omniture

i-Free Lancarkan "Wallet" Baharu dan Dipertingkatkan: App Telefon Bimbit NFC Kini Boleh Menyimpan Kad Pengangkutan Tanpa Sentuh dan Kupon Diskaun

i-Free
2013-11-14 08:26 107

MOSCOW, 14 November 2013 /PRNewswire/ -- i-Free telah melancarkan fungsi baharu bagi app telefon bimbit "Wallet". Mulai saat ini, kad pengangkutan tanpa sentuh boleh dimuatkan pada "Wallet". Di 11 bandar Rusia, penumpang transit awam dapat menikmati kemudahan membayar tambang dengan hanya menyentuh telefon bimbit kepada peranti pengesahan. App yang sama boleh digunakan untuk memperoleh, menyimpan dan menguruskan kupon diskaun. Dengan menggunakan teknologi NFC dan kod QR, "Wallet" dengan rasminya boleh didapati pada 8 model telefon pintar daripada HTC dan Philips.

i-Free memperkenalkan app Wallet NFC Rusia dengan fungsi penuh pertama yang boleh didapati pada telefon pintar pada bulan Mei 2013. App tersebut menggunakan platform i-Free TSM (Pengurus Servis yang Diyakini) yang telah disahkan oleh MasterCard. Sijil pengesahan daripada MasterCard membenarkan pengeluaran jarak jauh kad bayaran MasterCard Mobile PayPass® bagi telefon bimbit di mana-mana tempat di seluruh dunia. Pada hari ini, platform i-Free TSM merupakan satu-satunya penyelesaian yang disahkan seumpamanya di CIS dan salah satu yang pertama di dunia.

Para klien TCS Bank merupakan yang terawal menggunakan app i-Free "Wallet" menerusi kad bank yang dimuatkan ke dalam telefon pintar pada awal tahun ini. MasterCard, i-Free dan TCS kini menawarkan hadiah $5 setiap seorang bagi 100,000 pengguna pertama sebagai insentif penggunaan awal teknologi kad Mobile PayPass.

Di samping kad bank, i-Free "Wallet" kini menerima dan menyimpan kad pengangkutan tanpa sentuh. Ini membolehkan pengguna membayar tambang transit awam di 11 bandar sekitar Rusia.

Selain kad bank tanpa sentuh dan kad pengangkutan, i-Free "Wallet" boleh digunakan untuk menyimpan sebarang kupon diskaun. Platform i-Free juga memudahkan pengguna untuk mendapatkan pelbagai kupon hanya dengan satu klik pada app yang menggunakan sebarang kad bank yang telah dimuatkan ke dalam "Wallet".

"Dengan penghasilan platform teknologi asas ini dan app "Wallet" yang diasaskan daripada platform itu, kami berusaha untuk menjadikan penggunaan harian telefon pintar NFC bukan setakat memenuhi pelbagai kegunaan dan mudah, malah menyeronokkan," kata Kirill Gorynya, Ketua Pegawai Eksekutif, i-Free Innovations. "Kami amat positif para pengguna akan menghargai peringkat baharu bagi kemudahan yang dibawakan oleh "Wallet". Para pengguna tidak perlu lagi membawa pelbagai kad, beratur panjang untuk membeli tiket atau menyimpan timbunan kertas kupon. Semua ini boleh didapati menerusi telefon pintar anda."

Bagi maklumat lanjut tentang i-Free dan foto, sila layari http://www.i-free.com/en/press/news/5662

Hubungi: Tatiana Milacheva, pr@i-free.com

SUMBER  i-Free

Source: i-Free
Keywords: Electronic Commerce Internet Technology Mobile Entertainment Retail New products/services