omniture

Pengeluar Makanan Haiwan Kesayangan Thailand dalam Misi untuk Menyenangkan Pemilik Haiwan Kesayangan dan 'Penjaga Haiwan Kesayangan'

DITP
2022-09-20 13:32 87

BANGKOK, 20 September 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini, trend global yang semakin berkembang menyaksikan pemilik haiwan kesayangan menjadi 'penjaga haiwan kesayangan' dan memperlakukan anjing dan kucing mereka sebagai sebahagian daripada keluarga. Sudah berlalu zaman memelihara haiwan kesayangan di luar rumah dan memberinya makanan sisa. Untuk industri makanan haiwan kesayangan, peralihan ini memberi impak yang besar, dan Thailand, sebagai dapur dunia, membantu memenuhi keperluan 'pengasuhan haiwan kesayangan' ini, menurut sebuah kumpulan industri.

Makanan haiwan kesayangan Thai menawarkan pelbagai pilihan padat dengan kandungan yang menyelerakan dan berkhasiat.
Makanan haiwan kesayangan Thai menawarkan pelbagai pilihan padat dengan kandungan yang menyelerakan dan berkhasiat.

Memandangkan pengguna menjadi semakin peka terhadap apa yang mereka makan, kesedaran yang sama turut berlaku untuk haiwan kesayangan mereka. Kini mereka menuntut nilai yang lebih berkhasiat dan pematuhan kepada piawaian keselamatan untuk haiwan kesayangan mereka, bukan untuk makanan asas. Memandangkan 'pemanusiaan haiwan kesayangan' menjadi trend baru muncul, bukanlah sesuatu yang mengejutkan untuk melihat produk makanan haiwan berasaskan tumbuhan, organik, malah vegan terdapat dalam pasaran.

Thailand ialah pengeksport makanan haiwan kesayangan ketiga terbesar di dunia dalam tahun 2021 dengan nilai eksport mencecah lebih daripada 65 bilion baht, satu peningkatan 27% berbanding tahun sebelumnya, menurut Thai Pet Food Trade Association (TPFA). 5 pasaran eksport teratas Thailand untuk makanan haiwan kesayangan ialah AS, Jepun, Itali, Malaysia dan Australia, manakala negara-negara jiran Asia seperti India, Indonesia dan Laos menyaksikan permintaan yang semakin meningkat. Pertumbuhan mantap eksport makanan haiwan kesayangan Thai dilihat semakin pesat pada tahun 2022 dengan peningkatan 43% dalam 7 bulan pertama.

Banyaknya hasil pertanian di Thailand, bererti bahawa 95% daripada bahan mentah yang digunakan dalam makanan haiwan kesayangan diperoleh daripada sumber tempatan, seterusnya menyokong status hab pengeluaran negara ini, menurut TPFA.

"Kekuatan kami juga diperoleh daripada pengalaman dan reputasi sekian lama dalam pengeluaran tuna dalam tin yang dapat diperluaskan kepada pembuatan makanan basah haiwan kesayangan," kata Dr. Chanintr Chalisarapong, Presiden TPFA.

Para pengeluar jenama-jenama makanan haiwan kesayangan Thai termasuk jenama SmartHeart dan Me-O Perfect Companion Group, jenama Monchou Asian Sea, JerHigh Charoen Pokphand Foods dan jenama Jinny serta jenama ChangeTer Thai Union. Daya saing Thailand juga menarik minat banyak jenama makanan haiwan kesayangan antarabangsa untuk menubuhkan tapak pengeluaran di sini, seperti Mars Petcare, Nestle Purina, Pedigree dan Tiki.

Bagi memenuhi permintaan daripada pemilik haiwan kesayangan, para pengeluar memberi penekanan untuk mengeluarkan makanan haiwan kesayangan yang serupa dengan makanan gred-manusia dari segi keselamatan, kepelbagaian dan nilai pemakanan. Permintaan juga semakin meningkat terhadap produk inovatif seperti makanan preskripsi dan makanan tambahan untuk merawat masalah kesihatan haiwan kesayangan seperti penyakit jantung, peparu dan buah pinggang, kata TPFA.

"Kepercayaan terhadap piawaian kualiti dan keselamatan pengeluar kami daripada pelanggan, digabungkan dengan kepelbagaian produk, inovasi dan pembangunan yang berterusan menyumbang kepada kelebihan daya saing Thailand dalam pasaran makanan haiwan kesayangan global," kata Chalisarapong.

Pasaran makanan haiwan kesayangan global diunjurkan mencatatkan CAGR 4.6% dari tahun 2022-2027, menurut Mordor Intelligence. Memandangkan bilangan isi rumah yang memiliki haiwan kesayangan terus meningkat secara global, pengeluar makanan haiwan kesayangan pastinya akan sentiasa peka bagi membantu penjaga haiwan kesayangan untuk menjaga haiwan kesayangan mereka sebaiknya.

Source: DITP
Keywords: Retail Animals/Pets