini menyaksikan ketiga-tiga pengusaha global ini berganding bahu sekali lagi untuk mewakili Taiwan dan Jerman dengan menggalakkan kecekapan tenaga, pengurangan karbon dan sekuriti maklumat selain daripada terus menyokong kemajuan ESG 4.0, kombinasi antara ESG & Industri 4.0.

 

 

Source: King Steel Machinery Co., Ltd
Keywords: Electronic Design Automation Environmental Products & Services Green Technology Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals Contracts Joint ventures