omniture

Huawei Keluarkan Kertas Putih mengenai Peluang untuk Transformasi Digital Pendidikan bagi Meninjau Model Penilaian Kematangan Pendidikan Pintar

Huawei Connect
2022-09-20 22:47 129

BANGKOK, 20 September 2022 /PRNewswire/ -- Semasa sesi "Mempercepatkan Perjalanan Digital Pendidikan" di HUAWEI CONNECT 2022 Bangkok, Huawei mengeluarkan Kertas Putih mengenai Peluang untuk Transformasi Digital Pendidikan yang meninjau model penilaian kematangan pendidikan pintar buat julung kalinya. Huawei turut mencadangkan untuk memanfaatkan penyelesaian pendidikan semua-senario untuk menginovasi mod pengajaran, mempromosikan sumber pendidikan inklusif, meningkatkan keupayaan penyelidikan dan menaik taraf pengurusan, mempercepatkan transformasi digital pendidikan.

Mark Yang, Pengarah Jabatan Pendidikan & Penjagaan Kesihatan berkata: "Kertas Putih mengenai Peluang untuk Transformasi Digital Pendidikan ialah satu koleksi strategi dan amalan global daripada pelanggan, rakan kongsi dan Huawei itu sendiri semasa penerokaan bersama mereka terhadap transformasi digital pendidikan. Ia memberi definisi mengenai konsep dan kerangka pendidikan pintar. Kertas Putih tersebut meneroka model penilaian kematangan pendidikan pintar buat kali pertama. Model tersebut merangkumi enam sub-dimensi dan lima peringkat serta bertujuan untuk membantu sekolah-sekolah membuat penilaian sendiri agar mereka dapat memperoleh hala tuju pembangunan masa depan informatisasi pendidikan yang jelas."

Patrick Low, seorang Pakar Industri bagi Jabatan Pendidikan & Penjagaan Kesihatan, menghuraikan tentang penyelesaian pendidikan semua-senario Huawei berdasarkan kepada kisah kejayaan global Huawei. "Penyelesaian pendidikan pintar semua-senario Huawei bermatlamat untuk membina kerangka yang menyeluruh untuk pendidikan pintar, memenuhi keperluan pelbagai senario perniagaan di kampus, menyokong aplikasi pengajaran yang pelbagai, merealisasikan pengajaran, pembelajaran, pengurusan dan penyelidikan pintar dalam semua senario serta memudahkan latihan bakat merentas pelbagai negara."

Pendidikan inklusif juga merupakan topik hangat di sesi ini. Menurut En. Ekapong Musikacharoen, Timbalan Pengarah Pejabat Pentadbiran Teknologi Maklumat untuk Pembangunan Pendidikan di Thailand UniNet Scientific Research Network, NREN Thailand akan menghubungkan 155 universiti dan melengkapkan peralihan yang sempurna kepada 100 Gbit/s, menyediakan sambungan rangkaian yang berkualiti tinggi untuk semua pelanggan pendidikan Thai dan mempromosikan pendidikan yang adil dan inklusif.

Membangunkan teknologi digital dengan pesat memerlukan latihan bakat. Golden Yang, Timbalan Pengurus Besar, Jabatan TVET di AVIC-INTL Project Engineering Company, berpendapat bahawa hasil daripada pendigitalan, pendidikan pintar akan meningkatkan dengan ketara tahap latihan bakat dan memacu pembangunan teknologi. Ia akan memupuk generasi muda untuk memberi momentum yang berterusan demi pembangunan mampan, berkualiti tinggi negara ini.

Huawei membantu mempercepatkan transformasi digital pendidikan untuk lebih daripada 2800 kolej dan universiti serta institut penyelidikan di lebih 80 negara dan bekerjasama dengan lebih 2000 universiti merentas lebih daripada 100 negara dan wilayah untuk membina akademi ICT, melatih tambahan 150,000 pelajar setiap tahun. Huawei telah memperakui lebih daripada 580,000 bakat ICT di seluruh dunia. Aaron Wang, Naib Presiden Asia Pacific Enterprise Business Group berkata, "Di rantau Asia-Pasifik, Huawei bekerjasama dengan 273 institusi pengajian tinggi untuk membina akademi ICT Huawei, melatih lebih 16,000 pelajar setiap tahun. Huawei komited untuk menjadi penyumbang yang utama kepada infrastruktur pendidikan ICT di rantau Asia-Pasifik. Dengan mengaplikasikan teknologi kepada senario pendidikan, Huawei menyerlahkan produktiviti digital dan mempercepatkan perjalanan digital pendidikan."

 

Source: Huawei Connect
Keywords: Computer/Electronics Education Telecommunications