omniture

Bilangan Pasaran Pengeluaran Kad UnionPay bakal Mencecah 77

UnionPay International
2022-09-07 06:47 249

Rangkaian Penerimaan UnionPay diperluaskan ke 181 Negara dan Wilayah

LUSAKA, Zambia, 7 September 2022 /PRNewswire/ -- UnionPay International (UPI) baru-baru ini mengumumkan perkongsiannya dengan National Association of Savings and Credit Unions (NASCU), organisasi puncak untuk semua koperasi kewangan di Zambia, untuk mengeluarkan 700,000 kad UnionPay dalam tempoh tiga tahun. Ini merupakan kali pertama kad UnionPay dikeluarkan di negara ini, memperluaskan jejak langkah pengeluaran kad UnionPay ke 77 negara dan wilayah di seluruh dunia.

NASCU Zambia akan mengeluarkan kad cip UnionPay untuk memperkasa warga tempatan yang dahulunya bergantung kepada wang tunai untuk mendapat pengalaman pembayaran yang senang, terjamin dan mudah untuk kehidupan harian mereka dan membolehkan mereka untuk berurus niaga di luar negara.

Ketika ini, hampir 190 juta kad UnionPay dikeluarkan di luar tanah besar Cina. Di rantau Asia-Pasifik, satu dalam setiap empat kad bank baharu di rantau ini berjenama UnionPay. UnionPay menyumbang sebanyak lebih 90% kad debit yang diedarkan di Hong Kong dan Macau SAR. Di UAE, Kenya, Filipina dan tempat-tempat lain, kad UnionPay juga merupakan kad gaji, kad pelajar dan kad warganegara penduduk tempatan. Tahun ini, lebih daripada 13 juta kad UnionPay telah dikeluarkan di luar tanah besar China. Jumlah transaksi yang dibuat dengan kad ini telah melebihi paras sebelum pandemik.

Pecutan penyetempatan perniagaan adalah berdasarkan kepada usaha UPI dalam meluaskan dan meningkatkan rangkaian penerimaan luar negaranya. Dalam bulan Ogos, UnionPay International berganding bahu dengan Cardnet, pemeroleh terbesar di Republik Dominika, bagi mengupayakan penerimaan UnionPay di kesemua saudagar Cardnet. Ini merupakan kali pertama perkhidmatan kad UnionPay disediakan di negara ini. Justeru itu, rangkaian penerimaan UnionPay telah diperluaskan ke 181 negara dan wilayah, meliputi lebih daripada 37 juta saudagar di luar tanah besar Cina.

Dalam separuh pertama tahun ini, lebih daripada 1.7 juta saudagar di luar tanah besar Cina mendayakan penerimaan UnionPay, lalu meningkatkan pengalaman pengguna di Eropah, Amerika Utara serta tempat-tempat lain dengan ketara dan bilangan saudagar UnionPay dalam talian meningkat kepada 22 juta. Perkhidmatan pembayaran mudah alih telah berkembang pesat, dengan 13 juta saudagar di 95 negara dan wilayah di luar tanah besar Cina menyokong QR UnionPay atau QuickPass mudah alih. Tinjauan terkini oleh Juniper Research, sebuah firma perunding British, menunjukkan bahawa UPI telah menjadi salah satu peneraju global bagi pembayaran QR.

 

Source: UnionPay International
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce