omniture

Bama Tea Paparkan Bagaimana Teknologi Baharu Perbaharui Industri Teh Cina dalam Video Sohor Kini

Bama Tea
2022-09-15 02:44 132

SHENZHEN, China, 15 September 2022 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, seorang pemblog video Australia yang popular Amy melawat tempat berasalnya salah satu teh yang paling terkenal di China, Tieguanyin. Video Amy telah dirakam di lapangan di ladang teh dan kilang pembuatan Bama Tea Co., Ltd. (dikenali sebagai 'Bama' atau 'Bama Tea') di Daerah Anxi, Wilayah Fujian. Dalam video tersebut, Bama Tea memaparkan bagaimana teknologi moden merevolusikan tradisi pembuatan teh yang berusia ribuan tahun. Setakat ini, video tersebut telah menarik minat puluhan ribu penonton yang ingin memahami industri teh Cina dan metodologi pengurusan taman pintar yang moden.

Sepanjang video tersebut, teknologi moden digunakan pada setiap peringkat dalam penanaman dan pembuatan teh di ladang dan kilang Bama bagi menjamin kualiti dan kecekapan keluaran produk yang konsisten.


Amy ditunjukkan oleh pengurus ladang Bama Tea tentang beberapa automasi yang terlibat di ladang dan pengeluaran, termasuk kamera berkuasa tinggi yang dapat memantau keadaan ladang teh dari jauh serta stesen cuaca yang dapat mengukur curahan hujan, cahaya matahari, kualiti udara, suhu darat dan kelembapan. Amy juga dapat melihat panel-panel solar kecil bertaburan di ladang yang mengecas tenaga pada waktu siang dan memancarkan cahaya biru pada waktu malam untuk mengelakkan serangga perosak.

Selain daripada tahap pemantauan yang tinggi dan pencegahan serangga perosak di ladang, automasi merupakan komponen utama dalam pemprosesan teh. Bagi penyingkiran bendasing, kilang Bama Tea menggunakan sistem pengisihan kualiti inframerah automatik sepenuhnya dengan peralatan penyingkiran bendasing elektrostatik penggelek dan pengesan logam untuk membantu menyingkirkan bendasing surih dalam teh mentah dan menghasilkan produk berkualiti lebih tinggi.


Sejumlah besar robot pintar digunakan dalam pembungkusan dan pengangkutan teh yang menjimatkan tenaga manusia dan masa di samping turut mengurangkan kontak antara tangan manusia dan teh.


Menyebut tentang penggunaan teknologi, Amy mengatakan, "Saya mendapati ia sangat menarik kerana teh sebagai satu konsep telahpun wujud di China lebih 1000 tahun tanpa banyak perubahan di mana-mana. Namun demikian, sepanjang beberapa dekad yang lalu, dengan teknologi dan kemajuan baharu dalam bidang sains, keadaan sudah pasti berubah menjadi lebih baik."

Penonton di bahagian komen juga mendedahkan betapa terkejutnya mereka dengan tahap automasi dengan seorang penonton mengulas, "Sangat bermaklumat dan membuka mata apabila dapat melihat betapa tinggi teknologi di kilang-kilang teh China dan robot lazimnya digunakan dalam barisan pengeluaran," serta turut mengatakan "Gembira rasanya dapat melihat sejauh mana China berupaya mengaplikasikan teknologi untuk memperbaiki kehidupan."

Bama Tea ialah salah satu jenama yang paling diiktiraf yang dikaitkan dengan teh Tieguanyin dan ditubuhkan oleh legenda Wang Wenli, pewaris teh Tieguanyin generasi ke-13. Sebagai jenama rangkaian teh Cina yang terkemuka, Bama telahpun mempunyai lebih 2,600 kedai di China setakat 31 Disember 2021, dengan Anxi Tieguanyin, salah satu produk utama Bama, mengungguli jualan di seluruh negara ini selama 13 tahun berturut-turut.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.bamatea.com/

HUBUNGI: Qinyu Huang, huangqy@bamatea.com, +86-13590366182 

 

Source: Bama Tea
Keywords: Beverages Computer/Electronics Non-Alcoholic Beverages Social Media