BEIJING, 19 September 2022 /PRNewswire/ -- JA Solar telah menerima penarafan AAA tertinggi seumpamanya pada 13 September apabila PV Tech mengeluarkan Senarai Kedudukan Kebolehterimaan Bank PV ModuleTech untuk suku ketiga tahun 2022. Senarai tersebut menyaksikan kelebihan pembuatan utama dan kedudukan kewangan kukuh JA Solar yang diperlihatkan dalam penunjuk penting seperti penghantaran, susun atur kapasiti, susun atur teknologi dan prestasi kewangan. Menurut laporan tersebut, JA Solar merupakan salah satu pembekal gred-A yang paling konsisten dari segi kesemua metrik penting sepanjang tempoh 2014 hingga 2022.
Pembangunan perniagaan yang mantap dan seimbang di seluruh dunia
Pada 26 Ogos, JA Solar mengeluarkan laporan setengah tahun 2022, yang menunjukkan penghantaran luar negara JA Solar menyumbang sebanyak 67% dalam separuh pertama tahun 2022. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, JA Solar terus meluaskan jangkauan antarabangsanya dengan mantap, dengan penghantaran luar negara menyumbang secara konsisten sebanyak 60% hingga 70% daripada penghantaran keseluruhan. Kini, JA Solar telahpun mewujudkan rantaian perindustrian yang lengkap di dalam dan luar negara masing-masing berasaskan kepada 12 tapak pembuatan di serata dunia, menyediakan sokongan kapasiti yang mantap untuk penghantarannya ke pasaran global.
Bahagian pasaran global JA Solar mencecah 14% dalam tahun 2021. Khususnya, bahagiannya dalam pasaran yang mantap terus meningkat, termasuk Eropah pada kira-kira 18% dan China pada kira-kira 19%; dalam pasaran baru muncul, bahagian JA Solar dalam tahun 2021 meningkat kepada paras tinggi mencatat rekod iaitu 46% di Pakistan, 58% di Malaysia dan kira-kira 40% di Israel. Tambahan pula, ia turut menubuhkan outlet baharu seperti Guyana di Amerika Selatan, Sierra Leone di Afrika, Tahiti di Oceania dan Uzbekistan di Asia Tengah, menyumbang kepada pembangunan perniagaan yang mantap di seluruh dunia. Seperti yang dinyatakan dalam laporan PV ModuleTech, JA Solar akan menjadi lebih kompetitif dalam pasaran AS dengan kemajuan susun atur pengeluaran globalnya.
Selangkah ke hadapan dalam pembangunan berpandukan teknologi
JA Solar terus meningkatkan pelaburannya dalam penyelidikan saintifik untuk memenuhi kehendak pasaran yang semakin berkembang dan menggalakkan lelaran teknologi dan penaiktarafan industri. Setakat separuh pertama tahun 2022, JA Solar telah diberikan 1,178 paten untuk penyelidikan dan pembangunan bebas. Purata kecekapan penukaran sel Percium yang dikeluarkan secara besar-besaran mencecah 23.7% manakala sel jenis-n mencecah 25%.
Khususnya, modul DeepBlue 3.0 berasaskan sel-Percium telah menarik perhatian seluruh pasaran di serata dunia sejak pesanan pertama dihantar dalam bulan Oktober 2020. Menjelang penghujung Jun 2022, penghantaran produk berjumlah 24GW. Ia telah diaplikasikan dalam projek-projek global yang penting seperti projek PV bumbung Stesen Kereta Api Fengtai Bejing, projek PV bumbung UN Compound di Beijing, projek storan-beban-grid-sumber bersepadu terbesar dunia di Ulanqab, Mongolia Dalaman serta projek PV terapung Uivermeertjes di Belanda yang merupakan taman PV terapung kedua di luar Asia.
Dalam bulan Mei 2022, JA Solar melancarkan modul DeepBlue 4.0 X berasaskan sel jenis-n yang mempunyai kecekapan penukaran sel 25% dan kuasa maksimum 625W. Berbanding dengan modul jenis-p arus perdana, DeepBlue 4.0 X dapat mengurangkan kos keseimbangan sistem (BoS) kira-kira 2.1% dan kos tenaga elektrik teraras (LCOE) sebanyak 3.5%-5% yang dapat meningkatkan lagi keuntungan projek dan menilai nilai yang lebih besar untuk pelanggan. Kapasiti sel jenis-n JA Solar dijangka melebihi 27GW menjelang tahun 2023, lalu menjadikannya salah satu perusahaan pertama membangunkan sel jenis-n dan menggunakannya untuk pengeluaran.
JA Solar turut mempromosikan pembuatan pintar dengan mempercepatkan transformasi digital. Semasa proses pengeluaran, ia telah mencapai kawalan kualiti teliti yang memastikan agar kualiti dikekalkan dengan ketat sekurang-kurangnya pengesanan waktu sebenar 24-jam dan sistem amaran automatik. Menjadikan tapak pengilangan JA Solar Yiwu sebagai contoh, JA Solar merealisasikan kecerdasan digital dalam seluruh proses bermula daripada perancangan dan pengeluaran kepada logistik, membolehkan "keterlihatan proses penghantaran 7 hari" pesanan dan memastikan kawalan tepat kecekapan pengeluaran dan kualiti produk.
Pertumbuhan berkualiti tinggi yang berterusan dengan kedudukan kewangan yang kukuh
Laporan setengah tahun berkenaan menunjukkan bahawa dalam separuh pertama tahun 2022, JA Solar mencatatkan hasil sebanyak RMB28.469 bilion, memperlihatkan peningkatan 75.81% berbanding tahun sebelumnya dan keuntungan bersih mencecah RMB1.702 bilion yang boleh diagihkan kepada pemegang saham syarikat yang disenaraikan, memperlihatkan peningkatan sebanyak 138.64% sepanjang tempoh yang sama pada tahun sebelumnya, menunjukkan prestasi luar biasa dalam pertumbuhan hasil kendalian dan keuntungan bersih. Tambahan pula, penghantaran modul dalam separuh pertama tahun 2022 mencapai peningkatan lebih daripada 50% (lebih tinggi daripada purata industri) sepanjang tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.
JA Solar juga diiktiraf secara meluas untuk prestasinya yang kukuh di dalam dan luar industri. Setakat ini, JA Solar telah berulang kali disenaraikan dalam 500 Perusahaan Tenaga Baharu Terbaik Global, Fortune China 500, 500 Perusahaan Persendirian Terbaik China, 500 Pengeluar Persendirian Terbaik China, antara lain dan kedudukannya terus meningkat.