omniture

Wemade Kemas Kini Dragon Artifact untuk MIR4

Wemade
2022-09-07 04:58 247
  • Dragon Artifact merangkumi 5 jenis peralatan dikeluarkan pada 6 September
  • Menukarkan HYDRA kepada Dragonsteel untuk menghasilkan Dragon Artifact  
  • Mengumumkan 'Domination Server' akan datang yang direka bentuk untuk pejuang tahap 90 atau lebih tinggi

SEOUL, Korea Selatan, 7 September 2022 /PRNewswire/ -- Ciptaan terbaik Wemade MMORPG MIR4 mengemas kini Dragon Artifact pada 6 September, peralatan baharu untuk meninggikan skor kuasa.


Dragon Artifact, peralatan baharu yang diselitkan dengan kuasa naga yang kuat, merangkumi lima item termasuk Majestic Scepter (tongkat), Majestic Cape (mantel), Majestic Crown (mahkota), Majestic Seal (mohor diraja) dan Majestic Tome (buku). Semua pemain boleh memakai peralatan tersebut tanpa mengira kelas mereka.

Bagi menghasilkan Dragon Artifact, Dragon Sphere, Dragonsteel, Darksteel, Dragon Material dan Eternal Material diperlukan sebagai bahan-bahan biasa. Bahan baharu, Dragonsteel, boleh digunakan dengan pelbagai cara dalam permainan tersebut seperti menghasilkan dan menguatkan Dragon Artifact atau menggunakan Special Enchant.

Special Enchant ialah fungsi yang dapat menguatkan lagi peralatan sedia ada dengan menggunakan Dragonsteel. Slot enchant ditambah pada gred Epic atau peralatan lebih tinggi dan kebolehan yang dipertingkat diperoleh dengan kebarangkalian tertentu.

Sistem yang baru diperkenalkan akan membolehkan HYDRA, token permainan, ditukarkan kepada Dragonsteel. Selain itu, jika Septaria diberikan kepada Arcadia Spirit Village NPC, pengguna boleh mendapatkan kotak Dragonsteel.

Sementara itu, MIR4 mengumumkan rancangannya untuk mengemas kini 'Domination Server' untuk para pejuang yang hebat melebihi tahap 90 dalam setiap pelayan.

Sila kunjungi laman sesawang rasmi dan komuniti untuk butiran lanjut tentang MIR4 Global.

 

Source: Wemade
Related Stocks:
Korea:112040
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment New products/services