omniture

Xinhua Silk Road: Daerah Xingbin, Laibin Guangxi berusaha tingkatkan pembangunan pertanian moden

Xinhua Silk Road
2022-09-28 17:02 79

BEIJING, 28 September 2022 /PRNewswire/ -- Satu siri aktiviti telahpun diadakan pada hari Jumaat lalu di Xingbin, sebuah daerah di Bandar Laibin, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, Selatan China, sebagai perayaan untuk pesta menuai petani Cina bagi menunjukkan pencapaian pembinaan luar bandar di Xingbin yang turut memajukan budaya pertanian tempatan dan menunjukkan pandangan spiritual petani tempatan.

Photo shows the scene of the bean picking and tying competition during the celebrations for the Chinese farmers' harvest festival in Xingbin, a district in Laibin City of South China's Guangxi Zhuang Autonomous Region. (Meng Wei)
Photo shows the scene of the bean picking and tying competition during the celebrations for the Chinese farmers' harvest festival in Xingbin, a district in Laibin City of South China's Guangxi Zhuang Autonomous Region. (Meng Wei)

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Xingbin secara komprehensif telah menggalakkan pelarasan dan penaiktarafan struktur industri pertanian tempatan, melaksanakan strategi penggiatan semula luar bandar dengan bersungguh-sungguh, mempercepatkan pembangunan industri pertanian moden dan mendorong kemakmuran industri desa.

Ketika ini, dengan enam industri utama iaitu bijirin, tebu, sayur-sayuran, buah-buahan, penternakan dan produk akuatik, daerah ini telahpun menjadi tapak tebu peringkat daerah yang terbesar di China, daerah tapak pengeluaran bijirin negara.

Dalam separuh pertama tahun 2022, jumlah nilai keluaran pertanian Daerah Xingbin mencecah 3.039 bilion yuan, dengan peningkatan 6.7 peratus berbanding tahun sebelumnya dan pendapatan boleh guna per kapita penduduk luar bandar meningkat 6.9 peratus berbanding tahun sebelumnya, mencecah 10,566 yuan, menurut Lu Yanyu, ketua Jabatan Publisiti Daerah Xingbin.

Dengan kawasan darat yang diusahakan seluas 2.8442 juta mu (kira-kira 190,000 hektar), Xingbin kaya dengan sumber pertanian. "Tebu Laibin" miliknya memperoleh pendaftaran penunjuk geografi negara untuk produk pertanian manakala "Beras Beihui" dan "Udang Karang Sanli" memperoleh sijil daripada Hong Kong Standards and Testing Center, kesemuanya mendorong pembangunan besar pertanian moden tempatan dan membantu merealisasikan hasil tuaian petani.

Dalam masa yang sama, daerah berkenaan terus menyokong perusahaan-perusahaan pertanian utamanya. Sebagai contoh, Xingbin berjaya memperkenalkan lapan perusahaan yang terkemuka dalam industri ternakan khinzir termasuk New Hope Group, East Hope Group dan Muyuan. Kini, paras penternakan khinzir berskala besarnya mencapai 90 peratus manakala kapasiti penternakan bagi ladang khinzir berskala besar mencapai 1.47 juta ekor khinzir.

Pada masa akan datang, Xingbin akan terus berusaha dalam pengeluaran bijirin, penternakan khinzir, industri ternakan lembu dan kambing biri-biri serta menggalakkan pembangunan buah-buahan khas dan industri perikanan, seterusnya mengukuhkan penggunaan komprehensif jerami tanaman untuk menggalakkan pembangunan hijau pertanian serta mengoptimumkan dan menaik taraf industri-industri tradisional seperti pengeluaran gula.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/330299.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Agriculture Publishing/Information Service