omniture

Shanghai Electric Sambut Ulang Tahun ke-120 - Percepatkan Peralihan kepada Penyelesaian Hijau dan Karbon Rendah

Shanghai Electric
2022-10-09 20:05 82

SHANGHAI9 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Forum sidang kemuncak perniagaan Integrasi Tenaga untuk Masa Depan Pintar, dianjurkan oleh Shanghai Electric Group Company Limited (Shanghai Electric) sebagai sebahagian daripada sambutan ke-120nya, melabuhkan tirai dengan jayanya di Shanghai pada 26 September 2022.

Pada detik bersejarah yang amat penting buat firma ini dan sebagai tindak balas kepada keterdesakan global untuk mengurangkan emisi karbon, Shanghai Electric memindahkan kesemua segmen perniagaannya kepada format karbon-rendah. Ini dapat dicapai dengan meningkatkan kapasiti sistem dan peralatan kuasa baharu dan dengan membangunkan kombinasi optimum antara sumber-sumber tenaga tradisional dan boleh baharu dalam usaha untuk menyokong pembangunan ekosistem tenaga moden.

Liu Ping, Pengarah dan Presiden Shanghai Electric Group Co., berkata di forum tersebut bahawa sepanjang 120 tahun yang lalu, firma ini telah memulakan perjalanan yang inovatif untuk memperkasa dunia melalui usaha untuk mengembangkan perniagaan utamanya bagi mencapai kerjasama yang saling menguntungkan dan pembangunan bersepadu.

"Sepanjang perjalanan ini, Shanghai Electric telah berkembang menjadi teladan utama dari segi apa yang dapat dilakukan untuk membuka jalan kepada China bagi menjadi penyedia utama peralatan yang canggih kepada dunia. Evolusi ini membolehkan syarikat beralih daripada menjadi pengusaha utama dalam bidangnya kepada syarikat yang mewakili rakan-rakan setara dalam-negara ketika mereka berusaha secara kolektif untuk mengeksport peralatan dan teknologi yang bertaraf dunia," kata Liu Ping


Shanghai Electric telah meraih banyak pencapaian memecah rekod di dalam dan luar negara. Berdasarkan kepada keupayaan dan kekuatan sedia ada, syarikat ini berharap dapat memanfaatkan sepenuhnya tiga kelebihan kompetitif terasnya - pembuatan ekstrim, perkhidmatan bersepadu dan daya saing bakat - bagi membina tiga platform terpaut yang utama dalam industri meliputi peralatan teras, sistem bersepadu dan modal industri, menggerakkan perkara yang berada di landasan yang betul untuk menjadi trend pembangunan yang utama untuk 120 tahun yang akan datang.

Ketika ini, Shanghai Electric ialah salah satu daripada segelintir pengeluar seluruh dunia yang meliputi kesemua kategori peralatan tenaga. Sektor tenaga mengeluarkan lebih 80% daripada emisi karbon keseluruhan China, lalu menjadikannya penghalang terbesar untuk China mencapai matlamat puncak karbon dan neutral karbon.

Sejak tahun 2021, dengan kekerapan berlakunya kejadian cuaca melampau yang tinggi, ditambah pula dengan ketegangan yang semakin sengit berkisarkan bekalan tenaga global, banyak wilayah di seluruh negara ini mengalami kekurangan kuasa, lalu menonjolkan kepentingan balast haba yang semakin meningkat. Dalam menghadapi kesukaran peralihan secara besar-besaran daripada bahan api fosil yang stabil kepada tenaga alternatif yang tidak menentu, kesepakatan yang dicapai dalam kalangan peserta ialah, bagi mencapai matlamat pengurangan karbon di bawah premis untuk menjamin sekuriti tenaga, kesalinglengkapan berbilang tenaga akan menjadi penyelesaian yang terbaik untuk pembangunan bersepadu sumber-sumber tenaga tradisional dan boleh baharu dalam tempoh jangka panjang.

