omniture

Pelancaran Seluruh Dunia Serentak Video Promosi 2022 Seoul Tour "BTS introducing you to Seoul"

Seoul Tourism Organization
2022-09-21 08:00 157
  • Seoul Tourism Organization melancarkan 3 klip promosi Seoul Tour yang dibintangi oleh RM dan Jin daripada BTS: 'deliciouSeoul', 'healingSeoul' dan 'snapshotSeoul'
  • Klip akan ditayangkan pada skrin luar di bandar-bandar utama termasuk Tokyo, Bangkok dan Kuala Lumpur dan ditayangkan di media TV global termasuk CNN dan BBC. Sinergi dengan aktiviti promosi bandar ini dijangkakan.

SEOUL, Korea Selatan, 21 September 2022 /PRNewswire/ -- Sebuah video promosi berlabel '2022 Seoul Tour' yang menampilkan duta pelancongan kehormat untuk bandar Seoul, BTS, disiarkan di saluran YouTube rasmi bandar ini 'VisitSeoul TV' (https://www.youtube.com/c/VisitSeoulTV).

Tahun ini, anggota-anggota BTS, RM dan Jin mendedahkan tiga episod daya tarikan bandar ini ('deliciouSeoul', 'healingSeoul' dan 'snapshotSeoul') dengan berkongsi betapa menyeronokkan kehidupan mereka di Seoul. Selepas melancarkan episod pertama 'deliciouSeoul' pada 16 September 2022, sejumlah tiga episod akan ditayangkan kepada umum setiap minggu.

Kempen berskala besar yang mempromosikan pelancongan di Seoul dengan menayangkan video promosi dan memaparkan slogan 'MY SOUL SEOUL' bandar Seoul pada saluran media utama termasuk CNN, BBC dan CNA serta skrin luar di tujuh bandar utama Asia termasuk Tokyo, Kuala Lumpur dan Bangkok akan diteruskan hingga bulan November. Hadiah akan diberikan kepada mereka yang menyiarkan tangkapan skrin luar yang memaparkan klip pada media sosial dan untuk mereka yang mencari maklumat lanjut seperti tempoh siaran di negara-negara tertentu sila semak saluran media sosial rasmi Seoul Tour seperti halaman instagram (@visitseoul_official).  

Seoul Tourism Organization menunjukkan kesungguhan dengan berkata "kami berharap klip dan aktiviti promosi global bersama BTS memahat Seoul sebagai destinasi pilihan utama dalam minda semua pengembara dunia yang merancang perjalanan pasca COVID-19 mereka yang sudah lama dicari-cari."

Slogan My Soul Seoul dengan logo BTS
Slogan My Soul Seoul dengan logo BTS

 

Lakaran kecil episod pertama siri video promosi 2022 Seoul Tour 'deliciouSeoul' 2022
Lakaran kecil episod pertama siri video promosi 2022 Seoul Tour 'deliciouSeoul' 2022

Seoul Tourism Organization (STO)

Seoul Tourism Organization (STO) ialah sebuah organisasi yang mengkhusus dalam bidang pelancongan. STO ditubuhkan untuk mempromosikan industri pelancongan dan menggiatkan semula ekonomi tempatan dengan mencipta jenama global untuk bandar Seoul bagi meningkatkan pengiktirafannya di seluruh dunia.

 

Source: Seoul Tourism Organization
Keywords: Advertising Amusement Parks and Tourist Attractions Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Social Media Travel