omniture

Vantage menang tiga anugerah di Global Forex Awards 2022

Vantage
2022-09-26 10:54 78

SINGAPURA, 26 September 2022 /PRNewswire/ -- Vantage, broker berbilang aset bertaraf antarabangsa, menerima tiga anugerah di Global Forex Awards 2022 – Retail, dianjurkan oleh Holiston Media. 

Stephen Solares and Raymond Okafor, Business Associates for Vantage, at the Global Forex Awards Ceremony, Limassol, Cyprus, on 22 September 2022
Stephen Solares and Raymond Okafor, Business Associates for Vantage, at the Global Forex Awards Ceremony, Limassol, Cyprus, on 22 September 2022

Vantage diiktiraf dalam tiga kategori termasuk "Platform/Aplikasi Dagangan Mudah Alih Forex Terbaik – Global", "Pelaksanaan Dagangan Forex Terbaik – Global" dan " Broker Forex Paling Dipercayai – Asia".

Global Forex Awards 2022 - Retail memasuki edisi kelimanya dan memberi pengiktirafan kepada perniagaan yang menggunakan teknologi canggih, menawarkan perdagangan berkos rendah, alatan kajian pasaran yang komprehensif, program pendidikan lanjutan dan khidmat pelanggan bertaraf dunia kepada pedagang runcit.

Marc Despallieres, Ketua Pegawai Strategi & Perdagangan di Vantage, berkata "Kami berbesar hati menerima anugerah ini di The Global Forex Awards 2022 – Retail. Vantage telah melalui perubahan yang besar sejak proses penjenamaan semula kami pada tahun lalu dan anugerah ini merupakan pengesahan hala tuju yang kami ambil sebagai sebuah perniagaan."

"Ini merupakan satu perayaan terhadap kerja keras yang bersungguh-sungguh dan keazaman pasukan kami di Vantage yang menjadikan Vantage seperti pada hari ini. Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk berterima kasih kepada pelanggan kami yang telah menyokong kami selama bertahun-tahun dan kekal menjadi motivasi terbesar kami untuk terus melakukan yang lebih baik."

Lian Jie, Penolong Pengarah Pemasaran Aplikasi berkata, "Ini merupakan anugerah keempat yang dirangkul oleh pasukan Vantage App kami dan menjadi bukti tempoh pembangunan yang diambil oleh mereka untuk menjadikan aplikasi kami lebih berkuasa dan intuitif berbanding sebelum ini."

Sejak penjenamaan semulanya, Vantage menerima beberapa anugerah yang diiktiraf dalam industri termasuk "Terbaik dalam dagangan CFD 2022" di European – Global & Finance Awards 2022, " Broker Terbaik Australia", "Sokongan Pelanggan Terbaik Australia" dan "Aplikasi Dagangan Mudah Alih Terbaik" di Ultimate Fintech Awards 2022.

Latar Belakang Vantage

Vantage ialah broker berbilang aset bertaraf global yang menawarkan kepada pelanggan dengan akses kepada perkhidmatan yang pantas dan hebat untuk memperdagangkan CFD pada tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks dan Saham.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih daripada 10 tahun, kini Vantage mempunyai lebih 1,000 pekerja/kakitangan merentas lebih daripada 30 pejabat global.

Vantage adalah lebih daripada sekadar broker. Ia menyediakan ekosistem perdagangan yang dipercayai, aplikasi dagangan mudah alih pemenang anugerah serta platform perdagangan yang lebih pantas dan lebih ringkas yang membolehkan pelanggan memanfaatkan peluang perdagangan. Muat turun Vantage App di App Store atau Google Play.

Diperkasa untuk memanfaatkan dengan lebih baik peluang pasaran yang menarik apabila anda 

berdagang lebih bijak @vantage

www.vantagemarkets.com

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Awards Hispanic-oriented news Financial Technology