Chen Ganjin, ahli Jawatankuasa Parti dan naib presiden Shanghai Electric, menyatakan bahawa struktur tenaga China telah mengalami perubahan yang besar sepanjang dekad yang lalu, dengan proposisi kapasiti kuasa solar dan angin terpasang meningkat dengan ketara, sementara bahagian kuasa arang batu telah menurun kepada separuh daripada jumlah keseluruhan dan kuasa nuklear kembali menjadi kuasa alternatif berdaya maju yang semakin berkembang. Peningkatan besar sumber tenaga boleh baharu mendorong penyimpanan kuasa memasuki tempoh pembangunan yang pesat. Walau bagaimanapun, lantaran kerambangan dan keadaan terputus-putus, sambungan grid berskala besar, nisbah tinggi tenaga boleh baharu akan menimbulkan cabaran yang serius terhadap operasi grid yang selamat dan stabil.

Ketika menghuraikan tentang landskap ekosistem tenaga Cina, Chen menambah bahawa penggunaan kuasa per kapita di China adalah agak rendah apabila dibandingkan dengan negara-negara dan wilayah-wilayah lain di seluruh dunia, seterusnya menunjukkan potensi besar untuk mencapai pertumbuhan dalam pasaran peralatan kuasa dan yang berkaitan. Shanghai Electric komited untuk membantu memenuhi keperluan ekosistem tenaga Cina dari segi penjanaan, penghantaran, penyimpanan dan penjualan kuasa.


Kumpualan ini mengoptimumkan usahanya dalam melanjutkan pertumbuhan peralatan berkuasa tenaga konvensional dan alternatif ketika negara ini terus mengejar matlamat mencapai puncak karbon dan keneutralan karbon. Shanghai Electric telah membuktikan keupayaan teknikal dalam bidang kuasa arang batu bersih dan cekap, kuasa nuklear yang selamat dan termaju serta pengawalaturan gas dan kuasa yang cekap dan fleksibel. Di samping itu, kumpulan ini memanfaatkan inovasi berteknologi untuk meningkatkan portfolio peralatan berkuasa angin, solar, storan dan tenaga hidrogen serta penyelesaian penyimpanan sekali gus mempercepatkan transformasi dan penerokaan senario aplikasi tambahan untuk peralatan grid pintar yang mantap.

Berdasarkan kepada peralatan kuasa kompetitif sedia adanya, Shanghai Electric telah melakar kemajuan yang penting dalam melaksanakan penyelesaian sistem baharu untuk integrasi kuasa arang batu dan storan tenaga; integrasi sumber-grid-beban-penyimpanan; dan integrasi hidrogen dan kimia hijau. Di samping itu, menerusi transformasi tenaga yang berterusan, kumpulan ini menerima peluang baharu dalam sektor storan tenaga dengan bateri vanadiumnya yang terkenal lantaran tahap keselamatan yang tinggi, kebolehskalaan berkapasiti tinggi dan hayat kitaran yang panjang.

Sejajar dengan matlamat puncak karbon dan keneutralan karbon, Shanghai Electric berusaha untuk mewujudkan kehadiran dengan sesuatu yang disebut sebagai "4+2+X" (yang mana "4" merujuk kepada kuasa angin, kuasa solar, storan tenaga dan hidrogen; "2" merujuk kepada peralatan perindustrian pintar dan peralatan perubatan canggih; dan "X" merujuk kepada peluang-peluang baharu dalam sektor tenaga) dengan fokus untuk menyokong pengurangan emisi karbon dalam tenaga dan industri bersama-sama dengan matlamat untuk mencipta sistem kuasa baharu yang komprehensif dan penyelesaian bersepadu untuk taman perindustrian hijau dan karbon-rendah.

Dengan memanfaatkan keupayaannya yang terbukti dalam peralatan berkuasa tenaga konvensional, Shanghai Electric merancang untuk melanjutkan pelaburannya dalam peralatan dan teknologi inovatif yang melibatkan tenaga angin, solar, hidorelektrik dan terma serta penyimpanan tenaga, di samping bekalan kuasa, grid, beban dan penyimpanan hidrogen untuk menjadi perintis dalam perjalanan ke arah mencapai matlamat puncak karbon dan keneutralan karbon, serta mencipta peralatan berkuasa tenaga alternatif dan peralatan canggih yang automatik.

Source: Shanghai Electric
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Trade show news