omniture

Manusia maya "Qi Xiaomo" muncul di Wuhan, memulakan era baharu Metaverse paparan 3D mata kasar

Unilumin Group
2022-10-11 22:34 25

SHENZHEN, China, 11 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Semasa cuti Hari Kebangsaan Cina, "Qi Xiaomo", karakter manusia maya 3D mata kasar pertama yang dicipta oleh Wuhan Windows Century Media Technology dan Unilumin, muncul di daerah Hanyang, Bandar Wuhan.

Unilumin mengaplikasikan sistem cecair partikel bersepadu dan teknologi tangkapan dinamik dibangunkan sendiri (sistem UAction) untuk melengkapkan seluruh proses bermula daripada penetapan karakter, penciptaan imej, reka bentuk papan cerita hinggalah penghasilan tiga dimensi dan sintesis rendering, seterusnya berjaya mewujudkan penampilan "Qi Xiaomo" yang hebat. Dinamakan bersempena konotasi budaya "Qiyu", ia merupakan karakter manusia maya Metaverse 3D mata kasar pertama di China. Sebagai duta pemasaran jenama dan penyebaran budaya setempat, "Qi Xiaomo" berpotensi besar untuk menggalakkan pembangunan komersial di sekitarnya.

Sebagai paparan 3D mata kasar yang terbesar di seluruh rantau China Tengah, "The Eyes of the Three Towns" berjaya menjadi mercu tanda baharu di daerah perniagaan itu. Setakat ini, topiknya telah melonjak dari segi populariti pada mikroblog dan platform-platform lain. Berpuluh-puluh penulis blog telah memuat naik video yang berkaitan yang ditonton sebanyak berpuluh-puluh juta kali.

"Kami ingin membina tempat yang bersifat sosial, bergaya dan mewah di Daerah Hanyang." Pengerusi Wuhan Hanyang Investment and Development Group berkata bahawa paparan 3D mata kasar (paparan komersial LED Unilumin UfixII) dapat menyediakan daerah perniagaan tradisional itu dengan rasa teknologi sepenuhnya.

Pada masa kini, populariti Metaverse, penghasilan imej dan promosi manusia maya digital telah menjadi satu trend industri. Industri Metaverse digital dijangka mempunyai skala pasaran sebanyak lebih 270 bilion yuan menjelang tahun 2030.

Menerusi pelancaran kucing comel dan gadis "Qi Xiaomo", Unilumin akan terus memperluaskan "keluarga Metaverse manusia maya digital" dengan sentiasa menaik taraf teknologi manusia maya digital. Pada masa akan datang, Unilumin akan mempersembahkan kesan visual yang lebih hebat dan menyampaikan cara hidup yang segar dan pintar kepada orang ramai.

Ditubuhkan pada tahun 2004, Unilumin Group Co., Ltd disenaraikan pada ShenZhen Stock Exchange dalam tahun 2011. Unilumin menubuhkan pusat-pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di China, Jepun dan Amerika Syarikat, memperluaskan jaringan jualan dan perkhidmatannya ke lebih 160 negara di serata dunia.

Source: Unilumin Group
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Semiconductors Telecommunications New products/services