omniture

Bersiap Sedia untuk Selamatkan Kanterbury dalam JRPG Guardian Tales

Kong Studios
2022-10-04 08:05 75

Permainan Mudah Alih Gaya-Retro Fantasi kini tersedia pada Nintendo Switch secara percuma

SANTA MONICA, California, 4 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Permainan mudah alih kegemaran daripada Kong Studios, Guardian Taleskini boleh dimainkan secara percuma pada Nintendo Switch setelah tersedia melalui peranti iOS dan Android. Gaya retro permainan tersebut akan memberikan rasa nostalgia kepada peminat Nintendo untuk permainan Nintendo zaman dahulu seperti Zelda's A Link to the Past. Pemain, dirujuk sebagai Guardians, akan memulakan permainan sebagai rekrut pada hari kerajaan mereka diserang. Terpulang kepada mereka untuk menjadi legenda dan menyelamatkan kerajaan tersebut daripada musuh-musuh yang berkuasa.

Get Ready to Save Kanterbury in JRPG Guardian Tales!
Get Ready to Save Kanterbury in JRPG Guardian Tales!

Guardian Tales akan menjadi pengalaman serba baharu buat mereka yang tidak pernah bermain versi mudah alih sebelum ini. Dalam versi Nintendo Switch, peminat boleh menikmati permainan tersebut pada skrin yang lebih besar, membolehkan mereka menjadi lebih asyik dalam corak permainan. Menambah penggunaan JoyCon membolehkan corak permainan yang lebih mudah diakses dan lebih terperinci. Fungsi penyesuaian pengawal akan turut membolehkan pemain memetakan butang operasi menurut gaya mereka dengan mudah. Selain itu, tidak seperti versi mudah alih, Guardians seluruh dunia boleh bertemu dan bersaing dalam persekitaran PvP pada pelayan tunggal.

Masih belum terlalu lambat untuk menikmati ganjaran pelancaran! Ganjaran pelancaran akan turut disediakan untuk pengguna Switch yang melog masuk ke Guardian Tales sepanjang bulan Oktober!

  • 100,000 Emas
  • 3,000 Permata Percuma
  • 100 Seruan Percuma (10 setiap hari)
  • 3 Peralatan Bintang (Pedang Fantasi)
  • 2 Wira Bintang (Aoba)
  • Kostum 'Rose Knight'

Selepas memulakan Guardian Tales untuk Nintendo Switch, pemain boleh menyemak dan memperoleh ganjaran pada menu [Mel] apabila pemain melog masuk dalam bulan Oktober.

Guardian Tales mempunyai banyak karakter untuk ditemui oleh Guardians sepanjang perjalanan. Watak-watak tertentu akan turut menyertai Guardians dalam perjalanan mereka untuk menyelamatkan Kerajaan tersebut. Dengan kuasa persahabatan, watak-watak ini akan bertindak sebagai ahli pasukan yang membantu dalam pertempuran dengan serangan berapi atau memberi sokongan. Para pemain boleh mendapatkan lebih 90 watak dalam Guardian Tales melalui perkembangan cerita atau mendapatkannya di gedung dalam-permainan.

Senarai penuh ciri termasuk:

  • Mod Cerita Pemain Tunggal: Ini merupakan mod khas Guardian Tales. Guardians perlu menyelesaikan teka-teki yang berbeza untuk membongkar rahsia dalam kisah baik lawan jahat yang imersif ini. Pemain juga akan melawan raksasa untuk menyelesaikan misi dalam pengembaraan fantasi ini yang turut mengambil pendekatan komedi.
  • Perikatan: Pemain boleh menyertai Perikatan (Guild) dengan pemain-pemain lain selepas meneruskan beberapa cerita. Terdapat ahli-ahli perikatan acara berbeza yang boleh disertai seperti Raids untuk penghormatan kedudukan, Meteor Excavation untuk item dan Guild Conquests yang mana pemain berjuang untuk memenangi sebanyak mungkin ganjaran
  • Istana Terapung Boleh Disesuaikan (Heavenhold): Bina tapak operasi anda di Heavenhold. Pemain boleh menikmati makanan dan hiburan berbeza yang diperoleh sepanjang permainan mereka.
  • Wira dan Koleksi Senjata: Bahaya pergi bersendirian! Kumpul dan pilih daripada lebih 100 senjata berbeza - setiap satu dengan keupayaan uniknya.
  • Corak Permainan Selesaikan Teka-Teki: Angkat batu berat, baling bom letupan dan gayutkan diri anda merentas halangan untuk menemui laluan tersembunyi ke khazanah yang menakjubkan!
  • PvP dan Kedudukan Sengit: Kumpul dan satukan kumpulan terbaik anda dengan tiga wira untuk berhadapan dengan pemain-pemain lain pada masa sebenar dalam pertempuran mencapai kemuliaan!

Guardian Tales kini boleh didapati di Nintendo Switch eShop secara percuma. Masa pelancaran adalah seperti berikut: 

2022-10-04 04:00 CEST
2022-10-03 19:00 PDT
2022-10-03 22:00 EDT
Sertai komuniti ini dan ikuti berita Guardian Tales yang terkini: FacebookTwitterYoutube dan Tiktok.

Latar Belakang Guardian Tales 

Guardian Tales telah menghimpunkan lebih daripada satu juta pengguna pra-daftar sebelum pelancaran global dalam tahun 2020. Selain itu, ia disenaraikan di tempat #3 bagi hasil dan #1 bagi muat turun percuma, penunjuk yang sangat menggalakkan dalam pasaran Cina apabila ia dilancarkan. Guardian Tales serta merta menjadi permainan yang paling banyak dimuat turun dalam pasaran mudah alih utama hanya dalam dua hari pelancarannya di Jepun. Ia mengekalkan status paling banyak dimuat turun selama dua minggu berturut-turut sebelum melangkaui dengan pantas muat turun kumulatif 3-juta dalam empat bulan pelancaran rasmi di Jepun. Selain itu, permainan ini disenaraikan di kedudukan #1 bagi jualan di Google Play Store dan #4 di Apple App dalam bulan pertama pelancarannya. Baru-baru ini, permainan ini mendaki ke tempat #3 bagi jualan di Apple App Store selepas kemas kini "World 10 Chapter" pada bulan Januari lalu.

 

Source: Kong Studios
Related Stocks:
Korea:035720
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment New products/services