-- Definisi Sistem Penunjuk Kuasa Storan Data
BANGKOK, 21 September 2022 /PRNewswire/ -- Huawei mengeluarkan kertas putihnya secara rasmi, Kuasa Storan Data - Asas Digital Pembangunan Berkualiti Tinggi (Data Storage Power - The Digital Cornerstone of High-Quality Development) di Huawei Connect 2022 pada hari Selasa. Mengkaji pembangunan industri storan, kertas putih tersebut menakrifkan penunjuk kuantitatif untuk mengukur keupayaan storan data dan menganalisis landskap storan data semasa merentas wilayah-wilayah yang berbeza di serata dunia. Ia bertujuan untuk membantu kerajaan dan perusahaan menilai, merancang dan membina keupayaan storan data dengan lebih baik.
Gu Xuejun, Naib Presiden Rangkaian Produk IT Huawei berkata: "Keupayaan storan data kini diukur oleh kapasiti. Walau bagaimanapun, dengan pembangunan industri yang pesat dan kemunculan perkhidmatan data yang baharu dan pelbagai seperti AI dan data raya, kapasiti sahaja tidak mencukupi untuk mengukur pembangunan masa depan dan pembinaan sistem storan. Kita memerlukan definisi yang lebih saintifik dan sistem penilaian untuk mengukur keupayaan storan data dengan berkesan."
Dunia pintar memacu pertumbuhan data yang pesat merentas industri-industri dan transformasi digital industri-industri ini memerlukan keupayaan storan data atau kuasa storan data yang berkuasa. Kertas putih tersebut menjelaskan konsep kuasa storan data serta menyediakan:
1.Konsep dan konotasi kuasa storan data: Kuasa storan data ialah konsep komprehensif yang merangkumi kapasiti storan (teras), prestasi, keandalan dan kehijauan.
2.Kajian kuantitatif terhadap nilai storan data: Pengiraan oleh Huawei menunjukkan bahawa pelaburan storan data sebanyak AS$ 1 menyumbang kepada nilai langsung sebanyak AS$ 5, nilai tidak langsung sebanyak AS$ 8 dan nilai tercetus sebanyak AS$ 30-40.
3.Sistem penunjuk yang menilai kuasa storan data sebuah kawasan atau pusat data: Sistem ini merangkumi 35 penunjuk tiga-tahap dalam empat hala tuju — magnitud, kecekapan, persediaan asas dan kemajuan — berdasarkan kepada ciri-ciri negara dan perusahaan.
4.Penilaian kuasa storan di 20 negara dan wilayah: Kertas putih tersebut menganalisis mengapa sesetengah negara menerajui senarai kedudukan kuasa storan data dan bagaimana negara-negara di kedudukan lebih rendah dapat mengejar. Ia juga menyediakan cadangan dasar untuk meningkatkan kuasa storan data.
"Saya menganggap kertas putih ini sebagai satu penerokaan bermakna yang akan mencetuskan minat yang lebih tinggi dalam menggalakkan pembangunan industri storan data. Hanya apabila data disimpan dengan baik, dihitung dengan pantas dan dihantar dengan stabil melalui rangkaian barulah infrastruktur digital dapat menyerlahkan nilai data dan menggalakkan dengan lebih baik pembangunan ekonomi dan sosial yang berkualiti tinggi," kata Gu.
Untuk membaca kertas putih tersebut, klik di sini.