omniture

Huawei Connect 2022 bermula di Bangkok terokai serlahan produktiviti digital

HC2022
2022-09-20 22:39 65

BANGKOK, 20 September 2022 /PRNewswire/ -- HUAWEI CONNECT 2022, acara unggulan tahunan Huawei untuk industri ICT, bermula hari ini di Bangkok. Tema acara tahun ini ialah "Serlahkan Digital" ("Unleash Digital"), menghimpunkan lebih 10,000 pemimpin industri ICT, pakar dan rakan kongsi dari seluruh dunia untuk meninjau bagaimana untuk menyerlahkan produktiviti dengan lebih berkesan, mempromosikan ekonomi digital dan membangunkan ekosistem digital yang lebih mantap.

Di acara tersebut, Huawei berkongsi langkah-langkah yang diambil olehnya untuk memajukan pembangunan digital merentas pelbagai jenis industri dan melancarkan lebih 15 perkhidmatan awan yang inovatif untuk pasaran global.

Tiga Inisiaitif untuk membantu semua industri menuju global

Bagi memulakan acara tersebut, Ken Hu, Pengerusi Bergilir Huawei, menyampaikan ucaptama yang menggariskan tiga cara ekosistem ICT dapat membantu meruntuhkan halangan biasa dalam transformasi digital.

  • Meningkatkan infrastruktur digital, termasuk sambungan yang lebih kukuh dan sumber pengkomputeran yang lebih mantap, lebih pelbagai.
  • Membantu organisasi-organisasi melangkaui penerimaan awan yang ringkas dan benar-benar memanfaatkan sepenuhnya awan, memfokuskan kepada perkhidmatan teknologi termaju yang memacu pembangunan lonjakan.
  • Membangunkan ekosistem digital tempatan, termasuk pembangunan rakan kongsi, mengukuhkan kumpulan bakat digital dan memberi lebih banyak sokongan untuk PKS.

Pertumbuhan KDNK tidak stabil sepanjang dua tahun yang lalu. Walau bagaimanapun, ekonomi digital telah menyaksikan pertumbuhan yang konsisten pada skala global – lebih daripada 15% dalam tahun 2021. Ini telah mendorong banyak organisasi untuk mentransformasikan operasi dan tawaran perkhidmatannya dengan teknologi digital generasi seterusnya.

"Menuju digital jelas sekali merupakan pilihan yang tepat," kata Hu. "Terdapatnya permintaan dan begitu juga dengan teknologi. Dunia menyerlahkan produktiviti digital dan ia berlaku sekarang."

Di acara tersebut, Huawei mengukuhkan komitmennya terhadap kolaborasi terbuka dan kejayaan bersama. Syarikat ini menyeru kerajaan dan perusahaan untuk bekerjasama dengan lebih erat bagi memupuk ekosistem digital tempatan yang membina rakan kongsi inovasi, mengukuhkan kumpulan bakat dan menyokong syarikat pemula.

Dalam ucaptama beliau, Simon Lin, Presiden Huawei Rantau Asia-Pasifik, mengeluarkan kertas putih Digital First Economy yang menyelidiki cadangan dasar bersasar untuk pembinaan infrastruktur digital dan pembangunan ekonomi digital di rantau Asia-Pasifik.

"Rantau Asia-Pasifik berdiri di barisan hadapan landskap digital global," kata Lin. "Huawei komited untuk menjadi penyumbang penting kepada ekonomi digital di rantau ini. Kami akan terus menyokong usaha pendigitalan dan pembangunan mampannya serta membangunkan ekosistem industri."

Persidangan tiga hari di Bangkok merupakan hentian pertama dalam jelajah global HUAWEI CONNECT pada tahun 2022. Menampilkan dua sesi ucaptama, enam sidang kemuncak serta pelbagai sesi kelompok dan demo, acara tahun ini menyelami cabaran yang dihadapi oleh kerajaan dan perusahaan pada semua peringkat dalam perjalanan transformasi digital mereka, kemajuan Huawei dalam infrastruktur digital serta perkhidmatan awan terkini syarikat dan juga penyelesaian rakan kongsi ekosistem.

Source: HC2022
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news