omniture

Selamatkan Kerajaan Anda dan Jadilah Legenda di Guardian Tales melalui Nintendo Switch

Kong Studios
2022-09-14 08:00 56

SANTA MONICA, California, 14 September 2022 /PRNewswire/ -- Kong Studios bersiap sedia untuk melancarkan RPG mudah alih popularnya Guardian Tales di Nintendo Switch pada 4 Oktober. Sejak pelancaran global permainan tersebut pada tahun 2020, Guardian Tales merupakan antara sepuluh permainan teratas yang paling banyak dimuat turun di kedua-dua Apple App Store dan Google Play lantaran jalan ceritanya yang mantap, grafik yang menawan dan corak permainan yang imersif. Tidak lama lagi, pemain Nintendo Switch akan dapat memulakan permainan RPG jenis pengembaraan yang klasik ini untuk menyelamatkan kerajaan yang ditakluki oleh musuh. Mereka yang ingin bermain permainan tersebut boleh membuat pra-pendaftaran di laman sesawang Guardian Tales Switch (gt4switch.com) atau memohon pra-tempahan di Nintendo eShop bermula pada 14 September.

Selamatkan Kerajaan Anda dan Jadilah Legenda di Guardian Tales melalui Nintendo Switch!
Selamatkan Kerajaan Anda dan Jadilah Legenda di Guardian Tales melalui Nintendo Switch!

Ganjaran Pelancaran berikut akan disediakan untuk mereka yang membuat pra-pendaftaran untuk Guardian Tales:

  • 100,000 Emas
  • 3,000 Permata Percuma
  • 100 Seruan Percuma (10 setiap hari)
  • 3 Peralatan Bintang (Fantasy Sword)
  • 2 Wira Bintang (Aoba)
  • Kostum 'Rose Knight'

Selepas memulakan Guardian Tales untuk Nintendo Switch, pemain boleh menyemak dan memperoleh ganjaran dalam menu [Mel] apabila pemain melog masuk pada bulan Oktober.

Dalam Guardian Tales, seorang rekrut kesatria baharu harus bertindak pantas selepas serangan mengejut dibuat ke atas Kanterbury Kingdom. Mereka harus mengambil peranan sebagai Yang Terpilih dan akan perlu mengembara ke seluruh dunia untuk mencari 12 Jaguh yang lain. Pemain akan perlu bertemu dengan pelbagai rakan seperjuangan dalam banyak dunia yang pelbagai untuk meneroka permainan tersebut. Dengan adanya rakan seperjuangan di sisi pemain akan berguna untuk memerangi musuh yang lebih besar dan lebih jahat sepanjang pencarian mereka.

Guardian Tales bukan semuanya tentang pencarian utama! Pemain yang mempunyai kemahiran penyesuaian akan dapat menghiasi istana terapung mereka yang dikenali sebagai Heavenhold apabila mereka telah mara cukup jauh dalam permainan tersebut. Bagi pemain yang menyukai media sosial, terdapat ciri yang dikenali sebagai FaceBreak. Ketika pemain menempuhi jalan cerita berkenaan, sesetengah watak yang ditemui oleh mereka akan mengikuti mereka di media sosial dan menyiarkan status yang menyeronokkan dan menarik.

Guardian Tales akan disediakan di Nintendo Switch eShop secara percuma.

Latar Belakang Guardian Tales 

Guardian Tales menghimpunkan lebih daripada satu juta pengguna pra-daftar sebelum pelancaran global pada tahun 2020. Selain itu, ia disenaraikan #3 bagi hasil dan #1 bagi muat turun percuma dalam pasaran Cina apabila ia dilancarkan. Guardian Tales serta merta menjadi permainan yang paling banyak dimuat turun dalam kedua-dua pasaran mudah alih utama hanya dalam tempoh dua hari pelancarannya di Jepun. Ia mengekalkan status sebagai permainan yang paling banyak dimuat turun selama dua minggu berturut-turut sebelum melangkaui dengan pantas angka 3-juta muat turun kumulatif dalam tempoh empat bulan selepas pelancaran rasmi di Jepun. Di samping itu, permainan tersebut disenaraikan #1 bagi jualan di Google Play Store dalam bulan pertama keluarannya dan baru-baru ini mendaki ke tangga #3 bagi jualan dalam Apple App Store selepas kemas kini "World 10 Chapter" pada Januari lalu.

Source: Kong Studios
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment New products/services