omniture

CCD tersenarai Nombor Satu dalam Senarai 10 Hospitaliti Terbaik 2022 Interior Design Magazine

SHENZHEN CHENG CHUNG DESIGN CO.,LTD.
2022-09-07 07:06 205

SHENZHEN, China, 7 September 2022 /PRNewswire/ -- Firma reka bentuk dalaman yang terkemuka Cheng Chung Design (CCD) dimasukkan ke dalam Senarai 10 Hospitaliti Terbaik 2022 Interior Design Magazine, lantas menjadi firma reka bentuk dalaman Cina yang pertama menduduki kedudukan teratas dalam sejarah 45 tahun senarai tersebut. Tumpuan CCD adalah untuk menyediakan perkhidmatan reka bentuk dalaman dan khidmat runding profesional untuk jenama-jenama hotel antarabangsa mewah dan membawakan reka bentuk yang inovatif untuk pelanggan yang berpandangan jauh.

CCD tersenarai Nombor Satu dalam Senarai 10 Hospitaliti Terbaik 2022 Interior Design Magazine
CCD tersenarai Nombor Satu dalam Senarai 10 Hospitaliti Terbaik 2022 Interior Design Magazine

"CCD komited tanpa henti untuk beradaptasi dengan keperluan pelanggan kami yang sentiasa berubah. Kami bukan sahaja mengusahakan inovasi dalam reka bentuk, tetapi turut meneroka dengan lebih mendalam hubungan antara reka bentuk dan pembangunan mampan. Reka bentuk mampan akan membawa kepada tritunggal yang harmoni antara manusia, ruang dan alam semula jadi," kata Joe Cheng, Pengasas Cheng Chung Design.

Joe Cheng, pengasas CCD dan Ken Hu, Presiden & Rakan Kongsi Utama CCD
Joe Cheng, pengasas CCD dan Ken Hu, Presiden & Rakan Kongsi Utama CCD

Selama bertahun-tahun, CCD telah menyiapkan projek-projek reka bentuk dalaman hotel batu tukup yang menggabungkan gaya hidup baharu, pendekatan reka bentuk lestari dan nilai estetika Asia untuk mencipta ruang yang ideal untuk menjalani kehidupan, mengembara dan juga perkongsian sosial.

The Club InterContinental of InterContinental Shenzhen Dameisha Resort direka bentuk untuk membangkitkan suasana seperti rumah memandangkan orang ramai semakin beralih kepada pusat peranginan bandar untuk berehat daripada tekanan pandemik. Projek tersebut turut menggabungkan lebih banyak teknologi pintar dan menggunakan ruang reka bentuk yang fleksibel, menggabungkan elemen-elemen sosial yang berbeza serta mewujudkan ruang awam yang ceria.

Sebaliknya, Projek Banyan Tree Nanjing Garden Expo, bertujuan untuk menggabungkan ruang dalaman hotel dengan persekitaran semula jadinya. Pasukan reka bentuk menggunakan bahan-bahan tempatan seperti batu dari lombong terbiar berdekatan sebagai hiasan bilik yang dapat mengurangkan bahan buangan dan kemudaratan alam sekitar sekali gus turut mewujudkan suasana di mana reka bentuk menjadi teman alam semula jadi.

Projek Suning Zhongshan Golf Resort di Nanjing menonjolkan bagaimana CCD menggabungkan estetika Timur dan Barat, mewujudkan keseimbangan yang menakjubkan lagi kreatif antara gaya seni Eropah yang elegan dan daya tarikan ibu kota Cina purba melalui ciri lambang baharu dalam reka bentuk kontemporari.

Lebih banyak projek antarabangsa CCD yang berprofil tinggi

  • Hoiana Hotels & Suites (Hoi An, Vietnam)
  • Columbia International Hotel and Residences (New York, A.S)
  • Sheraton Universal Hotel(Los Angeles, A.S)
  • Conrad Bangkok (Bangkok, Thailand)

Joe Cheng dan rakan-rakan kongsi CCD
Joe Cheng dan rakan-rakan kongsi CCD

Latar Belakang CCD
Cheng Chung Design (HK) Ltd ditubuhkan oleh pereka terkenal En. Joe Cheng dan merupakan salah sebuah firma reka bentuk dalaman hotel terunggul di dunia. Dengan pasukan-pasukan di Hong Kong, Shenzhen, Beijing, Shanghai, Los Angeles, Bangkok dan banyak lagi, konsep reka bentuk "Konsepsi Artistik Timur dalam Bentuk Barat" ("Eastern Artistic Conception in the Western Form") CCD disanjung tinggi di peringkat antarabangsa. Ia telah memenangi lebih 140 anugerah reka bentuk antarabangsa yang terkemuka termasuk "Gold Key Awards" dan "Asian 500" pada tahun 2021. CCD diberi kedudukan No.1 dalam senarai 10 Hospitaliti Terbaik oleh US Interior Design Magazine pada tahun 2022.

 

Source: SHENZHEN CHENG CHUNG DESIGN CO.,LTD.
Keywords: Furniture & Furnishings Hotels and Resorts Household/Consumer/Cosmetics Travel Awards