omniture

Xinhua Silk Road: Modul ringan bingkai-28mm Seraphim tunjukkan keandalan dalam ujian mekanikal -40℃

Xinhua Silk Road
2022-09-07 05:34 230

BEIJING, 7 September 2022  /PRNewswire/ -- Seraphim Energy Group Co., Ltd. (Seraphim), pengeluar produk solar global yang terkemuka, baru-baru ini mengumumkan bahawa modul ringan bingkai-28mmnya melepasi ujian beban mekanikal suhu rendah yang menunjukkan keandalan produk dan kekuatan teknologi syarikat ini.

Modul ringan bingkai-28mm Seraphim menunjukkan keandalan dalam ujian mekanikal -40℃
Modul ringan bingkai-28mm Seraphim menunjukkan keandalan dalam ujian mekanikal -40℃

Menurut standard Suruhanjaya Elektroteknikal Antarabangsa (IEC), ujian beban mekanikal statik ialah ujian am untuk menentukan keupayaan modul PV untuk bertahan daripada beban salji dan angin. Ekoran perubahan iklim global yang semakin buruk, modul PV terdedah kepada keadaan cuaca sejuk melampau, yang menimbulkan cabaran kepada kekuatan mekanikal modul, keupayaan rintang bahan-bahan dan sambungan kepada penjejak.

Justeru itu, Seraphim, bersama-sama organisasi pihak ketiga TUV-SUD, menjalankan ujian keandalan mekanikal ke atas modul ringan bingkai-28mm di bawah keadaan suhu yang amat rendah. Ujian beban mekanikal statik 5400Pa di sisi depan dan 2400Pa di sisi belakang disempurnakan di bawah suhu amat rendah iaitu -40℃ dan keadaan pemasangan 4-pengapit.

Keputusan menunjukkan bahawa modul tersebut mengekalkan penampilan yang baik tanpa retak yang teruk. Ia juga melepasi ujian penebat dan kebocoran basah dengan pelemahan kuasa kurang daripada 5 peratus. Keputusan tersebut jelas membuktikan bahawa walaupun di bawah keadaan suhu yang sangat rendah, modul ringan bingkai-26mm Seraphim adalah selamat dan andal.

"Memandangkan produk PV dipasang di seluruh dunia dalam persekitaran yang lebih terpelbagai, prestasinya menghadapi keperluan yang semakin tinggi. Berdasarkan kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengalaman teknologi selama lebih sedekad, Seraphim komited terhadap inovasi bagi meningkatkan prestasi modul PV dan menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan dengan kehendak yang pelbagai," kata Polaris Li, Presiden Seraphim.

Diketahui bahawa Seraphim telah membina pusat R&D bertaraf dunia pada tahun 2013, meningkatkan keupayaan R&D dan ujian yang lengkap. Ia juga mempunyai barisan pemasangan automatik yang amat berkesan dilengkapi dengan lebih 40 paten pengoptimuman. Dengan kecekapan teknologi dan keupayaan pengeluaran yang mantap, syarikat ini mempunyai kapasiti pembuatan tergabung sebanyak 7.5 GW di seluruh dunia. Setakat ini, lebih daripada 14GW produknya dipasang di lebih 40 negara seluruh dunia.

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Publishing/Information Service Utilities