Pengumuman menyusuli FlexGen menjadi penyepadu storan tenaga A.S. pertama menerima designasi Penyedia Perkhidmatan Bertauliah CATL
ANAHEIM, California26 September 2022 /PRNewswire/ -- Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL), peneraju bertaraf global bagi teknologi inovatif tenaga baharu, hari ini mengumumkan bahawa ia telah melaksanakan Perjanjian Bekalan Induk dengan FlexGen Power Systems, Inc. (FlexGen), platform teknologi storan tenaga dan penyedia penyelesaian storan tenaga yang terkemuka untuk membekalkan 10GWj peralatan storan tenaga utama CATL sepanjang tempoh tiga tahun.
CATL akan membekalkan EnerC kepada FlexGen, sistem bateri penyejuk cecair dalam bekas. Dengan perlindungan anti-kakisan IP55 dan C5, EnerC dapat memenuhi keperluan pelbagai keadaan iklim yang teruk, bagi memastikan operasi seluruh sistem yang selamat dan andal selama 20 tahun. Diperkasa oleh reka bentuk penyejuk cecair amat bersepadu yang utama dalam industri, ketumpatan tenaga EnerC boleh mencecah 259.7 kWj setiap meter padu, hampir 200% peningkatan berbanding sistem penyejuk udara tradisional.
Platform sistem pengurusan tenaga HybridOS™ FlexGen akan memberi kuasa kepada sistem storan tenaga yang digunakan dengan CATL bagi menyediakan kapasiti termaju dan andal untuk utiliti, pasaran kuasa kompetitif serta projek utiliti perbandaran dan koperasi. Platform HybridOS™ kini memperkasa sistem storan tenaga berprestasi tinggi di Texas, California dan seluruh Amerika Utara.
Pengumuman tersebut dibuat susulan FlexGen dinamakan sebagai Penyedia Perkhidmatan Bertauliah CATL kerana menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan pengoptimuman pada peralatan storan tenaga bateri CATL. Designasi FlexGen mendedahkan rangkaian perkhidmatan yang diperluas untuk peralatan CATL di Amerika Utara sekali gus mempererat perkongsian antara kedua-dua syarikat yang kini mencakupi lebih 2.5 GWj dalam projek-projek sistem storan tenaga.
Tinjauan untuk pelaksanaan storan tenaga bagi menyokong peralihan tenaga dan membina kebingkasan yang lebih tinggi ke dalam infrastruktur grid dilihat semakin cerah. CATL komited unutk menyampaikan produk storan bateri mampan kepada pelanggan di peringkat global. Perkongsian yang dilanjutkan dan perjanjian bekalan yang terkini bersama FlexGen membolehkan CATL menyampaikan bekalan peralatan yang kritikal untuk maju ke hadapan dengan lebih cepat menerusi pelaksanaan projek storan tenaga dalam pasaran Amerika Utara.
CATL ialah peneraju bertaraf global bagi teknologi inovatif tenaga baharu. Kini, peralatannya digunakan dalam beberapa projek storan tenaga yang terbesar dan paling kritikal di seluruh dunia, termasuk tiga projek untuk Southern California Edison yang berjumlah lebih 2.1 GWj kapasitinya serta lebih 500 MWj loji storan tenaga pedagang yang sedang beroperasi dan dalam pembinaan di Texas.
"FlexGen dan CATL telah bekerjasama selama bertahun-tahun untuk memajukan pelaksanaan storan tenaga canggih. Komitmen penting yang dibuat oleh kami terhadap CATL dan pasaran storan tenaga dibina berdasarkan kepada kualiti, prestasi dan hasil positif yang dibawakan oleh perkongsian ini kepada pelanggan kami," kata Kelcy Pegler, Ketua Pegawai Eksekutif FlexGen. "Kami teruja dengan peluang untuk mengembangkan pasaran storan tenaga dan membawa teknologi storan tenaga yang luar biasa kepada pelanggan kami."
"FlexGen telah menjadi rakan kongsi yang penting untuk CATL dalam pelaksanaan dan pertumbuhan perniagaan storan tenaga kami di Amerika Utara. Perkongsian teknologi yang mendalam memastikan prestasi dan keandalan yang tinggi untuk pelanggan kami dan menghasilkan beberapa loji berprestasi terbaik yang kami kendalikan," kata Tan Libin, naib presiden CATL. "Komitmen diperluas yang dibuat oleh kami menerusi Perjanjian Bekalan ini menonjolkan nilai yang disampaikan oleh organisasi kami dan potensi yang kami lihat untuk meluaskan lagi perkongsian kami."