Kenyataan media dibuat oleh: Chris Kerin, Pengarah Urusan, ATTIA
SINGAPURA, 11 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Asia Travel Technology Industry Association (ATTIA) dan ahli-ahlinya mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Bahagian Kerajaan Tempatan) pada 6 Oktober 2022, berhubung Short-Term Rental Accommodation Guidelines for Strata Properties di Pulau Pinang ('Garis Panduan Pengoperasian Tempat Inap Persendirian Di Skim Hartanah Berstrata'). Penghantaran cadagan tersebut mengikuti satu sesi perundingan antara ATTIA dan pegawai-pegawai kerajaan Pulau Pinang pada 15 September 2022, yang dianjurkan untuk mengemukakan cadangan yang terperinci.
Bersama platform-platform pelanconganyang terkemuka seperti Airbnb, Agoda, Booking.com dan Expedia, ATTIA mengonsikan perspektif dankebimbanganya terhadap Garis Panduan yang dicadangkan yang akan mengenakan sekatan yang serius terhadap keupayaan hos tempat inap persendirian (STRA) untuk menyediakan kemudahan penginapan di hartanah strata Pulau Pinang. Dipandang bersama usaha kerajaan Pulau Pinang untuk memulihkan industri pelancongannya yang berharga, Garis Panduan tersebut akan menghalang pengembalian pelancong dan juga memberi petunjuk yang bercampur-aduk tentang komitmen Pulau Pinang untuk menarik pelancong dan juga nomad digital.
Cadangan-cadangan Utama ATTIA
Bagi memastikan bahawa sektor STRA diurus secara sesuai, ATTIA mengesyorkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyediakan rejim 'short-term rental' yang mantap, dan yang boleh memberi kepastian penuh kepada pihak pengawal selia, peserta industri dan juga masyarakat setempat. Cadangan-cadangan utama ATTIA adalah:
(a) Membenarkan penghuni bangunan membuat keputusan sendiri tentang penghalanganSTRA: Syarat garis panduan tersebut akan menghalangi STRA jika kelulusan JMB/MC tidak didapati. ATTIA berpendapat bahawa STRA sebaliknya harus dibenarkan secara default di hartanah komersial mahupun kediaman. Melalui undian 75%, penghuni sekarang juga boleh menggunakan Akta Pengurusan Strata 2013 bagi meluluskan undang-undang kecil untuk mengehadkan STRA di bangunan-bangunan tertentu (contohnya, menetapkan bilangan maksimum tetamu).
(b) Kod Tatakelakuan Mandatori: Sekatan yang ketat ke atas STRA di hartanah strata sebenarnya kurang efektif, dan kerajaan sebaliknya patut memperkenalkan peraturan yang jelas untuk hos dan tetamu dengan Kod Tatakelakuan. Kod tersebut dapat menetapkan standard minimum terhadap tingkah laku hos dan tetamu bagi mengatasi masalah bunyi bising dan gangguan.
(c) Sistem pendaftaran digital untuk hos: Sistem pendaftaran digital centralised boleh diperkenalkan untuk membuat pendaftaran (dan pembaharuan) yang jelas dan ringkas untuk hos baru.
Dengan mengikuti best practiceini, kerajaan Pulau Pinang dapat menawarkan sistem STRA yang setaraf dengan piawaian antarabangsa. Akibatnya, Pulau Pinang akan dijadikan lebih menarik dan kompetitif untuk pelancong dan juga nomad digital – terutamanya kerana Malaysia sedang berusaha untuk menarik minat pelancong (contohnya, program DE Rantau).
Cadangan-cadangan Alternatif ATTIA
Walau bagaimanapun, sekiranya cadangan-cadangan yang disebutkan di atas tidak dapat dilaksanakan, sekurang-kurangnya ATTIA memohon agar Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempertimbangkan cadangan-cadangan alternatif ini:
· (a) Tidak mengenakan had 3-hari seminggu untuk STRA: ATTIA menentang terutamanya had arbitrari ini. Tetamu STRA biasanya membuat tempahan yang lebih lama dan membelanjakan lebih banyak wang dalam kalangan masyarakat setempat.Had ini akan menyebabkan Pulau Pinang terlepas peluang golongan nomad digital dan gelombang 'sustainable travel'. Tambahan pula, penguatkuasaan 'had bermalam' yang konsisten amat sukar dilaksanakan, olehkerana bilangan transaksi STRA yang terlibat.
· (b) Membenarkan STRA beroperasi seperti asalnya: Dengan mengenakan larangan menyeluruh ke atas strata STRA, ini hanya akan meningkatkan beban pentadbiran kepada hos serta pihak berkuasa tempatan. Ini terutamanya kerana proses yang dicadangkan melibatkan dokumentasi manual dan akan memaksa para hos untuk menanggung proses pengundian dan pengesahan JMB/MC yang rumit.
· (c) Menghapuskan syarat yang hanya membenarkan rakyat Malaysia menjadi hos: ATTIA percaya bahawa setiap pemilik rumah mempunyai pengalaman unik untuk dikongsi bersama pengunjung ke Pulau Pinang. Syarat tersebut akan mengecualikan penduduk tetap yang membayar cukai di Malaysia yang bukan warganegara daripada berkongsi rumah mereka. Ia juga akan menyukarkan penguatkuasaan sepenuhnya dasar ini. Tambahan pula, penduduk bukan warganegara atau pemastautin tetap boleh mencari proksi untuk mendaftar bagi pihak mereka.
Kesemuanya, sebahagian besar hos STRA merupakan individu - bukannya syarikat. Halangan ini akan menjadikannya amat sukar bagi hos yang jujur dan tulen. Sebagai alternatif yang kukuh,strategi yang lebih baik untuk menangani kebimbangan seperti bunyi bising dan gangguan adalah untuk bekerjasama secara lebih erat dengan platform-platform STRA bagi menangani puncanya.
Latar Belakang Asia Travel Technology Industry Association (ATTIA)
ATTIA mewakili syarikat-syarikat yang beroperasi dalam sektor pelancongan di rantau Asia-Pasifik, dengan teknologi dan inovasi sebagai terasnya. Ahli-ahli ATTIA terdiri daripada Agoda, Airbnb, Booking.com, Expedia Group, Amadeus, Travelport dan Skyscanner. Kunjungi asiatraveltech.org untuk maklumat lanjut.