omniture

NATIONAL ENERGY AWARDS 2022 DORONG PENCAPAIAN LEBIH MAMPAN DARIPADA INDUSTRI-INDUSTRI TEMPATAN

Ministry of Energy and Natural Resources
2022-09-15 03:12 76

KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 September 2022 /PRNewswire/ -- National Energy Awards (NEA) mengumumkan pemenang-pemenangnya bagi tahun 2022 dengan memberi pengiktirafan kepada para penggiat industri kerana menerima dan melabur dalam amalan tenaga mampan. Diterajui oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KETSA), NEA ialah anugerah yang menerima konsep dan amalan mampan berpandangan jauh untuk tokoh-tokoh perniagaan yang terkemuka di Malaysia dalam sektor tenaga boleh diperbaharui, pengurusan tenaga dan kecekapan tenaga.

Para pemenang National Energy Awards 2022 (NEA 2022)
Para pemenang National Energy Awards 2022 (NEA 2022)

Dengan sejumlah 20 anugerah dalam tiga kategori disediakan untuk penduduk, perniagaan dan organisasi Malaysia, termasuk institusi pengajian tinggi, dua belas kumpulan dinobatkan sebagai pemenang bagi Pengurusan Tenaga, Bangunan Cekap Tenaga dan Tenaga Boleh Diperbaharui.

Edisi kelima NEA menyaksikan pemenang-pemenang dalam Kategori 1 (Pengurusan Tenaga) dengan Medivest Sdn Bhd membawa pulang anugerah untuk pengurusan tenaga bangunan-bangunan besar di Hospital Pakar Sultanah Fatimah HPSF. CSC Steel Sdn Bhd memenangi pengurusan tenaga untuk anugerah industri ini atas pengurusan tenaga mereka ke arah operasi proses yang cekap dan mampan.

Kategori 2 (Bangunan Cekap Tenaga) menyaksikan BGreen Consultancy muncul di kedudukan teratas bagi bangunan hijau jenis besar di Dewan Tzu Chi Si Kepong. Di Kompleks Sukan Astaka, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memenangi kategori bangunan hijau sifar.

Concord Green Energy memenangi tempat pertama dalam kategori Tenaga Boleh Diperbaharui untuk projek mereka, Loji Biogas Concord FGV Keratong 2: Pusat Kecemerlangan R&D. Tenaga Nasional Berhad turut memenangi jenis grid setempat pada-grid untuk projek PV dan hidro mini di Pulau Tioman.

Susulan kejayaan NEA, pemenang-pemenang Kategori 1 dan 2 mewakili Malaysia di ASEAN Energy Awards (AEA).

Menteri KETSA, YB Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan, mengatakan dalam ucapan beliau, "Anugerah tertinggi untuk kecemerlangan tenaga di Asia Tenggara ini ialah ASEAN Energy Awards (AEA) dan saya berbangga dapat melihat syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi Malaysia muncul di peringkat serantau. Ini sesuatu yang meyakinkan kerana semakin banyak perniagaan Malaysia mengukuhkan kedudukan mereka dalam sektor kecekapan tenaga wilayah ini."

"Malaysia telah memulakan misi tenaga mampan untuk mengurangkan pergantungannya kepada karbon dalam pelbagai bidang termasuk mempromosikan tenaga boleh diperbaharui sebagai alternatif. Kita perlu menggalakkan amalan tenaga mampan dalam semua sektor, industri dan organsasi bagi memastikan untuk menyumbang secara kolektif ke arah pembangunan ekonomi negara demi masa depan lestari."

Hal ini selaras dengan visi Malaysia untuk mengurangkan pergantungan negara ini kepada bahan api fosil berasaskan karbon dan dalam masa yang sama membangunkan sumber tenaga boleh diperbaharui alternatif. Pada asasnya, ini akan meletakkan Malaysia di laluan menuju tenaga lebih bersih selari dengan piawaian antarabangsa.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang National Energy Awards (NEA), sila kunjungi laman sesawang rasmi NEA di https://www.nationalenergyawards.com.my/

Latar Belakang National Energy Awards (NEA)

NEA ialah platform untuk mengetengahkan pembangunan idea dan amalan terbaik dalam memacu sektor tenaga mampan negara. Anugerah ini mengiktiraf usaha oleh sektor awam dan swasta di seluruh Malaysia dalam inovasi tenaga dan akan menunjukkan impak positif kepada Rakyat serta mewujudkan kesedaran pada tahap yang luas merentas aspek-aspek yang berbeza dalam masyarakat.

 

 

 

 

Source: Ministry of Energy and Natural Resources
Keywords: Oil/Energy Utilities Awards